sayang 💕

22 0 0
                                    

sayang

aku menunggu kepulangan mu yang satu,
tapi aku tahu,
aku hanya menunggu,
menunggu tanpa jemu,
menanti cintamu yang satu.

sayang

kau ingin tahu?
saat dirimu meninggalkan aku,
aku diam membisu,
hilang dalam diri ku,
mencari jawapan yang semakin celaru,

sayang

kau pergi dalam diam,
tinggalkan aku dengan perasaan yang hanya mampu dipendam,
maafkan aku kerana belum sempat membalas cintamu,
mencintaimu seperti kamu mencintaiku,

sayang

aku rindu kamu,
rindu saat cinta kita bersatu,
tapi aku tahu,
janjimu hanya satu,
jadikan aku yang terakhir dalam hidupmu,
dan kau menepati janjimu,
walaupun kau sudah pergi jauh dari hidupku.

alfatihah
semoga engkau tenang di sana sayang.

sayang  yang takkan kembaliWhere stories live. Discover now