Begitu juga dengan adik, susah untuk melepaskan abang mereka yang sudah menjaga dan memberi semangat kepada mereka. Mereka perlukan bimbingan untuk teruskan hidup.
"Kenape Gempa?!!!" soal Taufan bersama tangisan yang tidak dapat berhenti. Dia cuba mengesat air matanya namun, dia tetap tidak dapat berhenti menangis.
"Kenape tinggalkan kitorang?!!!" Blaze cuba tidak menangis, malangnya dia tidak kuat. Perkara ini sungguh tidak dijangka olehnya.
Ais dan Thorn pula hanya mampu melepaskan tangisan kerana begitu sedih dengan tindakan Gempa yang mengejutkan tadi. Mereka tak sanggup hidup tanpa Gempa! Gempa kekuatan mereka!
"Kenape...... Kenape Gempa?!!!" Begitu juga dengan Solar, hanya mampu mengalirkan air mata dengan deras.
Halilintar hanya mampu berdiam diri. Tidak tahu perasaannya ketika ini. Sama ada sedih, marah atau tidak berpuas hati dengan tindakan Gempa. Dia langsung tidak mengalirkan air mata kerana dia tahu, sia-sia sahaja. Macamlah Gempa boleh kembali di hadapan matanya sekarang.
Ying, Yaya, Gopal dan Fang hanya terdiam. Mata mereka juga bergenang dengan air mata namun ditahan.
"Erm, korang... Aku rasa, Gempa buat macam tu, ada alasan tersendiri..." ujar Yaya yang membuatkan enam Elemental Brothers ini memandang ke arahnya.
Taufan mengesat air matanya. "Mak.... Maksud kau?"
"Maksud aku... Dia buat semua ni, untuk kebaikan kita semua..." jawab Yaya, cuba menenangkan mereka berenam. Susah hati dia melihat sahabat baiknya sedih disebabkan perpisahan ini.
"Hm, ya lo.... Takkan dia buat semua ni suka-suka...." balas Ying, setuju dengan kata-kata Yaya. Kesian korang, getus hatinya.
"Hm, betul tu..." Begitu juga dengan Fang, setuju dengan kata-kata Yaya dan Ying. "Kita kena kuat.."
Kelima-lima Elemental ini memandang antara satu sama lain.
"Betul tu.... Aku rasa, dia ada alasan sendiri..." Gopal juga cuba menenangkan mereka.
Halilintar berpeluk tubuh sambil memandang wajah adik-adiknya satu persatu. "Mulai sekarang, korang semua berada di bawah jagaan aku sepanjang Gempa takde.."
Taufan, Blaze, Ais, Thorn dan Solar memandang ke arah Halilintar. "Kau... Pasti nak jaga kitorang?" soal Blaze.
Halilintar mengangguk yakin. "Ya, sebab aku sayangkan korang.. Lagipun, ni permintaan daripada Gempa.. Aku tak nak korang sedih.. Kan dah tak macho.."
Balasan daripada Halilintar membuatkan mereka berlima tergelak kecil. "Apelah.." Ais mengesat air matanya.
"Haah.. Dah tak macho.." ujar Solar sambil membuka kaca matanya untuk mengesat air mata.
Ying, Yaya, Gopal dan Fang hanya menggeleng kepala sambil tersenyum. Syukur Halilintar terima permintaan Gempa.
Halilintar tersenyum meskipun hatinya masih sedih namun dikuatkan juga hatinya demi adik-adiknya. "Gempa cakap, kita perlu ikut laluan ni..." Halilintar menunjuk ke arah laluan yang perlu dilalui menggunakan ibu jarinya. Laluan yang hanya berada di sebelah kirinya.
"Tapi, dia tak bagitahu, yang laluan ni tembus kat mane..." balas Thorn, takut-takut mereka akan sesat. Bukan apa, dahlah sunyi. Takut-takut juga terjumpa binatang yang tak sepatutnya seperti tikus.
"Haah.." balas Solar, setuju dengan Thorn.
"Takpe... Yang penting, kita ikut je apa yang Gempa suruh.." jawab Halilintar.
Mereka semua mengangguk setuju dengan cadangan Halilintar. Tanpa membuang masa, mereka pun berjalan melalui lorong yang dibuat oleh Gempa. Mereka perlu teruskan perjalanan walaupun hati masih terkejut dan tak boleh terima.
1 jam berjalan...
"Haduh.... Penatnye.... Jauh lagi ke?" soal Ais yang sudah terduduk di tanah disebabkan penat berjalan.
Blaze, Thorn dan Solar pun turut terduduk kerana penat. Tak kisahlah kalau kotor pun, asalkan dapat duduk.
Taufan menoleh ke belakang dan memandang ke arah adik-adiknya. "Hm, tak pasti.." Matanya memandang ke arah abangnya.
Halilintar memandang ke arah mereka semua. "Korang tunggu sini.. Aku nak periksa kawasan sekejap.."
"Okey.." balas mereka semua.
"Apa kata kita berehat sekejap?" tanya Yaya sebaik sahaja Halilintar beredar dari situ.
"Betul jugak tu..." balas Fang, setuju dengan cadangan Yaya. Ying hanya mengangguk.
"Yess!!! Ughh..." Gopal terus terduduk di tanah kerana kepenatan. "Kaki aku dah rasa nak tercabut dah ni..." Sambil-sambil tu, dia mengurut kakinya yang penat.
Thorn memandang pelik ke arah Gopal. "Ye ke? Kitorang pun penat, tapi takdelah sampai tercabut.."
"Haah.. Lagipun, bukan kau suka bersenam ke?" sindir Solar. Dia dan Thorn ni memang suka tanya orang. Dah macam lagak polis pun ada.
Gopal hanya tersengih lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Entah.." balasnya menyebabkan Thorn dan Solar mengeluh.
"Fuhh.. Hebat jugak lorong ni.. Nasib baik Gempa buat lampu dalam lorong bawah tanah ni.. Kalau tak, mesti aku kena guna kuasa aku.." kata Blaze, kagum dengan lorong yang dibuat oleh Gempa.
"Ye tak ye jugak... Pandai dia buat..." Taufan juga turut kagum dengan lorong itu.
Blaze dan Taufan betul. Sebab lorong bawah tanah ni bukan lorong sembarangan disebabkan laluan yang tidak berlumpur dan tidak berkeadaan panas atau sejuk. Ianya sederhana sahaja.
Tiba-tiba sahaja mereka berlima menundukkan kepala. Minda mereka terbayang dengan wajah Gempa tadi. Wajah Gempa untuk kali terakhir.
Halilintar yang giat meneliti kawasan persekitaran, ternampak sebuah almari yang usang. Halilintar segera menghampiri almari tersebut. Terdapat sampul surat dan peta dalam almari tersebut.
Halilintar terus mengambil sampul surat dan peta tersebut lalu pergi ke arah adik-adiknya dan kawan-kawannya yang tidak jauh daripadanya.
"Korang! Aku terjumpa sampul surat dan peta!" ujar Halilintar sebaik sahaja tiba di tempat mereka.
"Hah?!" balas mereka semua.
"Sampul surat ape tu?" tanya Blaze, ingin tahu. Nampak macam dah lama.
Halilintar meneliti sampul surat tersebut. "Entah... Tapi, sampul surat ni untuk kita berenam.."
"Hah? Untuk kita berenam?" tanya Solar, hairan. Sejak bile pulak ada surat untuk kitorang?
Halilintar mengangguk. "Kita berehat dulu.. Aku rasa peta ni adalah petunjuk untuk sampai ke destinasi kita.."
"Baguslah kalau macam tu.. Aku nak tidur.." Gopal terus tertidur di tanah. Badan dia dah tak larat dah. Mata terus ditutup lalu dibuai mimpi.
Ying, Yaya, Gopal dan Fang sudah pun dibuai mimpi kecuali Elemental Brothers. Mereka duduk berjauhan daripada mereka berempat agar tidak menganggu tidur mereka. Mereka berenam duduk secara berkumpulan.
![](https://img.wattpad.com/cover/113386299-288-k362892.jpg)
YOU ARE READING
BOBOIBOY: 7 ELEMENTAL BROTHERS [C]
Fanfiction✨ [ 🅲🅾🅼🅿🅻🅴🆃🅴🅳 ] ✨ 『 𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐁𝐎𝐎𝐊 』 SINOPSIS: Cerita ini bermulanya dari kisah kehidupan 7 kembar yang hidup aman harmoni. Mereka saling menasihati, saling-menyayangi, bekerjasama dan yang paling penting adalah, percaya antara satu sa...