BAB 1

306 8 0
                                    

"Urgh, pagi-pagi lagi dah memekak!" Rungut irisa ana. Irisa ana menekup kepalanya dengan bantal sambil tangannya mencari-cari dimana dia melatakkan telefonnya yang berbunyi bingit itu. Eh? Mana telefon aku ni? Kata irisa ana didalam hatinya.

Dia bangun dari pembaringannya dan memerhati ruang bilik tidurnya, tiba-tiba dia berhenti memerhati tepat pada pintu biliknya dimana adiknya risa amira tersenyum kepadanya sambil mengenggam telefon miliknya dimana bunyi bingit itu datang. "Cari ni ke, kak ana?" Kata risa amira.

"Bak sini telefon aku tu, risa!" Kata irisa ana buat-buat muka garang sambil menadah tangan kanannya untuk meminta telefonnya.

"Kalau nak......" risa amira berundur beberapa tapak dan terus berlari keluar sambil berteriak "ambiklah sendiri!". Seraya itu, irisa ana melompat dari katilnya dan terus berlari keluar. Dia melihat adiknya berlari menuruni tangga. Irisa ana apa lagi, dia malas nak menuruni tangga jadi dia duduk dipemegangan tangga dan meluncur dengan laju sehingga kepengujung tangga, dia turun dari pemegang tangga dan menyusul adiknya.

"Risa!!" Irisa ana mengejar adiknya yang memasuki ruang tamu dan terus berlari kedalam dapur dimana abangnya duduk dikerusi meja makan dan ibunya yang sedang memasak untuk mereka.

"Ish, korang berdua ni dah besar pun nak main kejar-kejar lagi, tak malu betul" sindir aris afiq anak sulung dalam keluarga itu. Irisa ana dan risa amira berpandangan sesama sendiri dan tersenyum penuh makna, tiba-tiba irisa ana merebut telefon yang dipegang oleh abang mereka dan terus berlari ke ruang tamu sambil ketawa riang.

"Hei, apa ni main rebut-rebut pulak korang ni!" Aris afiq mengejar irisa ana dan risa amira yang berpusing-pusing di ruang tamu itu.

"Ana! Risa! Jangan lari!" Ketika itu abdul mumin yang bersiap-siap untuk bekerja terhenti melihat anak-anaknya yang berpusing-pusing di ruang tamu itu. Irisa ana dan risa amira yang melihat ayah mereka itu terus sahaja bersembunyi di belakang ayah mereka.

"Bahapa kamu belusir-lusir ani?" Kata abdul mumin dengan bahasa pekat bruneinya.

"Ni durang si ana sama si risa mengambil telipun abang tadi di dapur" adu aris afiq berubah bahasa menjadi brunei. Mereka memang akan berubah bahasa bila bercakap dengan ayah mereka.

"Apa eh, abang yang ucap kami dulu!" Selepas itu risa amira menjelirkan lidahnya kepada aris afiq.

"Au, banar tu cakap si risa atu, pa" sokong irisa ana pula.

"Bah, sudah tah tu. Aga sana, bagi balik telipun abangmu atu" arah abdul mumin. Irisa ana memberikan semula dari jauh dengan memanjangkan tangannya dan kembali kebelakang ayahnya. Abdul mumin menyambung katanya kembali "yang kamu bedua ani mandi udah ni?" Dia menjongketkan sebelah keningnya kepada dua orang anak daranya itu.

Irisa ana dan adiknya tersengih memandang ayah mereka dan mengelengkan kepala mereka.

"Patut tah bau, naik atas mandi" mereka berdua terus berlari mendaki tangga tidak ubah seperti kanak-kanak, aris afiq dan ayahnya hanya mengelangkan kepala sahaja melihat teletah mereka berdua

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sehabis makan abdul mumin terus sahaja membuka mulut untuk memberitahu tentang rancangannya yang ingin membawa pulang kenegeri kelahirannya "bapa banarnya kan bagi tau kamu, minggu dapan tani balik ke brunei"

Sehabis bicaranya itu, dua orang anak daranya berpandangan dengan perasaan teruja, jelas di mata meraka bersinar melihat ayahnya. Abang mereka juga teruja.

"Banarkah, pa?" Tanya risa amira dengan  teruja.

"Mestilah betul, takkanlah ayah kamu nak menipu" kata hamidah, ibu mereka.

minah brutal kena stalkWhere stories live. Discover now