HR1

234 7 3
                                    

"Qaira,kau dah ready ke nak sambut junior baru ni?"

"Entahlah,korang pulak camne?"

"Bolehla"

"Korang,ingat lagi tak akhir tahun tahun lepas,bukan main lagi kita merengek kat cikgu-cikgu cakap yang kita taknak junior,last-last kena terima jugak kenyataan yang sekolah ni bukan kita punya."

***

Sekolah Menengah Kiblah,teratak ilmu bagi Qaira Humaira dan teman-temannya yang lain.

"Sedar tak sedar dah setahun dah aku study kat sini,ready ke tak sebenarnya aku ni nak jadi senior?Nak bimbing junior-junior aku ni,aku pun tak terdidik,Harap-harap kau boleh la ye Qaira."Getus hati kecil Qaira.

"Qaira,jomla,mak ayah junior dah datang tu,"

"Okey2 aku datang,"

Sebuah demi sebuah pacuan empat roda masuk ke perkarangan SM Kiblah.

"Manis2 ye junior kita"ujar salah seorang daripada sahabat Qaira.

Selesai juga urusan pendaftaran di SM Kiblah.Kelihatan pelajar -pelajar penat sekali dengan majlis hari ini.Ibu bapa juga mulai beransur pulang.Cuma ada segelintir lagi yang belum pulang.Biasalah anak tidak sanggup berpisah dengan mak ayah diorang.

"Aduh penatnya,takpelah lepas mandi aku segarlah tu,boleh buat homework,"desis hati Qaira

Petang yang indah sementara tunggu Asar,Dorm la tempat utama Qaira,buat homework la katakan.

"Sape pulak tu?"hati Qaira tertanya.

"Alaa,nak main intai-intai pulak,jarang orang nak intai aku,lagipun tak pernah pulak aku nampak muka dia kat sini,oh mesti junior baru ni."

Qaira terus sambung buat homework dia.Dia tidak melayan pula junior yang mengintainya.

***

"Syaf,apa nama kakak senior yang duduk sebilik dengan kau tu?"tanya Awatif Iman perlahan.

"Yang mana satu?Ada dua orang kan,"

"Alaa yang pakai spek tu,"

"Ooo,Kak Qaira,Qaira Humaira nama dia,apesal kau nak tahu?"

"Takdela,aku suka dia,aku nak jadi kawan dia tapi aku malu,pastu kan aku selalu intai dia kat bilik kau dah kita searas kan,so bila aku nak turun aku nampak dia."

"Nak malu buat apa dia bukannya lelaki pon,"

"Kau tak faham,Syaf"

"Lantak kaulah Iman,"

***

"Apesal la budak ni,tak habis-habis duk menghendap aku,naik seram pulak aku,"desis hati kecil Qaira.

"Err,Syaf,tahu tak siapa yang selalu intai akak tu,malulah akak."

"Oh,Awatif Iman nama dia kak,"

"Kenapa dia selali intai akak?"

"Macamni kak,"Syaf pun berceritalah panjang lebar tentang Iman kepada Qaira.

"Oh,macamtu,kenapa dia tak datang je jumpa akak,takyah la intai,buat saspen je,"

"Dia malu kak,akak pergilah tegur dia,"

"Tengoklah nanti,"

***

"Sakinah,kau tahu tak tahun ni aku sekelas dengan Tengku Emir,matilah aku."

"Kenapa lak? Dia kan jejaka idaman kau,"

"Kau tak ingat ke bila dia tahu aku minat dia akhir tahun lepas,dia kasi aku note kot yang dia cakap kalu aku minat dia just lupakan,nak buat camnekan dia tu orang kaya,"

"Dah kau tu miskin ke?Buat derk je lah,anggap dia takde."

"Okeyla,sayang."

"Gelilah wei kau ingat aku lesbi ke?"

"aku gurau jelah,tu pon nak marah,lek ar"

"Sakinah,ada sorang junior ni kan,dia selalu intai aku kat bilik,"

"Laki ke pompuan?"

"Pompuan la takkan laki pulak, Iman nama dia,"

"Hehe," tersengih-sengih macam kerang busuk.

"Junior bilik aku cakap Iman tu nak aku jadi kawan dia,kau rasa camne?"

"Kalau aku lah kan,aku jadi je kawan dia,dia kan baru masuk skolah ni,at least kalau dia geng dengan senior,bolehla have fun sket,"

"Banyakla kau punya have fun,kita cari kawan bukan sebab nak have fun tapi sebab nak cari reda tuhan."

"Yelaa Ustazah Qaira,aku chaw dululah,baik aku pi tidoq dari dengar kau bebel,"

"Okeylah,sapelah aku kan nak bebel kau,"

"Mulalah tu,aku gurau je lah,dah lah,nanti jumpa kat surau eh,"

"Bye" 

***

"Iman,akak nak cakap dengan Iman kejap boleh?"

"Apa kak,"jawab Iman Shy2 cat pulak.

"Betul Iman nak jadi kawan akak?"

"Kenapa akak tanya camtu?"

"Akak tahulah Iman,Syaf dah citer semuanya kat akak,"

"Tak guna betul Syaf,yang dia pegi citer kat kak Qaira tu apesal,malulah aku,nak jawab apa ni,"desis Iman dalam hati.

"Iman,Iman tak jawab lagi soalan akak ni,"

"Err,nak akak,cuma saya rasa tak layak la akak,yela akak tu senior saya ni junior."

"Apa pulak macamtu,kita ni sama je Iman,semua manusia,yang bezanya amalan dan keimanan kita terhadap tuhan,boleh jadi Iman lebih tinggi darjatnya berbanding akak."

"Mmm,jadi akak setuju la ni jadi kawan saya?"

"Akak setuju tapi ada syarat,"

"Apa kak?"

"Yang pertama,akak taknak Iman nak jadi kawan akak sebab akak ni badan kepimpinan sekolah,sebab akak taknak Iman ambil peluang atas akak."

"Yang kedua,akak taknak Iman kawan dengan akak sebab harta,Iman tahu kan,harta tak bertahan lama,"

"Yang ketiga,akak taknak Iman kawan dengan akak sebab rupa,rupa kan berubah mengikut masa Iman,"

"Yang terakhir,Iman kena janji ngan akak,yang Iman akan ada dengan akak di saat akak jatuh,di saat akak gembira,di saat akak diuji,pendek kata,susah senang sama-sama lah."

"boleh?"

"Insya Allah akak,Iman cuba penuhi syarat akak,"

"Okey,kalau macamtu mulai detik ini,saat ini,kita kawan,dan takkan terpisah,ingat tu"

"Terima kasih kak,sebab terima saya jadi kawan akak walaupun akak tak pernah kenal saya,"

"Akak terima Iman sebab adanya percaya,akak percaya Iman mampu jadi sahabat dunia akhirat akak."

"Uhibbuki fillah abadan abada kak,"

"uhibbuki fillah abadan abada aidhan,"

HatiWhere stories live. Discover now