" Heh ! Anak dara ! Kau nak tidur sampai pukul berapa ni ? Sampai ke maghrib baru nak bangun ke ? Cantik muka kau ! Semua kerja aku nak kene buat ! Dah ! Bangun ! " Jeritnya .
" Hmm . Mak ni .. kacau Hanieylah .. Tengah mimpi main kejar - kejar dengan Shah Rukh Khan dalam hujan ni .. " balas Haniey dengan lemah .
" Ohh .. Main kejar - kejar ? Dengan Shah Rukh Khan ? Dalam hujan ? Okey , mak faham .. " ujar Hajah Hanum dengan lemah lembut . Dia keluar dari bilik anak daranya dan menuju ke dapur . Diangkutnya sebaldi air yang sejuk itu dan dibawanya ke bilik Haniey .
1 .. 2 .. 3 .. Bush !
" Allah ! Banjir Ya Allah ! Kau selamatkanlah seluruh keluargaku . MasyaAllah ! Mak ! Mana mak aku ?! Ya Allah ! Aku banyak dosa dengan mak aku !! " Kelam kabut Haniey bangun .
Hajah Hanum tergelak besar melihat Haniey . " Aku suruh kau bangun elok - elok kau tak nak ! Kan aku dah siram kau ! Tak pasal - pasal tilam kau basah . " Ujar Hajah Hanum dengan ketawa yang masih berbaki . Tahu pun dia yang dia tu banyak dosa ? Aku ingatkan budak tak berapa nak mentah ni tak sedar .
Allahu ! Mak aku ni .. Dia boleh gelakkan aku kuat - kuat ? Dah tu , dia boleh siram aku dengan air sejuk ? Kenapa mak ni kejam sangat ?! Nak tidur lama sikit pun tak boleh ! Bentaknya .
" Sebelum aku siram kau dengan air longkang kat tepi jalan tu , lebih baik kau bangun , mandi , kemas rumah . Ini tidak ! Engkau dah macam mak tiri Cinderella , aku ni dah macam Cinderella ! Kau tu dah besar patotnya tolong aku buat kerja rumah ! Mereput tidur dalam bilik tu buat apa ?! Berok pun tak malas macam kau . " Bebel Hajah Hanum . Kakinya diatur keluar dari bilik .
Haniey duduk menekup muka . Ada ke patut dia bezakan aku dengan berok ? Mamai sebenarnya . Hm . Nak tidur lagi ! Dia mengagahkan kakinya berjalan . Diambil tuala dan menyidaikannya di bahu . Perlahan langkah diatur menuju ke bilik air yang terletak di dapur . Tidur lagi kang , membebel pulak Hajah tu nanti .. Tak pasal - pasal badan aku bermandikan air longkang yang Limited Edition tu .
Hari minggu sebegini dia banyak menghabiskan masanya di mini perpustakaan yang didirikan didalam rumahnya , tapi tah kenapa hari ini dia terasa hendak melayan tv .
Punat alat kawalan jauh ditekan satu - persatu . Mencari siaran yang menarik perhatiannya . Tiba - tiba lagu ' Attention ' yang dinyanyikan oleh Charlie Puth berkumandang . Dilihat skrin telefon pintarnya . Zety ! Ergh ! Apalah yang dia nak pepagi ni ?? Ni tak lain tak bukan , nak habiskan duit aku lah !
Dia menukar mood silent dan meletakkannya kembali ke meja . Biar padan muka si Zety tu . Ada hati nak korek duit aku ! Dia meneruskan rutinnya yang tergendala tadi . Satu siaran menarik perhatiannya . ' Our Love ' ? Lain macam tajuknya . Tajuk inggeris tapi ceritanya melayu . Hm , biasalah tu .
Apa pasal macam bosan sangat ni ? Hm .. Adam melangkah menuju ke dapur . Cerita yang tadinya menarik minat kini ditinggalkan begitu sahaja . Dibukanya peti sejuk dan mencapai sekotak juice orange .
Krut ! Krut !
Adam menekan perlahan perutnya . Alamak ! Laparlah pulak . Desisnya . Dia membuka almari dapurnya . Dicapai kotak bijirin yang baru dibelinya semalam . Mangkuk berwarna putih diambil dan diisikan dengan susu . Bijirin tersebut dimasukkan kedalam mangkuk yang diisi dengan susu . Itulah makanannya di waktu pagi . Hendak makan makanan yang berat , takut boroi pula .
Dia membawa bijirinnya dan duduk di depan tv semula . Dia mengerling ke arah telefon pintarnya . Eh ? Dilihatnya secara dekat . Mama ! Hampir tersedak dia membaca nama yang tertera . Dia meletakkan bijirinnya di atas meja . Pantas tangannya mengambil telefon dan menyambut panggilan Datin Syira .

YOU ARE READING
( untittle ) SLOW UPDATE
Romance" First of all .. saya nak beritahu encik Adam yang saya ada 5 pendapat pasal encik Adam , dan encik Adam nak tahu apa ? okey okey , saya bagitahu yer . tapi saya harap encik Adam tak terharu sangat . first , poyo . sec , bajet . third , bongkak . f...