Sentuhan pagi... mewarnai pandangan ini.. indah memancar sinar mentari menerangi bumi.. Sedang aku memerhatikan sekawan burung yang berkicauan, tiba-tiba kedengaran ketukan bertalu-talu di pintu. Siapa lagi kalau bukan ibuku yang tercinta. Ibuku sudah terjerit-jerit di luar. "Sarah!, dah bangun ke belum sayang ? Buka pintu ini!
Aku bingkas bangun dan membuka pintu bilikku. Aku tersenyum melihat wajah indahnya. Terlalu banyak pengorbanan dan kasih sayang yang telah di curahkan kepadaku dan adik-adikku selama ini. Selepas ayahku meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya tiga tahun lalu, ibulah yang menggalas tanggungjawab besar sebagai ketua keluarga.
" Haa, kenapa ni tersengih-sengih macam iklan Colgate ni? Mari turun makan! Ibu dah masakkan lauk kegemaran Sarah" Aku pun turun ke tingkat bawah menuju ke dapur. Sampai saja di dapur, aku lantas menghenyakkan punggungku ke atas kerusi. Senduk nasi aku capai dan aku senduk sedikit nasi ke dalam pingganku. Usai membaca doa makan di dalam hati, aku terus menjamah makanan yang terhidang. Makanan yang paling enak mestilah masakan ibu sendiri.
" Hai kak, makan tak tunggu orang nampak " ujar adik lelakiku. Aku hanya tersengih-sengih macam kerang busuk sambil menayangkan gigiku yang putih dan lawa ni.. hehe .. Ibu hanya menggelengkan kepala melihat kami berdua. " Haa Afiq , mana Tasya ? " tanya ibu sambil cedokkan nasi untuk anak lelakinya itu. Aku angkat muka pandang wajah Afiq sambil menantikan jawapan darinya.
Belum sempat Afiq mahu membuka mulut, terasa ada tangan yang merangkul dan memelukku dari arah belakang. " Dok dengaq nama ceq di sebut sebut ja ni, ada apa yang boleh saya bantu ? " kata adik bongsuku itu sambil menjeling Afiq di hadapannya. Afiq hanya menjuihkan mulut .
" Kak Sarah, lepas ni tolong hantarkan Tasya ke rumah kawan Tasya boleh tak ? kawan Tasya ada buat makan2 sikit sempena hari lahir abangnya! " pintanya dengan nada manja. Aku garu kepala yang tak gatal. Dalam fikiranku berkata, dia kan ada kereta sendiri kenapa nak suruh kakak ni juga .. huwarghh.. Baru nak belajar buat kek coklat dengan ibu di rumah!! Aku hanya menganggukkan kepala. Siapa tak sayang adik kan.
Ibu berasa gembira kerana dapat berkumpul dan makan bersama anak-anaknya serta berasa puas apabila melihat kami menyantap makanan dengan penuh berselera . Lagi-lagi aku yang tambah ke berapa kalinya.
Sebaik semua orang selesai makan, aku mempelawa diri untuk membasuh pinggan dan mengemaskan dapur lalu mereka pun meninggalkan ruang dapur dan duduk bersantai atas sofa sambil menonton televisyen.
YOU ARE READING
Engkau Yang Ku Sayang
Teen FictionAku seorang gadis yang amat simple dan ceria orangnya. Nama aku Nur Ain Maisarah Bt Mohd Fazli . Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan. Aku mempunyai dua orang adik, seorang lelaki dan seorang perempuan yang bernama Mohd Nasrul Afiq dan Nur A...