#1

97 9 3
                                    


Anakku,

Walau kau bukan dari rahimku, percayalah ibu amat menyayangimu.

Kau sinar penyeri ibumu disamping kami semua.

Kau juga lawan gaduhku kerna kau petah berbicara.

Kau mampu membuat kami tersenyum dengan gelagatmu.

Dengan adanya tahi lalat di atas bibirmu lagi menambahkan kecomelanmu.

Kau jua kekuatanku anakku.

Membesarkanmu penuh onak berliku.

Sekalipun mereka mengatakan apa jua tentangmu, ibu dulu yang menangis dahulu.

Kau tidak mengerti mengapa kau di tolak sana ke sini.

Sedangkan ibu tak mampu nak membiarkan kau jauh dari sisi.

Dari saat kau di perut mamamu, ibu sudah bertekad untuk mengambilmu.

Kerna ibu tahu, entah bila ibu sendiri akan melahirkan zuriat ibu sendiri.

Kenangan dan pengalaman di alam remaja mengajar ibu untuk berhati hati dalam misi mencari suami mithali.

Ibu yang serba kekurangan ini amat mengharapkanmu menjadi manusia sempurna dan berjaya.

Berjaya bukan untuk ibu sahaja, tetapi berjaya untuk mereka yang berada disekelilingmu anakku.

Kini kau hampir berusia 7 tahun anakku.

Semoga kau membesar dan menjadi contoh untuk adik-adikmu nanti.


Yang menyayangimu,

Ibumu



AnakkuWhere stories live. Discover now