PART 3 《Painful Truth》

48 2 0
                                    

"Wei Naz dah puas berangan?" Lamunan aku terhenti saat mendengar suara Angel

"Aku tak beranganlah" Senyuman aku lontarkan kepada Angel

"Habis tu? Teringat kau suami tercinta ke?" Deraian tawa Angel ku dengari kosong

"Tak ada maknanya aku nak rindu-rindu ni okey?" Ujar ku bernada sayu

"Okay Fine! Tak perlu nak berdrama Kat sini. Tau la kau peminat slot Akasia TV3 tu"

"Kau kalau sehari tak kutuk orang tak sah eh hidup kau?"

"Which part from the words ' Okay Fine! Tak perlu nak berdrama Kat sini. Tau la kau peminat slot Akasia TV3 tu' yang buat kau rasa aku sedang kutuk kau?" Angel menghirup sedikit air tehnya lalu berkata lagi "Explain kat aku, bagi aku faham sikit definisi 'kutuk' tu bagi kau" Angel berkata lalu menunjukkan muka soyanya.

"Okay whatever!" Aku berkata lalu menghadiahkan jelingan untuk Angel
              *                    *                   *  

Selesai menjamu selera aku berjalan beriringan dengan Angel ke sebuah kedai buku. Niat di hati nak membeli beberapa majalah baru. Apabila rasa sunyi bertandang di hati aku lebih gemar menghabiskan masa dengan membaca majalah. Sekurang-kurangnya aku dapat menghiburkan hati.

"Sayang dah habis ke cari buku tu? I penatlah" Aku terdengar suara seorang wanita di balik rak buku di hadapan ku

"Jap ye sayang sikit lagi ni" Kali ni empunya suara lelaki tu seakan aku kenali. Hatiku meronta untuk melihat empunya badan kepada pemilik suara tersebut.

"Sayang lepas ni kita nak ke mana lagi?" Wanita itu berkata lagi. Perbualan itu aku dengari dengan penuh minat

"Tempat biasa. Damn I rindu body you sayang" Hatiku panas mendengar kata-kata tersebut. Hatiku tidak henti-henti berdoa agar tuan punya suara itu bukan Syafiq.

Tetapi seandainya benar suara lelaki di hadapan aku ini adalah Syafiq maka tekaan aku selama ini adalah benar. Adakah dia curang kepada aku? Hati kecil ku berkata.

Aku melangkah ke arah sudut yang lain cuba mencari kelibat Angel. Tanggan aku mula berpeluh sejuk. Walaupun Syafiq tidak perna melayan aku dengan baik sepanjang perkahwinan aku dan dia tetapi bagi ku dia masih suami aku. Sebaik melihat kelibat Angel aku segera menarik pergelangan tanggannya untuk mengikuti langkah kaki aku

"Come with me" Sebaris ayat yang keluar dari bibir aku sebaik aku mengenggam pergelangan tangan Angel.

"What? What's wrong with you Naz" Angel berkata agak jengkel

"Aku tak habis pilih buku lagi tau. Tadi kau juga yang beriya-iya nak beli buku!" Angel berkata lagi

"Aku tak ada masa nak explain semua benda yang sedang berlaku sekarang ni. Aku akan explain lepas ni tapi bukan sekarang" Aku berhenti seketika sebaik melihat Syafiq.

Mata aku cuba pejam-celik untuk beberapa kali. Sah! Apa yang aku nampak adalah kelibat Syafiq sedang berjalan berpegang tanggan dengan seorang perempuan. Cuma aku tidak pasti siapakah perempuan tersebut kerana wajahnya agak terlindung di sebalik hoodie yang di gunakannya. Walaupun suara perempuan yang berbual dengan Syafiq yang aku dengari tadi seakan tidak asing kepada aku tetapi aku tidak pasti siapakah dirinya

"Hold on Naz. Tu bukan Syafiq ke?" Suara Angel membawa aku ke dunia nyata semula.

"Yes dia Syafiq" Aku berkata ringkas

Aku dan Angel menaiki sebuah Taxi sambil mengekori belakang kereta Syafiq. Dada aku berombak laju apabila melihat Syafiq beriringan melangkah masuk ke dalam sebuah hotel.

Berlaku sedikit perbalahan antara aku dengan pekerja front receptionist hotel berkenan namun aku tidak menyalahkan mereka kerana aku faham akan tugas mereka yang hanya mengikut privacy yang hotel tetapkan. Setelah beberapa ketika Manager hotel berkenan memberikan aku nombor bilik Syafiq. Jelas kelihatan tanda belas kasihan di wajahnya

Aku hanya mampu mengucapkan terima kasih atas pertolonganya yang tidak mampu aku balas. Setelah mengucapkan kata terima kasih kepada manager hotel yang membantu aku tadi aku dan Angel segera menaiki lift untuk ke bilik Syafiq

"Naz aku cuma nak cakap walau apa pun yang berlaku lepas ni aku harap kau tabah dan kuat sebab kau dah pilih jalan ni. There's no turning point after this you know that right?" Angel berkata kepada aku semasa kami berada di dalam lift

"Aku tahu tentang tu jangan risau okay?" Aku merenung wajah Angel. Sebaris senyuman terukir di wajah Angel buat aku. Sebagai pendorong dan penyuntik semangat buat aku

"Bilik nombor 119 betul?" Angel bertanya kepada aku untuk meminta kepastian

Aku membuka semula lipatan kertas yang berada di tanggan aku.

"Yeah betul" Jawap ku ringkas

"Aku tanya kau untuk kali terakhir Naz, Kau pasti dengan keputusan kau ni?"

"Yup" Aku memandang Angel lalu menjawap ringkas

Angel mengetuk pintu bilik itu lalu berkata "Room service!"



Don't Forget To Vote Gais💞💞💞

👀Next Chapter: Chapter 4 《Put the blame on me》 ♡Next week♡

Don't Forget To leave a comment and vote if you like my story 💋👄💕💕💕

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 18, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Truth About ForeverWhere stories live. Discover now