3 DAYS WITH HER
(MY EXPERIENCE WITH HER)
COVER CREDIT TO : JOVINIA
TITTLE CREDIT TO : HAYLEY
STORY BY : RYN AGAPE @ SI BULAT
“Her last wish is to see her son and daughter and her beloved husband”- Ryn..
1st Day With Her…
Nama dia Kelly (bukan nama sebenar),berusia 30an,masih muda kan? Berbangsa Iban. Dia berada di hospital hampir 2 bulan lamanya. Terlantar dan terbaring disana dijaga oleh neneknya,Bunga (bukan nama sebenar). Dia tidak mampu untuk duduk apalagi berjalan. Hidupnya bergantung pada air yang di isi melalui tube dan susu. Nasi? Langsung dia tidak makan walau sebutir.
Pada mulanya saya hanya memerhatikan dia sahaja. Kiri kanan dia penuh dengan machine yang saya sendiri pun tak tahu namanya. Hinggalah neneknya,Bunga,ke tandas untuk mandi dan Kelly menjerit2 memanggil neneknya. Saya yang berada si sebelahnya merasa serba salah pula. Biasalah saya ni jenis yang cepat mesra alam..jadi saya jawab si Kelly yang terjerit2 memanggil neneknya. Pada mulanya saya merasa sangat annoying dengan sikap dia. Setiap saat dia menangis dan menangis dan terusan menangis. Sampaikan saya menyoal diri sendiri.
"Kenapa dia ni menangis jak kerja"
Hinggalah terdetik hati saya untuk bertanya mengenai Kelly arah neneknya,Bunga.
“Enek,nama kebuah Kelly nya enek?( Nenek,kenapa bha si Kelly?)”soal saya kepada nenek si Kelly.
“Sakit ya ucu. (Sakit dia,cu)”jawab nenek Kelly.
Saya angguk2 kepala sambil merenung wajah Kelly yang pucat itu. Bibirnya pecah2 kerana kekurangan air kali.“Sakit nama ya enek? (Sakit apa dia nenek)”soal saya lagi.
“Sakit rahim kok dutur. (Sakit rahim dibilang doctor)”jawab nenek Kelly lagi sambil mengelap badan Kelly dengan towel basah. Namun dia balik2 melarikan tangan neneknya yang mengelap badannya.
“Celap aku enek (sejuk saya nenek)”bilang Kelly perlahan. Dan itulah kali pertama saya dengar dia bercakap selain menangis dan menjerit memangil neneknya. Ada getar di suaranya menahan sakit atau tangis.
“Kati deh aku enda ngelap dik Kelly,angat amai tubuh dik tuk.(macam mana saya inda lap kamu Kelly,panas bha badan kamu ni)”jawab neneknya lagi.
“Celap aku nemu dik! (Sejuk bha saya!)”jerit si Kelly sambil menangis.
Saya lihat bibirnya bergetar-getar sudah. Simpati saya mula mengunung. Saya jenis yang lembut hati apalagi lihat orang yang berkeadaan sebegitu.
“Engka ya amai celap nya enek, madah ke misi dik enek. Demam kini Kelly tok(Mungkin dia benar2 sejuk tu nenek. Cuba bagitau nurse,kali si Kelly demam)”bilangku kepada nenek si Kelly.
Si nenek berhenti mengelap badan Kelly,dia renung wajah Kelly, saya lihat dia kesat air matanya. Terus hati saya tersentuh apalagi merenung wajah tua nenek si Kelly. Kemudian dia berjalan ke kaunter dan memberitahu nurse mengenai Kelly. Dia bercakap dalam bahasa Iban. Nasib baik juga nurse tu iban. Kemudian mereka dua datang ke katil si Kelly,Si Nurse bawa thermometer dan check suhu Kelly.
“Apu,angat amai tubuh nuan Kelly. (Kelly,panas sungguh badan kamu)”dibilang itu nurse. Dia check segala machine dan air yang tergantung di sisi Kelly.
“Nya meh aku ngelap ya tadi nurse,nya aku gak dianuk ya(Sebab tu lah saya lap dia tadi nurse,tapi saya pula yang dia marah)”bilang nenek si Kelly.
“Anang nganu enek nuan Kelly,enti nadai ya siapa meh nyaga nuan bak sepital ditok(Jangan marah nenek kamu Kelly,kalau inda ada nenek kamu siapalah yang jaga kamu di hospital sini)”bilang tu nurse.