BAB 3

24.4K 65 7
                                    

"Biar betul apa yang aku dengar tadi Nurin ? Macam tak percaya je wei" kata Nadia memecahkan kesunyian di dalam kereta sambil mengusap perutnya yang kempis tetapi berisi itu.

30 Minit lepas...

"Tahniah puan" kata Dr.Soflia dengan senyuman yang sangat manis tetapi penuh makna.

"Tahniah ? Atas sebab apa ye dok ?" tanya Nadia blur lalu memandang Nurin meminta penjelasan.

Nurin yang sedar akan pandangan itu hanya menjongket kedua-dua kening dan bahunya.

"Puan disahkan mengandung.Dah dekat seminggu kalau ikut pengiraan" ujar Dr.Soflia itu lagi.

Nadia yang mendengar setiap bait-bait ayat Dr.Soflia tercengang dan terdapat air yang bertakung di dalam mata coklat nya itu.Nurin yang setia di sisi pun tergamam tetapi bersyukur kerana setelah 2 tahun Nadia berkahwin akhirnya dia dikurniakan seorang zuriat.Kuasa Yang Maha Esa tiada siapa tahu , sungguh hebat percaturannya.

"Terima kasih doktor.Kami balik dulu" kata Nurin kepada Dr.Soflia lalu menarik lengan Nadia yang masih lagi kaku dengan air mata kegembiraannya.

Flashback habis...

"Betullah apa yang kau dengar tu.Apa-apa pun tahniah beb ! Dapatlah aku jadi makcik dia nanti.Alhamdullilah apa yang kau mintak sebelum ni akhirnya termakbul pun" balas Nurin dengan riangnya.

"Alhamdullilah.Tulah kan hebat gila percaturan si-Dia tu.Bersyukur gila.Tak sabar nak bagitau Fariz" kata Nadia dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya sejak dari klinik tadi.

Nadia mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg tangan dia dan mencari nama pemanggil pertama yang perlu tahu tentang kandungannya ketika ini.

"Assalammualaikum Datin Nor Suhaila.Ini anakandamu Nadia Suraya Binti Dato Malique Dzafhran memanggil" kata Nadia apabila ibunya menjawab panggilannya.

"Waalaikumussalam.Ye nak apa anakanda kesayangan beta ni ?" balas Datin Nor Suhaila sambil mengacau kuah kari ayam yang dimasak olehnya untuk suami apabila tiba masa makan tengah hari.

"Nad ada berita baik bonda ! Bonda nak tahu tak apa ?" kata Nadia menguji ibu kesayangannya.

"Hmm...apa dia cepatlah bonda tengah masak ni.Nanti tak pasal-pasal ada telefon yang masuk periuk sebab tuan dia cuai sangat" sindir Datin Nor Suhaila.

"Hek eleh bonda belilah earphone baru tak jatuh.Anyway back to the main topic Nadia sebenarnya berbadan dua bonda !" beritahu Nadia dengan gembira seperti kanak-kanak mendapat gula-gula.

"Hm.Badan Dua ? HAH ! BADAN DUA ! Ya Allah Nad mengandung ke !? Alhamdullilah termakbul jugak doa bonda" teriak Datin Nor Suhaila pada masa yang sama memanjatkam syukur kerana akhirnya dia dikurniakan seorang cucu.Hendak menunggu Nabila hm... , masih belum berkahwin.Nazrin Sahli lagilah calon pun tak jumpa.

"Okeylah bonda , Nad nak dah sampai office dah ni nanti Nad call lagi.Assalammualaikum" kata Nadia lalu menekan punat merah selepas mendengar salamnya dibalas oleh pihak sana.

Nadia bergegas naik ke tingkat 12 untuk berjumpa ayahandanya yang tercinta.Apabila tiba dihadapan bilik Dato Malique dia menarik dan menghembus nafas yang tercungap-cungap lalu mengetuk pintu bilik Dato Malique.

"Masuk" suara Dato Malique kedengaran.Nadia membuka pintu dan mengintai sama ada ayahandanya itu sedang sibuk atau bersantai.Dato Malique yang sedang bermain candy crush menghentikan permainan tersebut dan melihat di muka pintu.

"Apa yang tercegat kat situ ? Masuklah.Nad nak suruh ayahanda bentang carpet merah dulu ke baru Nad nak masuk.Terjengul-jengul" bebel lelaki tua yang hampir menjangkau usia 61 itu.

Nadia yang dengar akan bebelan Dato Malique , cepat-cepat masuk ke dalam dan duduk di kerusi yang disediakan untuk tetamu di hadapan Dato Malique.

"Ada apa nak jumpa ayahanda ni ? Kalau masuk bilik ni tapi nak termenung baik tak payah masuk duduk dalam bilik sendiri ada kerja yang tak habis kan ? " bebel Dato Malique lagi apabila keadaan di dalam biliknya itu terasa sunyi sekejap.Eh , bukan sekejap dekat 10 minit jugaklah.

Nadia yang tersentak dengan bebelan kedua ayahandanya itu terus memandang muka ayahandanya yang tercinta itu.

"Nad ada berita gembira ! Ayahanda akan jadi atukss nanti" kata Nadia dengan girangnya sambil menekankan perkataan atukss nya itu.

'Hm.Atuks ? Hah ! Atuks' omel hati kecil Dato Malique lalu berpaling ke arah Nadia yang masih tersenyum.

"Alhamdullilah ! Tahniah ! Dah lama kan Nad tunggu zuriat Nad sorang ni , tengok berkar semua berdoa Alhamdullilah syukur !" ucap Dato Malique dengan bersyukur sekali.

"Alhamdullilah" itu sahaja yang mampu terkeluar dari mulut merah Nadia.Merah semula jadi ye tak pakai lipstick.

"Okey disebabkan Nad mengandung ni pergilah sambut dengan Faris.Pasal Dato Farish tu biar ayahanda yang jumpa nanti.Any info ayahanda bagitau nanti" kata Dato Malique dengan senyuman yang tak lekang dari bibirnya sejak menerima berita gembira tadi.

"Ye ke ! Betul eh ?! Ayahanda handle semua ni nanti dah dapat info kita pass-pass.Okeylah ayahanda Nad pergi dulu.Tak sabar nak kasi tau sama suami tencinta.Assalammualaikum" balas Nadia lalu mencium tangan Dato Malique.


CURANGWhere stories live. Discover now