Tibalah masa untuk aku membuat keputusan kepada kawan ibu ku. Aku pun tidak tahu sama ada keputusan aku betul ataupun tidak. Selepas solat, aku terus turun ke bawah setelah dipanggil oleh ibu..
"Asalamualaikum ibu, Aunty." lalu aku terus mendapatkan tangan ibu dan kawan ibuku untuk disalam.
"Waalaikumsalam. Nabila sihat?" kata kawan ibuku.
" sihat. Alhamdulillah" jawabku lalu menganggukkan kepala.
" macam mna? Setuju atau tak? Aunty harap keputusan Nabila betul ea! Bukan Aunty nak memaksa, tapi, Aunty risaukan masa depan anak Aunty dan kamu. Insyaallah kamu akan bahagia dengan anak Aunty." kata kawan ibu.
Aku menarik nafas sedalam dalamnya. Kepala aku kusut memikirkan hal yang bakal hadapi. Cepat terlintas di kepala ku soalan tentang bahagiakah aku selepas ini atau pun tidak?
"Baiklah Aunty. Nabila setuju." kataku kepada kawan ibu itu.
Aku melihat kegembiraan di muka kawan ibu. Begitu juga dengan ibu. Ibu bahagia sangat sebab aku bersetuju untuk kawin dengan pilihannya..
"Baiklah. Aunty dah tetapkan tarikh pertunangan dan majlis akad nikah korang. Tinggal nak siapkan saja lagi. Tarikh pertunangan korang minggu depan dan tarikh akad nikah korang minggu satu lagi selepas minggu korang bertunang." kata kawan ibu itu.
Aku macam tidak percaya yang tarikhnya awal macam tu sekali.
Aku menjerit di dalam hati dan berkata" no....."-----------------
Pada malam itu, semua kami ahli keluargaa berkumpul di ruang tamu selepas makan malam. Aku melihat abang abang ku tidak henti dengan senyuman di bibir.
Nama abang ku yang sulung ialah Tengku Haikal dan yang kedua Tengku Haziq. Aku merupakan anak bongsu.
Aku melihat abang abang ku sibuk menolong ibu untuk membuat persiapan hari pertunangan aku nanti.
" Nabila. Sini jap. Ayah ada hal nak cakap dengan kamu." kata ayah memanggil ku.
"Ye ayah." lantas aku bagun untuk pergi mendapatkan ayah. Lalu aku terus duduk di sebelah ayah.
"Ada pa ayah panggil Nabila ni?" kataku kepada ayah.
" Hem. Ayah bangga dapat anak macam kamu. Maksud ayah ayah berterima kasih dengan kamu sebab kamu trima anak kawan ibu tu." kata ayah sambil mengusap rambut ku.
Aku hanya tersenyum tetapi aku tetap tabah menghadapi semua dugaan ini.
"Hei.. Apa yang nak ditenung tu. Teringat dengan future husband ke?" kata abang ku.
Lantas aku mendapatkan kusyen dan terus aku baling ke arah abangku.
"Tu lah tu. Kalau rindu, tlefon lh dia. Apa susah. Nak nombor tlefon tak? Abang ada ni!" kata abangku sorang lagi. Aku hanya menunjukkan muka monyok ku kepada ayah tanda meminta belas kasihan daripada ayah. Ayah dari tadi melihat telatah kami adik beradik hanya mampu tersenyum.
Tidak lama kemudian, aku melihat ibu datang kepada ku sambil membawa kotak kecil di tangan.
"Ni dik. Aunty Zaimah bagi tadi. Dia suruh Ibu bagi kat adik. Adik bukalah ea" kata ibu sambil menghulurkan kotak kecil tersebut. Aku terus mengambil huluran oleh ibu.
Jam menunjukkan pukul 10 malam. Aku terus meminta izin ibu dan ayah untuk pergi ke bilik untuk tidur. Terus sahaja aku mendapatkan ibu dan ayah untuk salam. Tidak lupa juga kepada abang abang ku.
Aku terus ke bilik dan terus berbaring di atas katil. Tergerak hatiku untuk memintaku membuka kotak pemberian Aunty Zaimah.
Aku terus membuka kotak kecil tersebut. Alangkah terkejutnya aku melihat cincin yang ada dalam kotak kecil tersebut. Bibirku terus mengukir senyuman.
YOU ARE READING
what!! GURUKU, peneman HIDUPKU.
Romancemengisahkan tentang seorang guru yang terpaksa berpindah dan digantikan dengan guru baru . kisah yang bermula dengan seorang wanita yang bernama Tengku Nabila yang tidak suka akan mata pelajaran sejarah. IKUTI KISAH CERITA INI SAMPAI HABI...