- LEPASAN SPM (ii) -

28 0 1
                                    

Bulan 3 2016.

Result SPM nak keluar dah!! Serius..seram gila..

Malam sehari sebelum result keluar..aku dengan member member lelaki kelas aku yang lain lepak dekat kedai makan.Kitorang borak pasal result..and pasal masa depan..acahnya.Tapi betul kitorang borak pasal benda tu kayy.

Aku ingat lagi..Aiman..budak paling lembik dulu..tapi sekarang dah sado..dia punyalah tak sabar nak check result dia sampai dia dah mesej nombor untuk tengok result dia malam tu lagi.Semangat! Then kitorang plan esoknya nak pergi pukul berapa..kumpul mana sebelum pergi sekolah. Orang kata kena datang awal..sebab takut kalau datang lambat.. 'A' habis orang dah ambil.Hahaha..jadi..kami buat keputusan nak datang pukul 11 sejam sebelum keputusan keluar.

Esoknya~

Kitorang sampai sekolah pukul 12! Tak seperti yang dirancang..Hahaha.Sebab kami semua melayu. Sampai je sekolah..jumpalah member kelas kelas sebelah..salam salam..tanya khabar..padahal dekat dewan Pengetua dah berucap. Tak lama lepastu..kitorang bergerak ke dewan..dah ramai orang..so..terpaksa duduk belakang. Masa Pengetua Cemerlang kami tengah berucap..aku pandang ke arah kanan aku..aku nampak seorang yang selalu buat aku tenang bila aku pandang dia.
Ya..si dia.

Lihat pada situasi..dia seperti baru sampai..berborak dengan Ustazah..apa yang diborakkan pun aku tak tahu..tapi macam Ustazah suruh dia ambil tempat dekat depan.
Tak lama kemudian..aku pandang tempat lain..and aku pandang semula..dia dah hilang..cepat betul dia hilang. Terus tak dapat dikesan!

Beberapa minit kemudian..mulalah Pengetua membacakan nama nama yang mendapat keputusan cemerlang..Straight A.. 5 A dan keatas. Tanpa disangka sangka..Azim.. one of my bestfriend dipanggil..dia dapat 6A kalau aku tak silap. Dia memang pandai.Kami je pandir.Hahaha. Kami yang lain ni..ambil result lepas majlis selesai dekat guru kelas. Result kami tak sebagus Azim..ashe ashe je.Nak tau result aku?

Hehe..aku dapat..

5A+! Hebat bukan? Tapi kenapa tak dapat naik pentas? Pengetua tak panggil?

Sebab tu tipu je em..aku dapat 3 A 2 B+ dan tak ingat huruf yang seterusnya.Huhu.But aku bersyukur dengan result aku.

And yang paling aku tak percaya..buat kali pertama aku lulus Addmath..hahahahah..bangganya lahai.

Okay kisah sebelum balik..cikgu ajak pelajar kelas kami bergambar..ya..aku suka..sebab masa ni lah dapat jumpa si dia..

Tapi..

Si dia tak ada.

Mungkin dah balik.

Tak lama selepas hari tu..aku online Facebook..aku scroll feed..ramailah update and post pasal results diorang..and aku tiba tiba rasa..perasaan aku bercambur baur..aku nampak kawan aku dari kelas lain ada bergambar dengan si dia selepas dia ambil slip SPM.

Aku rasa sedih..geram.and macam mcamlah lagi.. tapi aku juga rasa pelik..aku dengan dia kawan je..perlu ke aku rasa macam tu?

Haha. I dunno. But it is hurt.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 01, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MemoriWhere stories live. Discover now