🌼※IMAGINE※Single(Hoshi)🌼

477 21 0
                                    

Y/N:
Ergh! Kalau sehari ni kalau tak bising pasal budak yang dikatakan terkenal tu boleh tak?

Jaehyun:
Dah namanya budak terkenal. Mestilah setiap hari akan sibuk pasal dia *gelak*

Y/N:
Kau tak join diaorang sekali ke?

Jaehyun:
Kau fikir aku ni perempuan?

Y/N:
Manalah tahu kau suka jugak dekat Hoshi tu sebagai idola kau

Jaehyun:
Maaflah, aku dah ada idola sendiri

Y/N:
Nampaknya budak tu nak duduk dekat sini. Baik kita lepak dekat bawah pokok *bangun*

Jaehyun:
Jom

Hoshi:
*tarik tangan Y/N* kau nak ke mana?

Y/N:
Pergi ke kawasan depan sekolah

Hoshi:
Aku nak kau teman aku makan

Y/N:
Aku tak nak! Jaehyun *minta simpati*

Hoshi:
Ini arahan daripada aku. Boleh aku pinjam kawan kau lama sikit? *pandang Jaehyun*

Jaehyun:
Boleh

Y/N:
*mata membulat*

Hoshi:
Kalau macam tu, kau boleh pergi ke tempat yang lain

Jaehyun:
Okay

Hoshi:
Kau duduk lah

Y/N:
Aku tak nak duduk dengan kau

Hoshi:
Duduk atau aku yang akan duduk kan kau?

Y/N:
Ergh! Yelah! *duduk*

Hoshi:
Bagus *senyum* boleh tolong aku tak?

Y/N:
Tak boleh!

Hoshi:
Aku nak kau tolong rapatkan si Jaehyun tu dengan sepupu aku iaitu Jungah

Y/N:
Aku tak boleh buat macam tu dekat Jaehyun

Hoshi:
Apasal pulak kau tak boleh?

Y/N:
Dia aku punya

Hoshi:
Tapi Jungah tu lagi popular daripada kau

Y/N:
Kesah pulak aku. Dah lah aku nak masuk ke dalam kelas dulu. Buang masa aku je dekat sini *bangun*

Hoshi:
*tarik tangan Y/N* apa kau kata?

Y/N:
*letak tangan dekat dada Hoshi* aku kata aku tak nak!

Hoshi:
*muka seinci dengan Y/N* sekali lagi kau kata tak nak. Aku campak kau ke kolam renang sekolah

Y/N:
Kau berani ke nak buat macam tu dekat aku? *angkat kening*

Hoshi:
Kau fikir aku tak berani?

Y/N:
Kau rasa?

Hoshi:
*gendong Y/N*

Y/N:
Yah! Turunkan aku!

Hoshi:
Tadi kau kata nak tengok aku ni berani ke tak nak campak kau

Y/N:
Aku gurau je!

Hoshi:
Tahu takut *turunkan Y/N* kau setuju ke tak?

Y/N:
Kalau aku tak setuju?

Hoshi:
Aku akan buat kau pindah dari sekolah ni

Y/N:
Yelah! Aku setuju!

Hoshi:
Bagus! Kalau macam tu, esok aku nak kau bawak Jaehyun ke taman yang ada dekat sekolah ni

Y/N:
Taman dekat belakang tu ke?

Hoshi:
Yelah. Habis tu taman yang mana lagi?

Y/N:
Aku cuma tanya je

SeventeenWhere stories live. Discover now