part 2

3 1 0
                                    

"Haaaaa!!! "

Terkejut Arryn mendengar kata2 yg meluncur dari mulut kakaknya.. Edlina yang melihat gelagat adiknya hanya tersipu malu.

"Ya, akak nak bawak boyfriend akak jumpe umi dengan walid sebab akak dah betul-betul yakin yang dia jodoh akak. Lagipun kami dah kenal lebih dari setahun. " jelas Edlina dengan senyuman.

Tapi Arryn tahu bahawa senyuman itu tidaklah seikhlas mana. Bukannya Arryn tidak tau yang akaknya ini bercita-cita tinggi. Arryn hanya mampu mengeluh.

"Akak ,once you bring your boyfriend here, you can't turn back again. Macam arryn tak tahu yang akak nak jadi model terkenal bagai. Bukan macam Arryn ni.. Cikgu tadika je. " jawab Arryn dengan nada yang serious.

"Entahlah Arryn. I don't know what should i do. Honestly, I'm not ready yet to get married.Arryn tengoklah gaya akak. pakai hijab pun akak belum bersedia. Bukan macam Arryn, sopan je" esakan Edlina mula kedengaran membuatkan Arryn serba salah. Ya, Edlina seorang yang agak seksi tapi dia seorang anak dan kakak yang baik. Arryn selalu berdoa agar akaknya ini akan terbuka hati untuk berhijab.

"Akak, walauapapun keputusan akak. Arryn tetap support akak. " ujar Arryn sambil tersenyum. Edlina yang mendengarnya terus memeluk adiknya ini.

-------------------+++++++++++----------------------

"Alhamdulillah, kita nak terima menantu abang tak lama lagi. " mendengar kata-kata umi membuatkan Edlina tersipu malu. Manakala Arryn asyik menyakat akaknya sorang ni.

"Yeahhhhhh!! Arryn bakal dapat abang ipar. Agaknya handsome macam walid tak? "Mendengar ucapan Arryn, walid mula membangga diri ala-ala well me.

"Tu nampak tu, walid kamu dah kembang semangkuk" serentak mereka bertiga ketawa. Walid hanya membuat muka masam. Apa nak buat dia sorang je lelaki.

"Hurmm.. Nama dia Adam. Tengku Adam huzayl. " Edlina mula membuka cerita.

"Ed kenal dia masa di library. Kebetulan dia course business. Dia tahun akhir. Sejak tu kami mula berkenalan. " cerita Ed lagi.

"Orangnya macam mana? " sampuk Arryn. Ed yang mendengar soalan Arryn mula tersenyum lebar dan mula membayangkan wajah kekasih hatinya.

"Adam ni dia kacukan british dan jerman. Mata dia berwarna biru, berkulit putih.. Hurmm.. Rambut Adam ni warna perang. Perangnya semula jadi. " jelas Edlina lagi.

Arryn mula tersentak. Ciri-ciri tu serupa dengan jejaka didalam mimpinya. Jantungnya mula berdetak laju. Tak mungkin.. Tak mungkin.. Ini cuma kebetulan.

"Waaa!! Comel lah nanti cucu umi" usik umi membuatkan semua tergelak kecuali Arryn.

"Tinggal Arryn je tak bawak lagi pujaan hati dia" usik Edlina pula. Arryn cuma membalas dengan senyuman tawar.

I will coming to you, my dear. SOON.

terngiang-ngiang ditelinga Arryn kata-kata didalam mimpinya..

Tak mungkin dia........

-------------------------------------------------------------

Hari yang ditunggu sudah tiba. Kekasih Edlina akan datang sebentar nanti.

"Nervous pulak akak" luah Edlina sambil memerhati Arryn yang sedang mengacau teh. Adiknya ini memang seorang yang sopan. Tengoklah sekarang Arryn memakai jubah berwarna biru cair dan tudung bawal chiffon berbidang 50. Dia pula, memakai gaun putih parat lutut manakala rambut dilepaskan.

"Relax kak.. "

" eh! Adam masuklahh" suara umi dari luar mematikan hasrat Arryn untuk menenangkan Edlina. Edlina bergegas ke luar dari dapur menuju ke ruang tamu. Manakala Arryn menghabiskan tugasnya membuat Air. Lalu membawa air yang dibuatnya ke ruang tamu.

"Haaa! Ni anak walid yang bongsu. Panggil Arryn " Arryn yang baru sampai diruang tamu terus meletakkan teko di atas meja lalu bangun duduk di sebelah uminya.

"Ohh.. Hai Arryn, panggil abang Adam je okay" sua Adam dengan ramah.

Arryn terkedu melihat wajah Adam..
Tak mungkin...

Dia........

Adam.........

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 11, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Angan-angan cintaWhere stories live. Discover now