hye.. semua sorry asyu janji semalam... tapi hari ni bru up... sorry
ada hal lepastu internet pun slowAzrail memandu di bawah 80 km per sejam. Hujan yang renyai-renyai menyukarkan pemandangan Azrail yang sememangnya rabun malam itu. Dari jauh kelihatan seorang budak sedang melintasi jalan dengan tergesa-gesa. Jarak yang terlalu hampir membuat Azrail menekan brek dengan sekuat hatinya.
'SKRETTT' tayar kereta Azrail berbunyi kuat. Tangan melekap didada. Terasa kuat dengupan jantungnya. Matanya mengintai-ngintai adakah budak itu masih hidup.. Dengan rasa takut, dia melangkah keluar dari kereta BMW 5 seriesnya.
Nak terhenti jantungnya melihat budak itu terbaring tidak bergerak. Azrail makin mendekat. Baju budak itu terkoyak di bahagian hadapan. Rasa tidak enak pula menyerbu. Pasti sesuatu telah terjadi kepada budak ini. Rasa takutnya bukan kepalang. Kakinya menguis kaki budak itu. Memang nampak seperti kurang ajar.. tapi dia tak sanggup nak sentuh bila tengok budak itu selekeh dan comot seperti sudah 2 bulan tidak membersihkan diri. Lagipun dia takut kalau budak tu dah mati.
Nak sahaja dia pergi begitu sahaja membiarkan sesiapa yang baik hati menolong budak itu. Yelah dia tak langgar pun budak tu kalau dia blah pun tak apa. Tapi naluri kemanusiaan dia lebih kuat. Dia tak sanggup meninggalkan budak itu seorang diri pada lewat malam ini. Lebih-lebih lagi budak itu seorang perempuan. Karang jadi kes rogol pula.
Dengan badan yang menggigil (takut+terkejut+geli), Azrail mengangkat tubuh kecil itu masuk ke dalam keretanya. Susah-payah jugalah dia mengangkat budak itu, nampak sahaja kecil tetapi beratnya, masya-Allah! Ikutkan hati nak saja dia seret hujung tudung budak tu.. yelah bukan mahram karang tak pasai-pasai dia kena tuduh mengapa-ngapakan anak orang. Tapi.. dah daruratkan.. dengan hujan lebatnya. Kesianlah pulak.
Kereta yang tadinya dibawa perlahan mulai memecut. Gerun dia tengok bibir budak itu semakin biru. Dah macam mayat.. aish..choi!!!
>_<"Ya Allah, Azrail! Siapa pulak yang kamu angkut ni? Anak siapa? Kenapa kau orang basah lenjun ni?" tanya Puan Aishah maknya Azrail, bertubi-tubi. Azrail yang dah memang panik makin panik dibuatnya.
"Mak... ni... ni... erm..." lidah Azrail kelu. Kosong. Seperti memang dia yang bersalah.
"Ya Allah... mak tak sangka kamu sanggup buat macam ni... dengan baju dia terkoyak ni... Astaghfirullah..." istighfar Puan Aishah sambil mengusap dadanya. Budak perempuan itu dibaringkan dibiliknya. Kemudian Azrail duduk dihadapan ibunya.
"Mak... bukan macam mak sangka. Il... Il tak kenal pun sapa budak tu mak!" jelas Azrail bersungguh-sungguh.
"Habis tu macam mana kamu boleh dukung dia? Baju dia tu?? Mak tak sangka kamu macam ni Il..." Puan Aishah memejamkan mata cuba menghindar mimpi buruk ini.
"Mak... mak.. Il tak tahu! Il jumpa dia depan kereta Il. Lagi sikit nak berlanggar... percayalah mak... baju dia koyak Il tak tahu kenapa. Bukan Il yang buat dia macam tu...!"
"Muhammad Azrail! Kenapa dengan mak kamu ni?" tanya bapanya, encik Mustafa. Pelik dengan tingkah si isteri yang sudah memegang kepala.