PART 1 《Broken Pieces》

77 2 0
                                    

Aku melontar pandangan aku ke arah sekumpulan remaja perempuan yang sedang berjalan beriringan. Alangkah bahagianya mereka. Aku mula terkenang nasib diri dek kerana tidak mendapat keputusan SPM yang cemerlang ayah tidak mahu menghantar aku melanjutkan pelajaran katanya aku hanya akan memalukan dirinya dan mama. Ayah aku seorang pengetua manakalah mama seorang guru besar.
   

Tok...Tok...Tok...


"Along ayah panggil" Panggilan dari Nazminah  mematikan lamunan aku.

"Kejap lagi along turun" Aku membalas. Dalam keadaan malas aku tetap gagahkan diri untuk melangakah turun ke ruang tamu. Langkah kaki aku atur berhati-hati menuruni anak tangga. Sebaik kaki aku menjejakkan kaki ke ruang tamu dapat aku lihat dengan jelas wajah serius ayah. Seakan memikirkan sesuatu.

"Ayah panggil along?" Aku mengambil tempat duduk sebelah mama. Aku bertanya malas kepada ayah aku. Walaupun jawapannya telah aku ketahui namun pertanyaan aku kepada ayah ku cuma untuk mencuri perhatian ayah aku.

"Ayah dah buat keputusan. Hujung bulan depan along akan ayah kahwinkan dengan anak cikgu Hassan" Ayah memandang wajah aku.  Pandangan tajamnya umpama pisau belatih yang menghiris ke dalam dagingku. Kata-kata ayah ku menampar kasar ke gegendang telinga aku. Serta - merta darah panas mengalir ke seluruh pembuluh darah aku. Seakan tidak percaya dengan apa yang baru sahaja aku dengari. Kata-kata yang terlafaz dari mulut ayah aku seperti gurauan kasar. Walaupun pada zahirnya aku tahu ayah aku tidak bergurau dengan aku. Hidup denganya selama 18tahun ini membuatkan aku sangat mengenali keperibadian ayah aku.

"Tapi ayah along muda lagi. Baru 18 tahun" Aku menjawap tanda tidak puas hati. Seperti insan biasa aku juga memiliki cita-cita dan impian. Selaku seorang perempuan yang berumur 18tahun aku tidak yakin aku mampu mengalas tanggungjawap sebagai seorang isteri. Ianya seakan mustahil buat aku. Walaupun aku dan adik-adik aku di ajar untuk hidup berdikari sejak kecil namun aku tahu tanggungjawap menjadi isteri lebih berat.

"Keputusan ayah muktamat dan ayah tidak perlukan jawapan atau persetujuan Naz" Ayah menjawap tegas. Serta-merta rasa sedih datang bertandang di hati aku. Pada mata kasar orang sekeliling aku melihat aku memiliki kehidupan yang sempurna tapi memiliki seorang ayah seperti ayah aku tidaklah ada perkara yang sempurna buat aku. Semua tindakan aku adalah salah di mata ayah aku. setiap yang aku mahukan sentiasa di bantah oleh ayah aku. Bukankah aku juga puterinya. Permata hatinya. Tapi kenapa aku dilayan seperti orang asing di dalam hidup ayah aku.


"Baik kalau itu yang ayah nak dan kalau ayah rasa itu yang terbaik along ikut keputusan ayah" Nada suara aku separuh bergetar menahan sebak di dada


Ayah sekadar memandang aku tanpa riak

"Along betul ke setuju nak kawin dengan Syafiq tu mak bukan apa Mak dengan Ayah buat semua ni untuk kebahagian along juga" Suara mak kedengaran cuba memujuk aku


"Ye mak along setuju nak kahwin dengan Syafiq tu kalau itu boleh buat mak dengan ayah gembira sebab kunci kebahagian along ada pada mak dan ayah" Aku cuba mengawal riak wajah sebaik mungkin.


Habis menuturkan kata-kata aku meminta diri untuk melangkah ke tingkat atas tidak lain dan tidak bukan iaitu bilik aku. Ya satu-satunya tempat yang boleh membantu aku untuk menenangkan gelora perasaan aku pada ketika ini


Seakan tidak percaya aku akan berkahwin pada usia semuda ini. Niat untuk sambung belajar terpaksa aku kuburkan. Hati aku cuba redha dengan semua yang akan terjadi walau pahit


Naz buat semua ni untuk ayah dan mak hati aku berbisik


           *                   *                   *                   *

Angin laut yang bertiup menampar lembut ke wajah ku. Pandangan jauh ku lontarkan ke arah laut yang tersegam indah di hadapan aku. Sedikit sebanyak resah dan gudah di hati ku dapat ku tenangkan.

"Earth to Yana" Jane menampar kasar bahu ku.

"What do you want?" Aku bertanya malas kepada Jane yang duduk di sebelah aku.

"Kau tanya aku nak apa? Seriously Yana?" Jane bertanya kepada aku wajahnya merenung terus kepada ku. "kau bawa aku datang ķat pantai ni kata nak picnic tapi dari masa kita sampai pagi tadi sampai sekarang dah dekat nak petang you cuma mengelamun je" Yana berkata. Renungan tajam anak matanya tepat ke wajah ku. Bibirnya tersenyum nipis lalu berkata lagi " Atau definisi picnic bagi kau adalah datang kat pantai mengelamun ek?"

"Whatever" Aku membalas sepatah agak malas. Aku melarikan anak mata ku ke arah laut semula. Sebulan telah berlalu sejak ayah aku memutuskan untuk menikahkan aku dengan anak kawannya. Walau di bibir aku melafazkan kata setujuh namun hati aku berkata sebaliknya. Namun siapalah aku.

"Yana kalau kau ada problem bagi tau la Kat aku. Kalau kau terus diam macam ni aku tak dapat nak tolong kau" Yana berkata lembut kepada aku. Nada suaranya jelas akan kerisauan.

"Ayah aku nak kahwinkan aku dengan Syafiq. Aku baru nak masuk 18tahun tau. Aku pun ada impian aku sendiri juga. Nak belajar tinggi-tinggi dapat kerja elok." Sedaya upaya aku cuba mengusir rasa sebak yang bertandang. Berkahwin di usia muda bukanlah sesuatu yang asing bagi sesetengah pihak. Tetapi bagi aku ianya sesuatu yang cuba aku elakkan seboleh mungkin. Hanya kerana mahu membalas jasa kedua orang tua aku yang bersusah payah mahu membesarkan aku selama 18tahun ini maka aku bersetujuh dengan permintaan ayah aku. Kalau ikutkan hati kecil ku ini telah lama aku melarikan diri. Lari daripada kehidupan ini.

"Oh my God! Ni bukan prank April fool's right?" Jane berkata separuh menjerit. Keadaan pantai yang agak bising di sekitar aku tadi secara tiba-tiba bertukar sunyi. Aku melihat keadaan sekeliling. Berpuluh pasang mata memandang ke arah tempat aku dan Jane. "Sorry" Sepatah kata keluar dari mulut Jane

"April fool's mak hang! Keputusan Spm baru keluar seminggu lepas cik kak oi!" Aku berkata separah bengang. Masa orang nak serius ni la juga dia nak buat sarcastic yang tak berapa nak jadi.

"Kau setuju?" Seakan terpancar riak sayu di wajah Jane buat seketika namun selepas beberapa detik berlalu riak wajahnya memperlihatkan riak ingin tahu.

"Aku tak ada pilihan lain selain setujuh dengan pilihan ayah aku. Kau bukannya tak kenal dengan perangai ayah aku. Kalau dia kata A maka A la jawapanya dah tak boleh ubah ke huruf B,C,D" Senyuman nipis terukir di wajah aku. Aku cuba untuk menenangkan perasaan aku. Rasa sedih bertandang lagi. Namun kerana kasih aku kepada ibu dan ayah ku , Aku terpaksa kuat. Mungkin dengan mengembirakan hati kedua mereka lambat-laun aku akan memperolehi perkara yang sama. 

"Kau happy?" Jane berkata lagi namun kali ini dia tidak memandang wajah aku. Pandangannya di lontar jauh ke arah pantai. Kini riak sayu dan sedih di wajahnya semakin jelas kelihatan.

"Seandainya apa yang aku buat ni dapat mengembirakan hati kedua orang tua aku jawapan aku yup aku happy" Senyuman ku ukir agak lebar kali ini. Warna kemerah-merahan pada langit ketika matahari terbenam sedikit sebanyak membuai perasaan aku untuk melupakan setiap perkara yang berlaku.

"Kalau itu yang kau mahukan aku harap kau bahagia Yana" Kedengaran Jane berkata perlahan kepada aku.


Don't Forget To Vote

            💕💞💕💕

Next Chapter: Chapter 2 《Trash》

The Truth About ForeverWhere stories live. Discover now