[Baekhyun POV]
"Yah Park Chanyeol. Kerja kau asyik tidur je. Tak reti bangun ke? Woii!"
Aku menggoyangkan tubuh badan Chanyeol yang tidak memberi apa-apa respon.
Tidur mati ke apa Mamat Tinggi ni?
"Chanyeol! Bangun!"
Chanyeol mengangkat muka.
Euww.. Bapak hodoh muka dia sekarang ni.
Rambut berserabut, mata separuh terbuka, air liur basi meleleh.
Apakah. Ini ke lelaki yang digilai pelajar perempuan?
"Ada apa kau gerakkan aku? Sikit je lagi aku nak kiss Sora, last-last kau gerakkan aku? Dahh puas hidup ke apa?"
Mata aku terbutang.
Teruknya mimpi budak ni. 18++"Kau ingat aku kesah kau nakk kiss Sora ke, Kiss pengetua ke, kiss aku ke.. Tapi tolong jangan menyusahkan aku."
Mesti korang tak tahu kenapa aku bersungguh-sungguh bangunkan Chanyeol dari tidur.
Sebenarnya kami berdua didenda untuk kemaskan pustaka sebelum balik. Kami didenda sebab lupa nak bawa alatan geometri.
Tahu-tahu jelah, cg. Math kitaorang bapak garang. Kecut perut aku bila dengar dia menjerit.
Okay, bersambung tadi.
"Aku dah siap kemas bahagian aku. Bahagian kau je belum. Itu kau buat sendiri."
Aku mula mencapai beg galas milik aku yang berada di sebelah Chanyeol.
"Alah Baek, kita kan kawan so tolonglah aku. Tak pon kau temankan aku kat sini. Takkan aku sorang-sorang. Seram ~"
Ceh.. Yang dia tidur tak ingat dunia tu siapa suruh.
Harap badan je tinggi tapi tak boleh harap.
"Tak nak. Kau buat la sendiri. Aku nak balik."
Aku berlalu pergi.
Malas nak hadap muka Chanyeol lama-lama.
Nanti tak pasal-pasal ada berita 'Kawan sunatkan kawan'.
Hahahahaha mengarut je aku ni.
Aku menyambung perjalanan menuju ke dalam kelas.
Sebenarnya aku tak ada niat lagi nak balik. Lagipon dekat rumah aku bukan ada sesiapa.
Appa kerja, eomma pulak mesti bersembang dengan kawan-kawan dia.
Jadi, aku akan lepak dalam kelas tak pon bilik renang.
Aku termenung.
Bagusnya kalau ada Sora. Budak tu tak pernah diam.
Walaupun baru dua hari kenal, dah macam 2 tahun.
Aku tak suka dia. Aku... Ermm.. Aku cuma suka perangai dia yang happy tapi kadang-kadang menyakitkan hati.
"Baekhyun ~"
Eh jap... Itu suara...
"Yahh! Kau belum balik lagi?"
Aku memandang Sora terkejut.
Betul ke dia ni Sora? Entah-entah hantu yang menyerupai Lee Sora.
Eh karut..
"Tadi saya dah balik tapi saya datang semula sebab teringat dekat Awak dan Chanyeol. Mesti korang lapar kan? Jadi saya bawak nii"
Sora mengangkat 2 mangkuk tingkat yang berada di dalam plastik putih.
Macam sedap.
"Kau ke masak?"
Aku menyoal.
"Eh tak lah. Ni eomma dengan maid yang masak."
Cis, ingat dia yang masak. Baru je nak merasa.
"Kenapa susah-susah datang sini? Bukan ke rumah kau jauh dari kawasan sekolah ?"
Setahu aku memang ya.
Lainlah aku dan Chanyeol, jalan kaki pon boleh tapi biasanya aku naik basikal je. Kekadang kalau malas naik motor.
"Driver saya hantar."
Kata Sora ringkas.
Aku sedar, Sora bukan anak orang biasa tapi golongan yang mewah.
"Chanyeol mana?"
Tanpa sedar Sora sudah berada di depan aku. Matanya tidak berkelip ketika memandang aku.
Kenapa aku pulak yang rasa berdebar?
"Dia.. Erm masih mengemas."
Aku mengalihkan pandangan. Tak mahu menatap matanya.
Boleh tercabut jantung aku kalau berterusan macam ni.
"Ouh ye? Kalau macam tu kita pergi dekat Chanyeol lah. Kesian dia sorang-sorang."
Aku mengangguk. Nak tak nak, aku mesti tahan.
Nanti Sora ingat aku suka dia.
YOU ARE READING
My Slumber Girl
RomanceKisah seorang perempuan yang selamba dan peramah jatuh cinta dengan seorang lelaki yang susah untuk didekati. Lee Sora dan Byun Baekhyun. Pelbagai hal yang terjadi diantara mereka berdua. (Sila baca dan like 😘 Harap anda suka)