✨ [10] SURAT

1.9K 176 7
                                    

Ying, Yaya, Gopal dan Fang sudah pun dibuai mimpi kecuali Elemental Brothers. Mereka duduk berjauhan daripada mereka berempat agar tidak menganggu tidur mereka. Mereka berenam duduk secara berkumpulan.

Halilintar membelek-belek sampul surat yang dijumpainya.

"Sampul surat ape ni?" tanya Thorn. Musykil juga dia dengan surat tu.

"Tak tahu.. Ape kata kita buka?" cadang Halilintar. Lebih baik buka daripada ditangguh. Nanti lupa pula nak baca.

Adik-adiknya hanya mengangguk tanda setuju. Halilintar membuka sampul surat yang digam. Halilintar mengeluarkan sekeping kertas dan sekeping gambar yang terdapat dalam sampul surat itu.

"Kertas? Dan gambar?" soal Ais, bingung. Dua benda je dalam sampul surat tu?

"Dah tu? Kau ingat aiskrim?" sindir Blaze. Ais menjeling tajam. Blaze buat tak tahu je.

Taufan mengeluh. Selalu gaduh je dua budak ni. "Dah jangan gaduh.. Ape kata kita baca?" cadangnya.

Halilintar mengangguk. Halilintar membukanya lalu membaca surat itu supaya adik-adiknya boleh mengetahui isi kandungan surat itu.

Kepada adik-adik Elemental yang ku sayangi,

Aku harap, korang dapat jaga diri baik-baik... Apabila korang baca surat ni, ini bermaksud aku sudah meninggalkan korang.. Aku tahu yang perkara sebegini akan berlaku.. Aku cuma tak bagitahu korang je..

Aku tak nak korang risau.. Dan jangan risaukan aku.. Aku takkan apa-apa... Aku akan jaga diri aku baik-baik... Risaukan tentang diri korang dulu... Aku terpaksa buat semua ni...

Sebenarnya, berat rasanya hati aku untuk tinggalkan korang semua.. Aku memang tak sanggup nak tinggalkan korang.. Tetapi, apakan daya, aku terpaksa, demi keselamatan korang semua...

Koranglah satu-satunya ahli keluarga yang ada, yang boleh dipercayai, boleh bermain bersama dan boleh disayangi... Aku memang bersyukur ada korang... Sementara aku tiada, aku nak Halilintar ambil tugas aku.

Aku tahu, korang sedih kalau aku tinggalkan korang... Tapi, ini demi kebahagiaan korang jugak.. Aku nak korang teruskan hidup tanpa aku.. Lagipun, aku tak pasti lagi kalau kita semua akan berjumpa..

Tapi,, aku harap, suatu hari nanti, kita akan bertemu lagi.. Jangan membenci antara satu sama lain.. Selalu bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara.. Sentiasa saling menolong.. Dan yang paling penting, percaya antara satu sama lain..

Aku percayakan kau Halilintar... Taufan, Blaze, Ais, Thorn dan Solar, jangan buat perkara yang bukan-bukan.. Dengar cakap Halilintar selalu.. Pastikan korang jaga keselamatan antara satu sama lain..

Peta yang korang jumpa tu adalah petunjuk untuk keluar daripada lorong bawah tanah tu.. Itu sahaja daripada aku... Aku sayang korang, sampai bila-bila...

Daripada,
Abang korang, Gempa

Sebaik sahaja Halilintar selesai membaca surat itu, air mata mengalir perlahan. Tak sangka boleh jadi macam ni. Kenapa Gempa tak bagitahu awal-awal?

Gempa sanggup berkorban demi keselamatan mereka semua. Tak terkata keenam-enam Elemental Brothers ini.

"Gempa...." Solar menyebut nama Gempa dengan penuh penyesalan.

"Sanggup kau buat macam ni....." Blaze tidak percaya yang Gempa sanggup buat begitu.

Thorn dan Ais mengangguk, setuju dengan kata-kata Blaze. Mereka sungguh terkilan dengan perbuatan Gempa.

Halilintar segera mengesat matanya. Dia tidak boleh lemah! "Kita kena kuat.." ucapnya perlahan.

Taufan memandang gambar yang dipegang oleh Halilintar. "Halilintar, gambar ape tu?"

Halilintar menunjukkan belakang gambar yang tertera '7 Elemental Brothers' kepada adik-adiknya.

Halilintar menerbalikkan gambar itu. Rupanya, gambar itu adalah gambar mereka bertujuh di sebuah taman. Ia merupakan kenangan manis mereka semua.

Di mana Blaze dan Ais bergaduh hanya disebabkan Blaze menumpahkan air di baju Ais, Taufan dan Thorn bermain kejar-kejar, Solar menangis sebab terjatuh yang menyebabkan kakinya luka, Halilintar yang sedang marah kepada Blaze dan Ais, cuba menenangkan diri dengan tersenyum dan Gempa yang cuba menggembirakan mereka dengan membeli aiskrim.

Kenangan itu indah sekali dan masih segar dalam ingatan mereka berenam. Keenam-enam Elemental Brothers ini terdiam seketika untuk mengingati kejadian pada hari itu.

"Kalau macam tu, kita perlu percaya antara satu sama lain.." ujar Taufan untuk memecahkan suasana yang sunyi.

Elemental Brothers yang lain hanya mengangguk, setuju dengan Taufan. Sekurang-kurangnya, mereka akur dengan permintaan Gempa. Mungkin ini dapat menenangkan hati mereka.

"Dahlah, jom tidur.." cadang Ais lalu menguap.

"Haah..." balas Thorn dan Solar serentak. Mereka sudah menggosok mata yang sudah merah. Muka pun dah macam zombie, hahaha.

"Biar aku simpan gambar ni..." cadang Halilintar.

Elemental Brothers yang lain hanya mengangguk lalu mula berbaring dan melelapkan mata mereka.

Halilintar termenung sebaik sahaja berbaring dia sebelah Taufan. "Aku akan tunaikan permintaan kau.. Aku janji.. Asalkan kau bahagia.. Selamat malam Gempa.." gumam Halilintar sebelum dia tertidur.

Dia sempat tersenyum ketika bermimpi tentang kenangan mereka bersama. Kenang yang indah dan tidak dapat dilupakan.

BOBOIBOY: 7 ELEMENTAL BROTHERS [C]Where stories live. Discover now