HAH! HAH! HAH!
Dengan nafas yang tercungap-cungap, Qaisara masuk ke dalam rumahnya dan segera mengunci pintu. Qaisara berasa sangat lega. Dia merebahkan dirinya ke atas sofa lalu mengeluh kelegaan. Cengerik kedengaran pada lewat malam ini. Sambil menutup mata, dia mengimbas kembali ke detik di mana semuanya bermula.Beberapa hari lepas...
Qaisara dan rakannya, Farah sedang berjalan ke kantin sekolah pada waktu rehat. Suasana diam dan damai sepanjang perjalanan mereka itu terganggu apabila Farah mengajukan soalan kepada Qaisara. "Hah Q, kerja Sains yang cikgu bagi tadi tu susah la. Nanti kita buat sama-sama nak tak?". "Eleh kau ni, Farah. Nanti kau meniru bulat-bulat jawapan aku. Macam lah aku tak kenal kau", jawab Qaisara. "Hehehe, Luqman cakap kat aku..". Belum sempat Farah menghabiskan kata-katanya itu, dia dicelah oleh Balqis, rakan sekelasnya.
"Weyh korang! Aku baru dengar satu berita ni! Ada seseorang berniat nak bunuh kau, Qaisara!", kata Balqis dengan penuh cemas. Berhenti berjalan buat seketika, Farah dan Qaisara gelak terbahak-bahak. "Lawak la, Balqis. Kenapa ada orang nak bunuh aku? Sebab markah peperiksaan aku selalu dapat nombor 1 dalam sekolah ke? Aku bukannya pandai. Kaya pun tidak. Hahaha!"
"Betul Qaisara, katanya dia sedang menunggu satu tarikh sesuai nak laksanakan hukuman dekat kau! Baik kau berhati-hati. Mana lah tau dia akan muncul bila-bila masa ke". Tiba-tiba, bunyi goncangan semak samun yang berhampiran membuatkan mereka terdiam sementara. Mereka bertiga menghampiri arah bunyi itu. Degupan jantung mereka semakin pantas dan kuat. Dup dap, dup dap. Qaisara memberanikan diri. Dia menyelak pokok-pokok itu kerana tidak dapat menghalang sifat ingin tahunya. Sekilas, keluar bunyi jeritan yang membuat dia jatuh terduduk, "QAISARA!!!"
Qaisara tersentak dan terjaga dari mimpi. Apabila dia menoleh ke arah tingkap di sebelahnya, sebuah lembaga hitam kelihatan sedang memerhatikannya. Qaisara segera menutup langsir dan berlari ke biliknya lalu mengunci pintu bilik tersebut. Dia ketakutan. Dia menjerit memanggil Ibu bapanya. Tetapi, Qaisara baru teringat bahawa ibu bapanya terpaksa ke tempat kerja mereka kerana urusan yang penting. Qaisara telah cuba menelefon dan memujuk rakan-rakannya agar menginap di rumahnya tetapi tiada seorang pun yang boleh.
Qaisara berjalan dari kiri ke kanan bagai cacing kepanasan. Sejak kebelakangan ini, Qaisara memang kerap merasa tidak tenang. Setiap kali dia keluar rumah, dia selalu merasa ada seseorang mengikutinya. Sekarang, dia mula mempercayai amaran Balqis. Awalnya dia hanya menganggap itu hanyalah perasaannya saja. Lama kelamaan dia merasa yakin akan hal itu. Lebih-lebih lagi, dia pernah melihat orang yang mengikutinya secara tak sengaja. Sayangnya dia tidak dapat mengecam orang tersebut kerana memakai baju "hoodie" yang menyembunyikan mukanya.
Jam Hello Kitty di dinding biliknya menunjukkan pukul 11.30pm. Ibu dan ayah Qaisara belum pulang lagi. Dia tidak boleh tidur sama sekali. Kedua tangannya memeluk lututnya dengan erat. Tiba-tiba terdengar bunyi ketukan pintu. Tanpa rasa ragu-ragu, Qaisara terus lari keluar biliknya dan membukakan pintu rumahnya. Dia bingung kerana tiada sesiapa di luar. Walaupun cuma selangkah dua, Dia memberanikan dirinya untuk keluar. Langsung, seseorang dari belakang menutup kepalanya dengan guni.
Tangan dan kaki Qaisara diikat dengan tali. Qaisara menyedari bahawa dia sedang dinaikkan ke dalam sebuah kenderaan. Bunyi angin deras bertiupan menunjukkan kenderaan itu sedang bergerak. Dia sangat takut. "Qaisara, dah lama aku nak mendekati kau. Aku selalu perhatikan kau. Ke mana pun kau pergi, aku selalu ikut kau. Sejujurnya, dah lama aku suka kau”, bisik lembaga itu di sebelah telinga Qaisara. Dia seakan pernah mendengari suara itu. Apabila enjin kenderaan itu ditutup, Dia dibawa keluar lalu guni di kepalanya itu dibuka. Namun begitu, Qaisara tidak dapat melihat apa-apa kerana suasana di situ sangat gelap.
Bunyi tapak kaki menghampirinya. Tali yang mengikat kaki dan tangan Qaisara dibuka. Qaisara tidak teragak-agak untuk menyepak kaki orang tersebut lalu cuba untuk melarikan diri. Ketika dia sedang mengambil seribu langkah, satu persatu cahaya bersinar menerangi tempat itu. Alangkah terkejutnya Qaisara dengan apa yang dihadapannya pada detik itu. Dia sebenarnya berada di halaman belakang rumahnya yang dihiasai dengan beberapa buah belon dan lampu kelap-kelip. Sedang Qaisara terpaku, lembaga misteri itu berbisik padanya, "Selamat Hari Jadi!". Orang tersebut lalu membuka hud bajunya. Qaisara berasa sangat geram dan menumbuk bahu orang yang sangat dia kenali itu. "LUQMAN!!!", jeritnya
"Sakit lah! Hahahaha! Selamat hari jadi, Sara!", kata Luqman tersenyum. Kedua orang tua Qaisara dan rakan karibnya, Farah dan Balqis datang membawa kek dengan lilin yang siap untuk ditiup. Qaisara berpaling ke arah ibubapanya dan menyoal, "Jadi, Mama dan Papa sudah tahu tentang perkara ni?". "Mestilah kami tahu", kata Bapa Qaisara sambil tersenyum. "Kamu nak tahu tak siapa dalang disebalik rancangan ni? Hahaha", soal Balqis tergelak. Qaisara mengangguk dan berkata, "Siapa Balqis?" lalu Farah menunjuk ke arah Luqman. Perasaan geramnya semakin membuak apabila melihat Luqman tersenyum lebar.
"Kau ni memang jahat!! Dahla kau buat bagi aku jatuh terduduk haritu sampai punggung aku sakit tak hilang-hilang, sekarang ni kau buat bagi jantung aku rasa macam nak tercabut pulak. Kau memang nak bunuh aku ke, Luqman!?", jerit Qaisara sambil memulas telinga Luqman. Semua orang tertawa geli melihat tingkah laku Qaisara itu.
YOU ARE READING
Killing Intent
Mystery / ThrillerCerita ini mengisahkan tentang seorang pelajar bernama Qaisara yang sedang diikuti lembaga misteri. Sipakah gerangan lembaga itu? Apakah niat lembaga tersebut? Adakah Qaisara akan selamat? Teruskan membaca untuk mengetahuinya!