Empat Elemen

2.7K 194 44
                                    

TANAH : anak pertama, kelima dan kesembilan

Individu yang tergolongan dalam unsur tanah dikatakan memiliki sifat merendah diri, tidak cerewet dan tenang. Sifat-sifat yang baik untuk dimiliki oleh sesiapa sahaja. Namun ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa sifat merendah diri tidak boleh lagi diamalkan dalam zaman ini kerana ditakuti ia semakin menyebabkan seseorang itu tertinggal ke belakang. Senang cerita, sifat rendah diri haruslah bersesuaian dengan situasi di mana seseorang itu berada. 

Individu yang di kategorikan di bawah unsur tanah juga dikatakan bijak mengimbangi emosi dan sentiasa tenang. Ini juga sifat yang baik yang menjadikan kamu nampak matang dan sentiasa bijak mengawal keadaan, terutamanya jika berlaku kecamasan.

AIR : anak kedua, keenam, kesepuluh

Individu yang tergolong dalam kategori ini disifatkan sebagai individu yang berjiwa agak sentimental dan mudah menangis. Ya ke? Ketulusan hatinya pula tidak perlu diragui kerana mereka yang terdiri dalam kategori ini memiliki sifat mengambil berat dan sentiasa berusaha untuk membahagiakan pasangannya.

Tidak hairanlah sekiranya si dia dilihat memiliki sifat yang agak romantis. Jadi, bagi anak sulung memang sesuai benar berpasangan dengan anak kedua, keenam, kesepuluh dan sebagainya yang terdiri dari unsur air.

API : anak ketiga, ketujuh, kesebelas

Individu yang tergolong dalam kategori ini dilihat memiliki sifat yang bertanggungjawab dan cekap dalam melakukan apa jua perkara. Selain itu, mereka juga mampu menjadi pendengar yang baik. Kadangkala nasihat mereka juga boleh diambil kira dan membantu mengurangkan masalah yang ada.

Orang di sekelilingnya sentiasa berasa selamat apabila berdampingan dengan individu itu kerana individu dari kategori ini dikatakan memiliki sikap sering berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling.

ANGIN : anak keempat, kelapan, kedua belas

Individu di bawah unsur angin dikatakan bijak berkomunikasi dan sentiasa memelihara adab kesopanan menjadikan dirinya disenangi oleh teman-teman sekeliling. 

Individu yang terletak di bawah unsur angin juga memiliki mulut manis dan bijak bermain kata-kata. Ramai orang mungkin bimbang dengan karakter tersebut namun kerana ia sudah sifat semulajadinya maka agak sukar dikikis. 

Bersesuaian dengan unsur angin, golongan tersebut suka berubah-ubah pendirian dan antara sifat buruk mereka adalah suka bertukar-tukar pasangan.

***

Namun begitu pendapat di atas adalah sekadar pandangan berasaskan analisis yang dilakukan oleh manusia. Seperti biasa, mana ada manusia yang sempurna dalam segenap segi. Oleh sebab itu baca info di atas dengan fikiran terbuka.

PERSONALITYWhere stories live. Discover now