Nama aku Sofea Imani. Ha!!! Bukan Sofea Jane ea . Tapi aku selesa bila orang panggil aku Sophie. Entah kenapa tapi aku rasa nama tu macam rock sikit. Kalau panggil Sofea kan rasa macam ayu je. Sedangkan aku bukan macam tu. Benarlah nama itu tak semestinya melambangkan keperibadian seseorang itu. Aku berumur 21 tahun tahun ini merupakan tahun terakhir aku sebagai seorang mahasiswi di kampus. Tak dinafikan memang banyak gila projek-projek,kerja yang diberikan oleh lecturer tercinta. Hmm apa boleh buat. Ini lah hidup student. Eh bosan pulak kan kalau intro panjang-panjang. Ha meh la kita start baca.
"Weh aku dengar budak-budak part 1 dah start masuk esok. Mesti syiokkkk," aku hanya mendengar sekali lalu sahaja apa yang diperkatakan oleh Linda,teman baikku merangkap housemateku.
"Kau dengar ke tak apa aku cakap ni?" apabila menyedari aku tidak membalas kata-katanya,Linda yang berbaring di atas katil mendapatkan aku yang sedang sibuk bermain Mario di laptop.
"Ish dengarlah. Aku tak pekak lagi macam kau," kataku sambil tangan ligat menekan papan kekunci. Sekali pandang orang ingat aku sibuk buat kerja. laaa sangattttttt.
"Kau ni ada je nak kenakan aku. Hmmm...best la weh nanti kita boleh usik-usik diorang," kata Linda sambil berbaring kembali di atas katil.
"Kau ni tak elok buli-buli diorang. Kesian. Diorang datang sini sebab nak belajar," kataku sambil menutup komputer riba dengan kesal kerana kalah dalam permainan sebentar tadi.
"Hek eleh kau cakap macam kau tu tak pernah je buli diorang, Kau pun dua kali lima jugak sama dengan aku," ejek Linda kepadaku. Aku hanya mencebik.
"Alaaa aku bukan buli pun. Saje je test diorang," aku memberi alasan sambil memintal-mintal rambutku dengan lembut.
"Sudah la kau. Eh jom lah kita keluar. Bosan la duduk kat rumah sewa ni. Satu benda pun tak ada. Jom la kita pergi shopping," ajak Linda sambil bangkit daripada perbaringan.
"Malas lah aku. Baik duduk rumah. Lagi dua minggu nak naik last sem. Malas nak pergi mana-mana," kataku sambil menghempaskan badan ke katil. Haa nikmatnyaaa.
"ALaaa lama lagi weh nak start class. Jom laaa teman aku. Aku belanja kau karaoke ke,wayang ke nak tak? Ajum lah," ajak Linda lagi sambil menarik-narik tangan ku. Mataku yang layu kembali segar apabilamendengar perkataan 'belanja'. Haih memang jarang la aku tolak offer cam ni.
"Hish yelah. Sabar nak mandi dulu," kataku berpura-pura malas sambil mencapai tuala di penyangkut.
"Dah tengah hari tak mandi lagi?! Anak dara siapa la ni?!"
"Anak dara Kamaruzzaman,"
******
"Adik, barang apa lagi yang tak cukup? Stok makanan semua ada?" soal ibu ku di sebelah sambil menjinjit beg plastik yang penuh dengan barang-barangku. Maklumlah first time masuk universiti la katakan.
"Dah bu. Semua cukup. Sebenarnya dah lebih daripada cukup ni. Alaaa nanti Akmal boleh beli sendiri kalau tak cukup," balasku sambil mengambil beg-beg plastik daripada tangan ibuku.

YOU ARE READING
You're My Noona !!
Fantasía"Kau suka ke kalau lelaki yang lebih muda daripada kau minat kau?" "Eee memang tak lah! Aku rela tak kahwin daripada bercinta dengan budak muda tu" Boleh ke Sophie menerima kehadiran lelaki yang lebih muda usianya? Atau ... itu hanya kata-kata di mu...