Episod 7

54 8 1
                                    

"Siapa awak?" mata nickhun terkebil2, dapat soalan macam tu dari isterinya.

"Bukan je pemalas, nyanyuk jugak, awak tak tau siapa saya? Saya suami awak."

"Hahaha suami? Takkan lah lelaki sehandsome awak suami say- jap.. Betul lah awak suami saya, untung saya dapat suami handsome macam awak." sica senyum2 malu, nickhun

"Ye, awak beruntung dapat saya yang kacak, tapi saya tak beruntung dapat awak yang pemalas." nickhun hadiahkan senyuman perli pada sica, sica masam

"Apa awak buat dibilik saya? Saya nak sambung tido." sica tarik selimutnya, nickhun tarik kembali

"Jangan mengada, pergi mandi ,turun and masak untuk saya."

"Masak!! Tapi semalam kan dah masak." protesnya

"Semalam,semalam punya cerita, hari nie tak perlu makan ke?"

"Hmm.. Perlu.. Order kat luar tak boleh ke?" soal sica ,matanya dikelip2 konon comey

"Kalau beli diluar tu sama macam saya belum berkahwin, saya nak isteri saya yang masakkan, kata orang tua, ikat suami guna masakan dia, cepat siap."

"Ala.. Saya masak bukan sedap pon, nanti awak juga tak boleh telan, macam semalam."

"Jangan buat alasan lagi, cepat siap." sica angguk lemah, tuala diambik dan dibalut tubuhnya baru nak dibuka baju dia sedar nickhun masih disitu memerhatikannya

"Awak buat apa? Pergi lah keluar, saya nak buka baju nie, hihihi ke awak nak tengok body lentok saya." ujar sica tersengeh nakal, ingin mengusik sang suami

"Boleh juga, mari saya tolong buka--"

"No..." sica pantas menjauh

"Wae? Marilah saya tolong."

"Jangan, nanti awak tewas dengan nafsu macam mana,"

"Nafsu?" nickhun ketawa, dia tunjuk kearah belakang, sica pelik, sica pusing dan ada cermin besar, dia tengok dirinya didalam cermin, rambutnya macam rambut nenek sihir, wajahnya penuh air basi "awak pikir saya ada nafsu tengok awak macam nie? Siap cepat ." ujarnya. Nickhun jalan keluar, sica masam

*******

Jaeyoon masuk kedalam bangunan besar, dia berjalan kearah penyambut tertamu " annyeongseyo, cik saya nak hantar barang nie, dimana saya boleh tinggalkan?"

"Atas nama siapa?" soal penyambut tertamu

"Bang minah." balasnya

"Cik bang. Kalau cik bang, encik kena hantar sendiri padanya, dia tak suka barangnya diambil sesiapa, encik naik ketingkat 24 cari pintu warna merah disitu bilik cik bang." jaeyoon angguk

"Baiklah saya pergi dulu, terima kasih." jaeyoon jalan kelift, dia lihat no lift sekarang berapa ditingkat 50, dia mengeluh, jam miliknya berbunyi dia lihat '10minit left'

Flashback

Hyejeong lihat mereka berdua sebelum bersuara "semalam, saya nak kasi jawatan lain dekat korang, tapi.. Kerana korang tak datang semalam,  jawatan tu dah dipenuh oleh orang lain, tapi tak perlu risau ada jawatan lain untuk korang, lee jaeyoon, ini "hyejeong serahkan sebungkus

"Apa nie?" soalnya

"Awak keje sebagai posmen, barang nie awak perlu antar, and ada had masanya, hanya 2jam awak kena pastikan barang nie sampai ditangan penerima kalau tak, gaji awak akan dipotong!"

Flashbackend

Jaeyoon tengok balik lift baru tingkat 30, dia tak boleh tunggu, dia lari kearah tangga, dia berlari naik tangga ,berhenti rehat, dia lihat baru tingkat 10, jaeyoon lari lagi kepenatan, akhirnya dia sampai ke tingkat 24. Dia berehat seketika ,jamnya berbunyi lagi '1minit left'

"Ahhhhhhh." dia jerit, dia berlari mencari pintu berwarna merah, akhirnya jumpa, dia tarik nafas, dan lihat jamnya tinggal hanya 1saat, jaeyoon ketul pintu ,tiada jawapan dia ketuk lagi tetap tak ada jawapan, jamnya dah berbunyi kuat kerana tempoh sudah tamat "andwae!" dia letak telinga kepintu

"Barang saya belum sampai, 2jam dah tamat."ujar satu suara dari dalam bilik, jaeyoon tak kira dia buka pintu

"Saya dah sampai 1saat sebelum tempoh tamat! Kenapa awak tak buka pin--" jaeyoon terdiam, minah angkat wajahnya, mereka berdua terkejut "AWAK!!"

TBC

Akhirnya watak minah keluar secara rasmi Min_Chen

Mr.Rich and Mrs.LazyWhere stories live. Discover now