BAB 19: DETEKTIF DUA DALAM SATU W

71 3 0
                                    

Pagi itu, Fatihah,Khalid,Mukhriz dan Erul berjalan-jalan di sekitar bandar. Mereka terpaksa mengikut Fatihah ke pusat membeli-belah atas permintaannya sendiri. di pusat membeli-belah,
" Wah,banyaknya beg tangan. Cantik pulak tu" Fatihah memilih beg tangan dengan rakus sekali. Khalid, Mukhriz dan Erul terpaksa membawa banyak beg tangan yang dipillihnya sambil mengeluh. tiba-tiba, mereka terdengar suara orang ramai menjerit. "aku..aku kene check dulu apa yang berlaku.ko pegang beg ni dulu ye. jumpa nanti kat studio," Khalid meletakkan beg tangan ke bawah lalu berlari ke tempat kejadian. Mukhriz dan Erul menjerit memanggil namanya dan mengeluh.

Pada masa yang sama, Anomalocaris Dopant dan Bird Dopant berjalan ke arah orang ramai yang cuba menyelamatkan diri mereka. kemudiannya, Khalid berlari lalu berhenti di hadapan mereka.kemudiannya, seorang pemuda berpakaian seperti seorang detektif berjalan ke arah mereka. " Muiz, nampaknya ada dua Dopant yang buat orang ramai menangis. kita kena hapuskan diorang sebelum diorang buat onar kat tempat lain pulak," pemuda yang dikenali sebagai Abdul Malek itu bercakap sendirian. Anomalocaris dan Bird Dopant hanya memandang gelagatnya. " dia bercakap dengan siapa tu?" Khalid bertanya dalam hati.Malek membetulkan topinya lalu mengenakan Double Driver di pinggangnya. Malek menngeluarkan Joker Gaia Memory lalu menekannya.

"JOKER"
entah dari mana, Cyclone Gaia Memory muncul di Double Driver. Malek menolak Cyclone Memory ke dalam Double Driver lalu kemudiannya memasukkan Joker Memory ke dalam Driver lalu menolak kedua-dua slot Driver ke kiri dan kanan.

"CYCLONE/JOKER" selepas bertukar, W menunjukkan jari telunjuknya ke arah dua dopant tersebut.
W : saa,omae no tsumi o kazoe ro!
Anomalocaris : diamlah ba****t !!!!

Dengan marah, Anomalocaris dan Bird Dopant meluru kearah W. Khalid bertukar menjadi Decade lalu menembak Bird Dopant. Decade kemudiannya mengeluarkan kad lalu memasukkannya ke dalam Decadriver.

"KAMEN RIDE..OOO"
Dcd Ooo kemudiannya menarik badan Bird Dopant ke tempat lain. Pada masa yang sama, W menumbuk Anomalocaris Dopant bertubi-tubi hingga menyebabkannya berundur ke belakang. W kemudiannya menarik keluar Joker Memory lalu memasukkannya ke dalam Maximum Slot sambil menekannya.
"JOKER MAXIMUM DRIVE,"
left side : mari pergi, Muiz (W kemudiannya melompat lalu menendang Anomalocaris dengan badannya yang terbelah dua hingga meletup)
W : Joker Extreme!!!!!!!!!!!
Seorang pemuda tercampak keluar dari api yang marak diikuti serpihan Dopant Memory yang berasap.sementara itu, Dcd Ooo mencakar Bird Dopant dengan cakar gergasinya hingga meletup. selepas membatalkan perubahannya, Malek meletakkan jarinya di hidung pemuda tersebut,tetapi dia sudah tidak bernafas lagi. "nampaknya dia sudah mati. mungkin kesan sampingan Memory ni terlalu kuat hingga membawa maut kepadanya ketika Memory Break," katanya sambil menutup mata pemuda itu secara perlahan.sementara itu,Khali mengutip serpihan Memory lalu menunjukkannya ke arah seorang gadis yang terbaring dalam keadaan tercungap-cungap.mukanya pucat." dari mana awak dapat Gaia Memory ni?" khalid bertanya kepada gadis itu. " saya....membelinya...dari Museum. "Museum?" khalid kemudiannya memapah gadis itu ke hospital.

Di Agensi Penyiasatan Rahman-sempai , Malek menghirup kopi o tanpa sedar ia masih panas. "oh panas!panas!panas! arrrrrgggghhhhhhh!!!!!!" Malek menjerit kepanasan sambil terlompat.akibatnya,dia terjatuh ke bawah meja. Khalid hanya memandang gelagat Malek sebelum Muiz menghidangkan kopi o untuknya. "Malek ni memang kelakar sikit orangnya,tapi kadang-kadang lawak dia tak sampai," Muiz menerangkan serba sedikit tentang perwatakan Malek. "ouh,baru saya faham" Khalid mengangguk faham sebelum berdiri lalu berjalan menuju ke tiga gambar yang digantung di dinding.Antaranya gambar Masyitah yang memegang terompah hijau dengan riak wajah yang garang,gambar Muiz yang memegang sebuah buku, dan gambar yang paling besar sekali ialah gambar Malek yang memakai rambut afro palsu dan topi sambil mengigit bunga ros di mulutnya. " perempuan yang bernama Masyitah ni mana? dia dah tak tinggal dengan korang ke?" Khalid bertanya kepada Muiz sambil mengambil gambar tiga bingkai gambar tersebut." Masyitah dah tak tinggal dengan kitorang lagi selepas dia kawin dengan Fahmi (Kamen Rider Accel). tapi ada la sekali-sekala dia lepak dengan kitorang bila suami dia pergi bertugas di tempat lain sebab si Fahmi tu ketua polis negara" jawab Muiz "Baiklah! kita tak boleh buang masa lagi. kita kena siasat siapa dalangnya yang hasilkan Gaia Memory ni?" Malek yang baru bangun dari bawah mejanya bersuara.

"oh ya,tadi perempuan yang jadi Dopant tadi bagitau, dia beli Gaia Memory tu dari Museum," Khalid memberitahu apa yang diberitahu gadis itu padanya sebentar tadi kepada Malek dan Muiz.

"Museum?" Malek dan Muiz bertanya serentak

Sementara itu di sebuah banglo mewah di kawasan perumahan, seorang lelaki tua kaya dari Amerika Syarikat bernama Andrew Manterson berdiri di balkoni banglonya sambil mengurut belakang seekor kucing yang dipanggil'Mick'dalam pelukannya. Kemudian seorang wanita Inggeris berusia 30 tahun bernama Angela Manterson berjalan ke arah bapanya. " Daddy, nampaknya Museum sudah hampir ke matlamat kita. Jualan Gaia Memory semakin meningkat," Angela memberitahu berita baik itu kepada bapanya. " Hahahaha nampaknya kita kena usaha lebih gigih supaya pengaruh kita semakin meningkat." Andrew meluahkan rasa bangganya kepada anak perempuan tunggalnya. " Daddy jangan risau. Saya dan suami saya akan pastikan W takkan ganggu urusan kita," Angela mengeluarkan Gaia Memory lalu menekannya.
" TABOO"
Andrew tersenyum melihat anaknya.

Sementara itu di Agensi Penyiasatan Rahman-sempai,
" Hai semua," Masyitah mengucap hai kepada semua orang dalam pejabat itu.
" Shh, senyap sikit Muiz tengah buat kerja tu "
Malek menyuruh Masyitah untuk senyap.

Khalid berjalan ke arah Muiz sambil memberitahu kata kunci untuk pencariannya," cuba cari kata kunci.... 'MUSEUM'
Di suatu dimensi berupa perpustakaan terapung, Muiz mencari mana2 rak buku yang sesuai untuk cariannya.seminit kemudian, sebuah rak buku yang hanya mempunyai satu buku bergerak ke arah Muiz. Muiz membaca isi kandungannya lalu terus menutup buku tersebut.
Di dunia realiti,
Muiz: haha, saya dah jumpa kata kunci tu
Malek : pe dye?
Muiz : kalau nak tau, Gaia Memory yang ada kat bandar ni diusahakan oleh Museum di bawah keluarga Manterson.
Malek : ceh,aku dah agak dah. Dah lama aku rasa sangsi dengan diorang.

Tiba-tiba Khalid menerima satu mesej dalam telefon pintarnya. Khalid membuka telefon lalu membaca mesej yang diterimanya.

To : Khalid
From : Fatihah

Baik awak balik ke Studio Legenda sekarang jugak! Ada hadiah menanti awak! 😠😠😠😠

"Alamak.." Khalid menutup fail yang dipegangnya lalu berlari keluar dari pejabat. Malek tidak sempat hendak menghalangnya kerana Khalid sudah pergi . Di luar, Khalid berlari di sepanjang jalan raya. Mukanya kelihatan sungguh risau.

" Alamak habislah aku macam ni" Khalid berkata dalam hatinya.

Bersambung di bab 20

KAMEN RIDER DECADE ATARASHII NO SEKAIWhere stories live. Discover now