BOSAN. Hanya itulah ungkapan yang mampu aku beri. Menjadi satu-satunya anak tunggal didalam keluarga bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Ditambah pula dengan kesibukan kerja oleh kedua orang tua menyebabkan aku kesunyian. Kekadang terfikir juga alangkah seronoknya jika memiliki adik, tapi apakan daya mereka orang berkerjaya. Sekiranya ditanya pasti mengatakan "cukuplah kamu seorang sahaja". Hahha mungkin aku ni nakal sangat masa kecik sampaikan mereka serik untuk tambah anak lagi.
Okay. Sebelum aku lebih melalut baik aku kenalkan diri. Nama aku Syazwan. Org panggil aku Zuan. Berumur 23 tahun dan berasal dari Johor. Aku merupakan graduan Ijazah dalam bidang Psikologi. Kenapa Psikologi? Sebabnya aku suka memerhati tingkah laku manusia. Creepy. Yup. Itulah perkataan pertama yg aku dapat bila ditanya. Aku ni jenis yang suka tenung orang lama-lama terutama dengan orang yang aku baru kenal. Tp bende ni tak bermaksud aku ada crush kat diaorang okay. Bende ni sebenarnya tak elok jadi jangan ikut.
So, sementara nak tunggu panggilan kerja yang entah bila nak dapat, nak tak nak aku kena cari kerja sambilan. Zaman sekarang ni nak cari kerja yang sepadan memang susah. Aku bukanlah best student tapi pointer aku tak la rendah cuma 3 point something la. Karang bagi tahu kata riak plak. Huhuhu. Sambil-sambil tu terfikir jgak nak blaja hidup berdikari. Ah!! Susah-susah baik aku duduk kampung je lagi best. Hmmm...
"kamu dah habis fikir ke huh?", kata Encik Sufian tegas.
"earggh...dah bah. Orang ingat nk blajar berdikari. Lagipun rumah atok kat kampung tu kan kosong".Dengan orang tua ni kau jangan buat main. Salah cakap karang dia sesah kau hidup-hidup. Dulu masa kecik tiap kali melawan cakap memang berbirat badan kau. Tak kira la kau betul ke salah, yang penting mereka selalu betul. Mulanya memang rasa sedih, geram, marah nak memberontak semua bagai. Tapi semua perasaan tu lenyap bila mak datang pujuk.
"zuan anak mak...kenapa ni. Zuan tau kan ayah marah sebab sayang. Ayah nak zuan jadi orang yang berguna. Walaupun ayah nampak tegas diluar tapi jauh dihati ayah sayang sangat kat zuan".
Betul tu. Bila umur dah meningkat dewasa baru aku faham apa yang diajar tentang "sayang seorang bapa". Sedih, gembira, penat lelahnya semua tersembunyi dibalik wajah yang tegas.
"Baiklah abah izinkan. Tapi ingat sepanjang kamu berada disana abah nak kamu jaga setiap perlakuan kamu. Abah tiada disamping kamu untuk menegur setiap salah yang dilakukan. Dan tiada juga ibumu untuk menenangkan saat kamu jatuh. Pandai-pandailah kamu membawa diri".
Seperti biasa tak semua perkara yang dirancang menjadi kenyataan. Kehidupan aku berubah tatkala pertemuan pertama bersama seorang budak lelaki bernama Syaz...