PART 43

14 0 0
                                    

Taehyung berdiri dihadapan Gaeul sambil tersengih... Gaeul yang sedang membaca terus sahaja memandang Taehyung dengan muka sedikit garang, "kau nak apa?" tanya Gaeul sedikit kuat.

"macam marah jew..." tanya Taehyung lagi tapi sempat melabuhkan punggungnya diatas kerusi dihadapan Gaeul.

"memang marah pon... menyibuk jew kat sini..." kata Gaeul lagi.

Taehyung hanya tersenyum senget, "nak mintak tolong kau ajarkan aku..." kata Taehyung terus memberi buku latihan miliknya kepada Gaeul.

"hish dia ni... suruh laa orang lain... sibuk jew..." bebel Gaeul tetapi tetap mengambil buku latihan tersebut dari tangan Taehyung. Dia melihat soalan tersebut sebelum tangannya pantas menjawab soalan yang ditanya.

Taehyung pula hanya menongkat dagu sambil merenung ke arah Gaeul yang kelihatan begitu serius sekali...

"aku tahu laa aku ni cantik tapi tak payah la tergoda sangat tengok aku..." kata Gaeul mengejutkan Taehyung sebelum dia hanya tersengih.

"dah siap... boleh pergi sekarang..." sambung Gaeul lagi sebelum memberi kembali buku latihan tersebut kepada Taehyung.

"kejap laa... nak study dengan kau tak boleh ke??"

"tak boleh..."

"kenapa??"

"sebab menyemak jew..."

"alaa... boleh laa..."

Gaeul hanya menggelengkan kepala, "kau bising... aku tak suka..." kata Gaeul lagi.

Taehyung hanya mencebik... baru sahaja dia ingin pergi tetiba sahaja Jungkook pula yang muncul dan sempat menegur Gaeul.

"boleh aku duduk??" tanya Jungkook sempat memandang ke arah Gaeul.

Gaeul turut sama merenung Jungkook sebelum dia menggelengkan kepala, "kau nak apa?? Sibuk jew ganggu orang nak belajar..."

"haah... sibuk je kau ni Jeon Jungkook..." kata Taehyung pula menyokong kata kata Gaeul.

"kau pon sama Kim Taehyung..."

Taehyung hanya tersengih sebelum menggaru garukan kepalanya.

"okay... macam ni... aku cuma nak mintak maaf dengan kau atas kata kata aku kat kau hari tu..." kata Jungkook sempat memandang ke arah Gaeul.

"emmm bukan aku kisah sangat pon dengan kata kata kau tu... yang aku kisah sekarang ni mohon jangan ganggu aku lagi..." kata Gaeul masih lagi dengan egonya dan hanya membuat Jungkook mengeluh sebelum dia beredar dari situ.

Gaeul kemudiannya menyambung pembelajarannya dan Taehyung hanya diam merenung Gaeul. takut juga si Gaeul ni halau dia sebab mulutnya yang bising.

Gaeul hanya study sebelum dia rasa pelik saat Taehyung tidak berbicara dengannya... terus sahaja dia memandang ke arah Taehyung yang memang sedang memandang ke arahnya.

Gaeul terus mengalihkan pandangannya ke arah buku manakala Taehyung hanya tersengih. "Gaeul..." panggil Taehyung sambil dia sedang menongkat dagu.

"emmm..."

"kau okay ke??" tanya Taehyung lagi. Gaeul terus memandang ke arah Taehyung yang masih lagi merenungnya, "okay jew..."

"huhuhu... bagus lah kalau kau okay... sebab aku rasa macam kau lain la..."

"lain?? Lain macam mana??" tanya Gaeul lagi.

"takde laa... kau macam focus sangat study... kau nervous sebab nak exam ke??" tanya Taehyung lagi.

The True Love!+++_jjk_kthWhere stories live. Discover now