💡2💡
"Maaf hyo, sejujurnya appa tak setuju dengan syarat yang kamu bagi."
Ji hyo terasa dirinya dicabar. Nafas turun naik dengan laju. Dia memandang tajam ibu bapa serta tetamu yang berada di situ.
Jungkook yang di tempat duduknya hanya memandang dengan gerun perubahan sikap ji hyo.
Tuan dan puan jeon juga gerun. Tuan dan puan song pula memang sudah kebiasaan dengan ji hyo secara begini.
Tiba-tiba, seorang lelaki turun dari tangga sambil tersenyum manis ke arah mereka. Mereka yang memandang mula sejuk hati melihat senyuman manis yang diberi oleh lelaki itu tadi.
"Song Joongki. Come here. Lets join us. Talk about ji hyo future."
Joongki datang dengan ketawa kecil apabila mendengar perkataan 'future'. Dia sangat tahu apa yang dimaksudkan oleh tuan song tadi.
Dia duduk di bersebelahan ji hyo. Ji hyo dipandang dengan ketawa kecil. Ji hyo sekadar menjeling sekilas. Joongki tahu bahawa ji hyo sangat benci apabila bercakap tentang perkahwinan ini.
Apabila dipandang depan, wajah jungkook dipandang dengan teliti untuk mengenal pasti sikap dan ciri-ciri lelaki itu.
Kerana dia tahu bahawa lelaki itu juga yang akan membimbing adiknya untuk dijadikan isteri nanti. Dia senyum memandang jungkook. Jungkook juga membalas senyuman itu.
"Jadi, macam mana? Hyo setuju tak?"
Ji hyo mengendahkan kata-kata joongki dengan memandang ke bawah lantai. Joongki ketawa kecil memandang ji hyo.
"Macam mana pa? Ma?"
Tuan dan puan song dipandang untuk mendapat jawapan. Begitu juga dengan tuan dan puan jeon.
"Kami setuju, tak ada masalah. Cuma tunggu ji hyo dengan jungkook je lagi."
Mereka berkata dengan serentak. Jungkook dan ji hyo berpandang sesama sendiri. Mata mereka bertembung.
"Ehem! Jangan pandang lama-lama, nanti jatuh cinta, siapa yang susah."
Sakat joongki sambil ketawa. Begitu juga dengan tuan dan puan song, jeon. Jungkook menunduk ke bawah kepala menahan malu. Begitu juga ji hyo. Pipi sudah jelas kelihatan merah.
"Saya setuju."
Kata jungkook dengan ikhlas. Di hatinya mula menerima sikit ji hyo sebagai isteri.
Dia tahu, bahawa ji hyo ini perangai buruk. Tetapi, tidak salah untuk diubah. Dan, tujuan dia untuk ubah ji hyo.
"Joongki setuju sebagai abang ji hyo."
Kata joongki sambil curi-curi pandang wajah ji hyo. Ji hyo sempat menghadiahkan jelingan maut.
"Setuju."
Kata ji hyo dengan penuh rela. Dia TERPAKSA. Tapi, bagi dirinya, walaupun sudah kahwin, dia tetap dengan perangai asalnya. Dia TETAP.
🔧TBC🔧