Keadaan sungguh bising di dalam rumah Yoongi disebabkan party itu. Semua orang ada pasangan masing-masing. Semua orang kecuali,Sora.
Dan Jungkook.
Mereka berdua sekadar duduk di kaunter di dapur Yoongi. Tidak mahu terlibat dengan para mahasiswa dan mahasiswi yang separa mabuk. Yoongi dan Yewon pun tiada dalam pandangan. Barangkali di dalam bilik berduaan.
"Hey, boleh saya duduk sini?" Sora meminta izin Jungkook untuk duduk di sebelahnya. "Duduklah. Takde orang pun." Kata Jungkook. Walaupun sebenarnya dia tidak mahu sesiapa di sebelahnya kerana ingin baca diary Sora.
"Kenapa sorang aje? Bukan awak ada girlfriend ke?" Sora memulakan perbualan. "Ada."
"Tapi itu sebulan yang lalu."
![](https://img.wattpad.com/cover/120060871-288-k591332.jpg)