RKB 5

3.4K 200 23
                                    

BALIK kampung untuk jadi tetamu majlis kahwin sepupu tapi end up diri sendiri yang menyarung baju nikah. Tak pernah dibuat orang sesuka hati je tukar pengantin perempuan macam ni.

"So, sekarang ni kau nak cakap kau yang akan kahwin dengan Mika?" Nana bertanya sambil dia mundar-mandir dihadapan Emirza yang sedang bersila atas katil ketika itu.

Dari satu hujung ke satu hujung bilik itu Nana berjalan mundar-mandir. Lagaknya seolah orang yang kelam-kabut je. Muka pun tengah risau semacam.

"Ye." Tenang Emirza menjawab.

Dia hanya memandang perlakuan Nana tu dengan wajah tak berperasaan. Tak terkejut pun sebab dah boleh agak Nana akan bagi repson macam ni. Rasanya kalaulah Nana tak terkejut langsung dengan apa yang berlaku ni, yang tu lagilah Emirza akan terkejut.

Hmm...kenapa rasa macam ayat dalam kepala sendiri dah berbelit? Sama dengan fius dalam kepala sendiri yang rasa tengah berbelit sekarang ni.

Nana baru sampai kejap tadi. Mahunya dia tak terkejut beruk bila dapat tahu pengantin perempuan dah lari. Kena ganti pula dengan pengantin bidan terjun iaitu Emirza. Rasanya dah cukup nasib baik sebab Nana tak terjerit gara-gara terlampau terkejut.

"Serius?" Suara Nana naik satu oktaf.

"Iye, Na. Kau jangan jerit boleh tak? Kita berdua je yang ada dalam bilik ni." Emirza menegur masih dengan nada tenang yang sama. Geram sikit dia tengok aksi drama queen si Nana ni.

Langkah yang mundar-mandir itu seterusnya terhenti. Mata membulat dan rahang bawah terbuka luas.

"Oh my god, oh my god, oh my god..." Reaksi Nana memang priceless. Dengan mata membulat, mulut ternganga.

"Tapi kenapa? Kenapa tiba-tiba jadi macam ni?" Kelam-kabut dia tanya soalan.

Ketika itu, mata Nana terus menala pada wajah Emirza, yang nampak tak berperasaan.

"Kalaulah aku ada jawapannya, Na."

Kedua-dua tangan Nana naik ke kepala. Dah serupa gaya orang tak betul. Tapi Emirza tahu perasaan Nana. Dua orang yang paling rapat dengan mereka kut yang hampir berkahwin dan tiba-tiba jadi macam ni. Memang speechless habislah. Meraung aje tidak. Dahlah mereka yang giat jadi matchmaker-nya.

"Ain macam mana? Tak try cari Ain?"

Emirza lepas keluhan perlahan.

"Kau dah baca kan mesej terakhir dia hantar pada aku?"

Nana terdiam. Terus dia duduk disebelah kiri Emirza, lalu memaut bahu rakannya.

"She can't be serious!"

"Kalau dia tak serius, sekarang ni dia dah muncul balik dan cakap ni semua gurauan. Ada kurang dua jam je lagi, Na." Emirza membalas sambil dia menjeling jam atas meja.

Lama Nana terdiam kali ini sebelum dia mengeluh kuat.

"Aku tak tahu nak cakap apa. Apa yang terjadi ni dah macam plot twist cerita tagalog pukul 7 tu je."

Emirza tergelak kecil. Lucu dengan perbandingan dibuat Nana. Dia tagalog-kan Emirza pulak.

"Emi, you're laughing? Seriously kau tengah ketawa? Kau tahu tak kau bakal jadi isteri orang kejap je lagi? Suddenly pulak tu. Aku dah hampir nak meraung tapi kau boleh gelak lagi? Are you insane?" Berterabur Nana berleter. Keluar dah aura mak-mak dia.

"Dah tu kau nak suruh aku meraung menangis ke? Na, kau tahu tak? Situasi kat rumah mak long aku tu dah macam suasana orang berkabung sejak kelmarin tau. Semua orang hilang punca. Tak tahu nak buat apa. Tak tahu nak letak muka kat mana. Sampailah kelmarin, bila aku cakap aku rela gantikan tempat Ain. Masa tu barulah semua orang nampak lega." Panjang juga Emirza membalas.

Rahsia Kita BerduaWhere stories live. Discover now