02: Center o's corner

192 35 25
                                    

Hoshi berjalan seperti biasa tetapi lebih-lebih lagi biasa apabila pengawal dengan sut hitam mengejar dia daripada arah hadapan. Rasa nak hantuk kepala diorang kat dinding.

"Alah, aku baru keluar sekolah 3 langkah takkan nak kejar dah?!" Hoshi berlari pecut. Habis jatuh imej jejaka korea terulungnya. Tapi satu sekolah memang dah tahu dia gila pun, apa masalahnya?

Larian Hoshi berakhir di parkir lot apartment 15 tingkat. "Tuan Hoshi, tuan nak lari mana lagi? Kami ni dah berumur. Penat nak kejar tuan macam ni hari-hari." Pengawal peribadi Hoshi, Encik Lim dan Encik Yang mengeluh panjang.

Hoshi tayang muka kosong. Bila difikirkan balik, dia lagi penat! Nak berlari mestilah lagi pantas daripada dua pak cik tu. "Dah tu kejar aku buat apa?" Hoshi berbisik sendiri tetapi cepat sahaja diberkas En. Lim dan En. Yang. Hoshi di pegang kejap.

"Pak cik, tak nak pergi bilik! Serius tak nak!" En. Lim menggeleng berkali-kali. "Ayah tuan dah bagi titah diraja zaman goryeo. Tuan pun lebih tahu kan tentang peraturan tu?" Hoshi melembikkan badannya. "Tapi!" En. Lim membuat tanda senyap. "Tak ada tapi- tapi."

Hoshi mengetap giginya kuat. " Pak cik Lim, lepas kejap." En. Lim menggeleng. "Apa tuan ingat saya tak tahu trick tuan?" Hoshi menghentakkan kakinya. "Nak betulkan baju, singlet senget! Pak cik la ni!"  En. Lim meng-oh.

En. Lim dan En. Yang melepaskan Hoshi. Panjang betul akal Hoshi, cepat sahaja dia naik sehingga ke tingkat atas apartmen. En. Lim mengejar, tahu sudah dia apa yang bakal jadi. En. Yang tinggal di tingkat bawah bergegas menelefon pihak bomba dan penyelamat serta paramedik.

Sesampainya Hoshi di tingkat 15, dia terus memanjat benteng dan memandang ke bawah. "Bosan, tak adalah tinggi sangat." Sementara menunggu En. Lim, Hoshi mengimbang badannya. Sekejap nak jatuh, tapi dapat kembali ke posisi asal.

"Tuan! Tuan sudah la tu tuan! Turun!" En. Lim cuba mendekati tetapi Hoshi bersandar kebelakang. "Pak cik dekat, saya terjun!" En. Lim surrender, angkat tangan, bendera putih. Tak tahu bagaimana hendak lembutkan hati tuan Hoshi ni!

"Alang-alang nak tunggu bomba, saya nak tanyalah. Pak cik, benda apa yang paling best dalam dunia ni?" En. Lim bersila. Dalam 30 minit, pasti bomba tiba. Bukan kali pertama dia menghadapi situasi ini. En. Lim yang sudah duduk bersila itu mengukir senyum simpul.

"Keluarga." Hoshi yang masih bermain imbang mengimbang menjulingkan matanya. En. Lim di lihat kecil besar sahaja. "Tipulah. Saya paling tak percaya kalau orang kata keluarga nombor satu. Lain! Apa yang best?" Hoshi turun ke bawah dan mengambil posisi di sebelah En. Lim.

En. Lim berfikir panjang. "Dapat apa yang saya nak?" Hoshi mengangguk mendengar jawapan En. Lim. "Tapi kan pak cik, orang macam saya dapat semua benda. Kecuali, keluarga." Hoshi berjeda seketika dan menyambung. "dengan.. Jadi orang normal."

En. Lim sudah menganggap Hoshi seperti anaknya sendiri. Hoshi yang masih terlalu muda, dan kematangan dan kewarasannya berada di tahap yang berbeza berbanding orang lain. Hoshi budak baik. En. Lim ingin memeluk Hoshi tetapi Hoshi pantas bangun dan kembali bermain imbang di benteng.

"Kalay sayalah kan pak cik, saya cuma nak satu je daripada dua ni. Dilahirkan semula jadi Seungkwan atau tak payah lahir terus." Hoshi senyum lebar. Tak ada fungsi pun dia ada sebenarnya. "Tuan.. Apa tuan cakap ni? Tuan tu orang penting!" Bertegas suara En. Lim dan secara tidak sedar terus sahaja dia berdiri tegak.

"Penting apanya pak cik? Orang penting tak hidup macam saya." En. Lim menidakkan kata-kata Hoshi. "Tak tuan, tak. Tuan orang penting!" Hoshi menyengih. "Pak cik, cuba bayangkan kehidupan ayah saya dengan ibu kalau saya tak ada? Pak cik bayangkanlah kalau saya tak ada dalam hidup pakcik. Mesti syok gila. Pak cik pun tak penat nak kejar budak 19 tahun hari-hari. Kan?"

Hoshi menjenguk ke bawah. Bomba sudah memasang kelengkapan seperti biasa. Mengikut firasatnya, ahli kaunselor bomba sudah mula mendaki tangga. Hoshi tersenyum dan melambai kepada orang yang berada di bawah. Tuan, tuan jangan macam ni." Hoshi mendepangkan tangannya.

"Saya pun tak pernah harap apa-apa, pak cik. Saya cuma.. Hidup. Pak cik, bye! Pergi dulu!" Hoshi jatuh ke belakang. Cuma satu senyuman kegembiraan. "Tuan!" En. Lim berlari ke benteng. Badan Hoshi yang melayang jatuh pada tilam angin. Hoshi di papah dua anggota bomba untuk turun. Semput En. Lim dibuatnya!

Sepanjang itu, Hoshi cuma tersenyum lebar. Terkadang dia ketawa. Seronok! Macam jadi burung, terbang, dan jatuh atas kapas. "Kamu lagi!" Telinga Hoshi di pulas. Seperti biasa, inspektor Ha dan cota kayu dia. "Hahah, sakitlah inspektor."

Hoshi diheret sehingga ke dalam kereta peronda. "Tahu kamu sakit? Yang buat macam ni tiap-tiap minggu, saya ni tak sakit? Sakit jantung hadap kamu tiap-tiap minggu." Muncung bibir Hoshi memanjang.

Inspektor Ha berbincang dengan anggota bomba yang tiba di tempat kejadian. Lagu 'In the end' Linkin Park terdengar kuat daripada dalam kereta peronda. "Suka hati dia je pasang radio malaun ni." Hoshi berparti di dalam kereta peronda. "Kwon Hoshi! Nak saya gari tangan kamu? Cuba duduk senyap-senyap!" Inspektor menjegilkan matanya.

"Saya duduk apa? Mana ada saya berdiri? Gari? Nak! Garilah!" Inspektor Ha menampar dahinya yang luas. Naik gila melayan Hoshi. Terus tangan Hoshi digari seperti yang dia minta. Inspektor kembali menemu duga anggota bomba yang lain. Senikata lirik In the End, Linkin Park membuatkan Hoshi diam seketika.

"I tried so hard
And got so far
But in the end
It doesn't even matter
I had to fall
To lose it all
But in the end
It doesn't even matter"

"Hari ni cuma satu hari yang panjang. Esok kan ada?" Hoshi kembali senyum.

Numb '/, HoshiWhere stories live. Discover now