HR3

34 2 2
                                    

Bayu menghembus lembut,burung-burung berkicauan,mentari memancar riang....

Tak,takde burung pukul 5.00 pagi,matahari pun belum munculkan diri.

Qaira terpisat-pisat bangun dari katil asrama selepas dikejut juniornya. "Alaa,malasnya," badannya kemudian kembali lentok di atas katil bercadar jingga itu.

"Akak,bangunlaa nanti lambat pulak nak ke surau,"bersungguh junior mengejutkannya.

"hmmmm yelah,"jawab Qaira yang masih tidak berganjak.
...

Jam 5.30 pagi,Qaira kalut bangun untuk bersiap."Aduh,kenapalah aku tidur balik lepas Anis kejut tadi,"Qaira mengomel sendirian

******

"Cepat2,rowcall! Jangan terhegeh sangat,"bentak Fiqa yang sememangnya terkenal dengan kebengisannya sehinggakan dia digelar Mama Singa.Walaupun Fiqa terkenal dengan gelaran itu,Qaira dan rakan pimpinan sekolahnya sahaja yang tahu bahawa hatinya selembut sutera dan matanya sering sahaja berkaca.

Selesai bacaan qunut nazilah dan asmaul husna,bermulalah satu agenda.

"Seterusnya dipersilakan mana-mana guru atau pelajar untuk memberi peringatan,"secebis kata daripada MC itu mampu menggelojakkan jiwa yang sebenarnya tidaklah bergelojak mana.

"Assalamualaikum,"

Bermulalah episod-episod kalimah indah yang membelai jiwa,membuai hati,menggetarkan minda serta penuh makna.

"Tepuk dada,tanya jiwa, sekian,".

"Dah habis ke?"cuit Qaira kepada Diha.

"Nampak gayanya tak lagi,"

Selesai sahaja ucapan-ucapan yang meruntun hati pendengarnya,rowcall pun tamat.

*******

"Homework semalam dah siap ke?"Sakinah bertanya kepada Qaira.

"Dah,kenapa?"

"Saja je tanya,tak tahu nak sembang apa,"

"Aik,nak sembang pun kena fikir ke?"desis Qaira dalam hati.

"Ish,dahla bosan,"Sakinah mencelah.

"Kau nak pergi mana?"

"Pergi syurga! Nak ikut?"

"Nak!"

"Jom pergi surau kita solat dhuha,nanti habis waktu rehat cikgu masuk kelas pulak"

"Ok boss!"

Sekembalinya Qaira ke kelas,"aik,burger dengan air lagi,siapa yang bagi sebenarnya ni?"

Qaira mula mengagak bahawa Iman yang memberinya burger,tapi untuk apa?

Sebagai memenuhi turutan hatinya yang berombak ingin tahu,Qaira bertanya kepada Iman.

"Iman,awak ke yang bagi akak air dan burger tu?"

"Ye akak,kenapa akak tak suka ke?kalau akak tak suka saya tak akan buat lagi,"

"Bukan macam tu,akak takut akak susahkan Iman.Nanti orang cakap akak buli Iman pulak,Iman kena ingat ok,Iman kawan akak bukan hamba akak,"

"Ye akak Iman tahu tapi salah ke kalau Iman bagi kat akak?"

"Salah tu tak Iman,cuma jangan sampai sesuatu tu membebankan awak,"

"Baik akak,jadi Iman masih boleh bagi kat akak burger la?"

"Yelaa"

Sejak hari itu,Iman hampir setiap hari meninggalkan burger dan air itu di atas meja Qaira.

******

"Laaa,Iman ni,tiap2 hari bagi aku makanan..tak susahkan dia ke?"hati Qaira terdetik setelah melihat bungkusan burger dan air di atas mejanya.Tetapi ada sesuatu yang mencuit hati kecilnya.

"Surat apa pulak ni?Haih Iman ni,macam-macam"

Qaira membuka surat itu dan membaca bait2 kata yang ditulis sahabatnya itu.

__________________________________

Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga,lalu mereka tidak berjumpa dengan sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu ketika di dunia.Lalu mereka bertanya tentang sahabat mereka lepada Allah SWT. Ya Rabb,kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia,yang"solat bersama kami....puasa bersama kami dan berjuang bersama kami,....."maka الله سبحانه وتعالا berfirman:"Pergilah ke neraka,lalu keluarkanlah sahabatmu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarah.

Wahai sahabatku,mudah-mudahan dengan ini,aku telah mengingatkanmu tentang Allah Taala agar aku dapat bersamamu kelak di syurga...

(Kekalkanlah persahabatan kami hingga kami bertemu di akhirat dengan-Mu,insyaAllah)

Kepada:Qaira Humaira
Drpd: ........

Surat yang tidak bernama itu sudah Qaira tahu pemiliknya.Aetitis demi setitis air mata mengalir membasahi pipi mulusnya.Cukup terkesan dengan bait-bait kata itu.

"Terima kasih Ya Alah,kau anugerahi aku seorang sahabat yang telah membuatku tersenyum bahagia,sungguh aku tidak pernah rasa dihargai oleh seorang teman seperti yang dia lakukan,"

Awatif Iman sangat memberi kesan besar dalam hidup Qaira.Air mata diusap saat beberapa orang rakan sekelas mulai memenuhi kelas itu,risau nanti menjadi tanda tanya kepada yang lain.Biarlah itu menjadi rahsia hati yang aku simpan sahaja.




You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 19, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HatiWhere stories live. Discover now