Sebelum ini dalam Power Of Elements 2
Hey! lepaskan kitorang!" Jerit Yaya semasa mereka semua dalam perjalanan ke penjara. Tetapi kesemua pengawal-pengawal itu tidak melayan kesemua kata-kata Yaya dan memasukkan mereka ke dalam penjara yang tidak berapa besar...tapi muat untuk mereka berlima. "Kamu akan tidur kat sini sampai Boboiboy ditemukan." Kata Puteri Kasturi kepada mereka semua. "Kau memang tak guna!...kitorang tak salah apa-apa pun!" Jerit Ying.
"Jagalah kau!...SERANGAN BAYANG" Fang cuba untuk menghancurkan pintu penjara itu tetapi tiada apa-apa kuasa terpancar darinya. "Apa? apa yang berlaku?" Tanya Eddy dengan rasa keliru. "Oh ya, saya lupa nak bagitahu korang yang Penjara itu boleh menyakaktifkan kuasa kamu semua" Terang Puteri Kasturi kepada mereka semua. Mereka semua terkejut yang penjara itu boleh mematikan jam kuasa mereka dengan mudah. Kemudian Puteri Kasturi dan beberapa Pengawal di situ meninggalkan penjara itu.
Yaya duduk sambil menyandarkan badannya di dinidng penjara itu. "Saya harap kau ada kat sini Boboiboy..." Kata Yaya dengan perasaan sedih.
"Kamu berdua kena pergi dari sini...mereka datang mencari kamu berdua" Kata Ketua Kampung itu. "Tapi kita kena bantu mereka" Jerit Boboiboy "Biar aku uruskan mereka, yang penting kamu berdua mesti pergi dari sini" Kata Ketua Kampung itu dan menyuruhnya bangunkan Lisa dan pergi dari kampung itu sebelum terlambat.
Boboiboy akur dengan kata-kata Ketua Kampung itu, dan berlari ke arah bilik Lisa untuk membawa Lisa pergi dari kampung itu. "Apa dah jadi?" Tanya Lisa "Tak ada masa nak cerita...kita kena pergi dari sini" Balas Boboiboy sambil memgang tangan Lisa keluar dari rumah itu dan bersembunyi di dalam hutan. Setelah hampir 10 minit berlalu, Zaki dan pengawal-pengawalnya sudah berjaya menangkap seluruh penduduk kampung tersebut termasuk Ketua Kampung juga.
"Apa kamu nak dari kami!" Jerit Ketua Kampung itu kepada Zaki "Kami nak cari banduan kerajaan kami yang bersembunyi dalam kampung ni" Balas Zaki "Kami tak tahu apa yang kau cakapkan ni" Kata Ketua Kampung itu. Dengan perasaan marah Zaki memukul kepala Ketua Kampung itu sehingga dia rebah ke tanah. "Aku paling benci pada orang yang suka menipu...bagi tahu aku, mana mereka!" Kata Zaki "Mereka dah tak ada dalam kampung ni, semoga berjaya cari mereka dalam Kerajaan yang besar ni" Kata Ketua Kampung itu dengan nada lemah. Dengan perasaan marah, Zaki menyepak kepala Ketua Kampung itu sehingga dia pengsan. "Bawak mereka semua mengadap Puteri Kasturi" Arah Zaki "Tapi apa kata Raja Kerajaan Tanah nanti?" Tanya seorang pengawal "Mereka menyembunyikan banduan kita, Raja Kerajaan Tanah akan faham" Balas Zaki
Boboiboy yang melihat dari jauh berasa amat marah dengan tindakan Zaki, dia cuba untuk kembali ke kampung itu tetapi dihalang oleh Lisa. "Ini bukan masanya lagi...sekarang kita kena larikan diri dahulu." Kata Lisa. Boboiboy akur dengan kata-kata Lisa. "Aku akan selamatkan korang...aku janji" Kata Boboiboy kepada dirinya. Kemudian mereka berdua melarikan diri ke dalam hutan.
......................................................
~POWER OF ELEMENTS 2~
-Secrets Of The Element Kingdom-
"Kita tak boleh tunggu dan tengok mereka ditangkap!" Jerit Boboiboy kepada Lisa. "Kita akan selamatkan mereka, tapi bukan masanya.." Balas Lisa sambil cuba untuk menenangkan Boboiboy. "Mereka dah tawan kampung tu...kalau kita selamatkan mereka sekarang...kita juga akan tertangkap!" Kata Lisa dengan nada yang tinggi. Boboiboy kemudiannya menumbuk sebuah pokok dengan kuat, seperti ingin melepaskan marahnya."Saya tak tahu macam mana "Bahagian Gelap " saya boleh menguasai badan saya masa tu, dan tinggalkan korang semua...tak sangka saya tinggalkan kawan-kawan saya macam tu je, lebih-lebih lagi Yaya..." Kata Boboiboy. Lisa mula risau dengan Boboiboy. " Boboiboy, aku bukannya nak lemahkan semangat kau...tapi kita tak mampu kalahkan diorang buat masa ni" Kata Lisa sambil meletakkan tangan kanannya di atas bahu Boboiboy cuba untuk memujuknya."Kita akan selamatkan mereka semua dan kawan-kawan kita...itu janji aku" Kata Lisa. Tidak lama selepas itu, Boboiboy dengan pantas memeluk Lisa dengan erat. " Saya gembira kau ada di sini...kau selalu ada di sisi aku" Kata Boboiboy kepada Lisa dan membuatnya rasa malu dengan kata-kata Boboiboy. "Okay...sekarang mari kita cari tempat yang selamat dahulu sebelum mereka jumpa kita." Kata Lisa sambil melepaskan pelukan Boboiboy
Di Istana Kerajaan Angin
"Iyo! fikir la sesuatu, kita kena keluar dari sini!" Kata Ying kepada rakan-rakannya.
"Apa kita boleh buat, jam kuasa kita tak berfungsi dalam penjara ni"Balas Fang
Tidak lama kemudian, tiga orang pengawal datang membawa orang untuk di masukkan ke dalam penjara itu. "Kamu akan terima padahnya! Kamu dengar tak" Jerit seorang lelaki tua.
"Senyap lah orang tua!" Jerit salah seorang pengawal istana sambil mencampakkan lelaki itu ke dalam penjara di hadapan mereka berlima. Yaya, Ying, Gopal, Fang dan Eddy hanya mampu melihat sahaja kejadian itu.
"Ah aku dah tak tahan lagi duduk kat sini" Jerit Eddy "Takkan kita nak diam duduk mereput kat sini, kita kena cari jalan"
"Betul apa kata dia...kita kena cari jalan lain" Balas Yaya.
Kemudiannya Yaya menekan jam kuasanya untuk cuba menghubungi Boboiboy, tetapi gagal. "Kalau lah Boboiboy ada kat sini" Kata Yaya sambila menundukkan kepalanya.
"Boboiboy? korang kenal dia?" Suara yang datang dari luar penjara mereka. Rupa-rupanya suara itu datang dari penjara yang berada di hadapan mereka. Lelaki tua itu rupanya ketua Kampung Lumpur yang telah membantu Boboiboy.
"Jadi korang lah, kawan-kawan Boboiboy yer" Kata lelaki tua itu lagi sekali. "Macam mana kamu boleh kenal dia" Tanya Fang
"Dia dan kawannya datang ke kampun kampung aku untuk bersembunyi daripada mereka" Balas ketua kampung itu.
"Jadi Boboiboy, kat mana dia sekarang?" Tanya Yaya dengan perasaan risau.
Keadaan senyap seketika sebelum dia membalas pertanyaan Yaya. "Perkara buruk dah terjadi di kampung saya tang menyebabkan kami terpisah.
"Kita kena cari Boboiboy dan Lisa" Kata Eddy kepada rakan-rakannya. "Tapi, macam mana?" Tanya Gopal
"Itu saya ada rancangan" Kata ketua kampung itu.
Pada masa yang sama, Zaki datang mengadap Puteri Kasturi iaitu kakak kandungnya. Tetapi pada masa itu Puteri Kasturi berasa amat marah dengan Zaki.
"Kenapa kau tangkap penduduk kampung tu!" Jerit Puteri Kasturi "Kau tahu tak yang Kerajaan Tanah sekarang tengah marah dengan kakak sebab hantar pengacau kat sana!" Kata Puteri Kasturi sambil menunjukkan surat dari Raja Kerajaan Tanah.
"Dah diorang lindungi banduan kita, nak buat macam mana?" Balas Zaki dengan selamba.
"Kau buat lah apa yang patut untuk cari Boboiboy...tapi jangan sampai Kakak yang susah" Kata Puteri Kasturi kepada Zaki.
"Apa-apa jelah" Kata Zaki sambil beredar dari tempat itu.
Semasa zaki sedang berjalan, secara tiba-tiba mata Zaki berubah menjadi warna Kelabu dan terdengar seseorang sedang bercakap dengannya. "Pergi cari Batu Angin itu" Kata suara itu dan kemudiannya menghilang serta mata Kelabu Zaki berubah menjadi biasa semula.
Dengan pantas dia menuju ke bilik simpanan bahagian kedua Batu Elemen Angin. Dia memecah masuk ke dalam bilik itu dan mengambil bahagian kedua itu. Dia juga mengeluarkan bahagian peryama yang dicurinya daripada Boboiboy di Bumi sebelum ini. "Maafkan saya kakak" kata Zaki sebelum dia mencantumkan kedua-dua bahagian sebelum menghasilkan cahaya biru yang terang menerangi bilik itu.
Kembali ke Penjara
Semasa Eddy dan rakan-rakannya mencuba rancangan yang dirancang oleh ketua Kampung itu, Batu yang berada di rantai leher Eddy bernyala berwarna hijau terang, Eddy menyembunyikan batu itu supaya tidak disedari oleh sesiapa, rakan-rakannya tidak sedar tentang kejadian itu tetapi hanya ketua kampung itu sahaja perasan, tetapi tidak mempedulikannya.
Eddy melihat rantainya yang masih lagi bernyala terang. "Kenapa batu ni menyala? Takkanlah benda buruk akan jadi?!" Kata Eddy kepada dirinya
YOU ARE READING
Power Of Elements | Book 2 | Secrets Of The Element Kingdom
Fanfiction{Sequel daripada cerita AU "Boboiboy: Power Of Elements"}...Tiga tahun kemudian selepas Boboiboy dan rakan-rakannya mengalahkan Kai...Mereka ingat segala-galanya sudah berakhir dan pengakhiran yang bahagia, tetapi ianya hanyalah satu permulaan bagi...