bab 2*

123 8 0
                                    

Aiman fariz masih memikirkan tentang pertemuannya dengan gadis yang dilanggarnya semasa berada di brunei atas urusan kerja. Bukan main brutal lagi minah tu sesedap rasa je nak memekik kat dirinya. Rasanya itu kali pertama dia kena tengking macam tu, depan orang ramai pulak tu! Seumur hidupnya mana pernah ada orang yang berani marah-marah kat dia macam tu, mummy dengan daddy? Lagilah tak pernah. Sedang aiman fariz termenung, tiba-tiba pramugari menganggunya. Haaaai... kacaulah minah ni! "Yes?" Kata aiman fariz.

"I'm sorry for disturbing you,sir. Do you want anyting like coffee or something else?" Ujar pramugari itu.

"No thanks. I'll call you if i need something" balas aiman fariz. Pramugari itu hanya senyum dan terus berlalu. Setelah banyak termenung, akhirnya aiman fariz terlelap.

Malaysia,KLIA

Aiman fariz keluar dari KLIA dengan membawa bagasinya. Telefonnya berbunyi sebaik sahaja dia ingin memanggil taxi. Nama suraya julie tertera ditelefonnya. Aiman fariz mengeluh sendirian. Malas dia nak melayan anak gadis dato' kamal iaitu sahabat daddynya. Tetapi dia terpaksa juga menjawab panggilan dari suraya julie itu.

"Fariz, you kat mana? Dah sampai malaysia ke? Biar I yang ambik you kat airport ye" berbulu telinga aiman fariz mendengar suara manja suraya julie itu. Apa nak jadi dengan perempuan ni agaknya?

"Tak apelah julie, I dah pesan taxi untuk hantar I" belum sempat suraya julie hendak menjawab aiman fariz sudah memutuskan panggilan itu. Saja je dia tipu suraya julie yang dia pesan taxi tadi  padahal mana ada dia pesan taxi, tunggu taxi adalah! Aiman fariz memasuki taxi ketika melihat taxi itu tidak ada berpenumpang.

~~~~~~~~~~~~~~~~

Sesampai saja di apartmentnya aiman fariz terus melabuhkan punggungnya di sofa empuk untuk melepaskan lelahnya. Bagasinya dibiarkan tergelentang di atas lantai disisi sofa dimana dia duduk. Dipejamkan matanya untuk seketika tetapi terganggu apa bila telefonnya berbunyi. Dilihatnya nama suraya julie lagi yang tertera. Aiman fariz mengeluh, tadi dah berapa kali suraya julie menlefonya tetapi dibiarkan saja telefonya itu mati sendiri.

Telefonya berbunyi lagi, kali ini dia menjawab tanpa melihat si pemanggil. Rasa hendak meletup saja mulutnya ingin memarahi si pemanggil itu.

"Awak boleh tak berhenti ganggu saya. Saya tangah penat ni!" Aiman fariz menjawab.laju.

"Fariz? Ni mummylah kenapa marah-marah ni? Kamu marah kat siapa tu?" Tanya datin sarina hairan.

"Eh, mummy. Ada apa-apa ke call fariz ni?" Tanya aiman fariz. ADUH! Mummy aku rupanya. Dia mengosok tengkuknya.

"Hai, takkanlah masa penting je baru mummy boleh call kamu?"

"Yelah, sorry. Fariz penat tadi" rasa bersalahlah pulak. Aiman fariz meraup mukanya.

"Ni mummy nak tanya, bila kamu nak balik?"

"Err.....erm..tengoklah nanti, mummy" aiman fariz berkira-kira hendak membuat alasan.

"Takde alasan! Balik atau mummy tak nak cakap dengan kamu lagi!" Talian dimatikan.

Eh?eh? Mummy nak merajuk dengan aku? Jangan!! Nanti siapa nak manjakan aku? Aku tak boleh hidup tanpa kasih sayang mummy. Aiman fariz bingkas dari tempat duduknya dan keluar membawa bagasinya yang tergelentang tadi untuk balik ke rumah orang tuanya. Nasib baik aku tak kemas baju tadi kalau tak, letihlah aku. Didalam otak dah di'set'kan cara hendak memujuk mummy TERsayang. Mummy jangan merajuk dengan anak mummy yang handsome lagi bergaya ni tau. Esah, angkat bakul sendiri pulak.

•••••••••••••■■■•••••••••••••

(Kepada sesiapa sj yg sudi membaca cite saya ni tolong beritahu pendapat korang tentang bab 2 ni🙂 ((aiman fariz ni anak manja tahu jgn lupa tentang tu)) so kalau nak share idea korang kat saya boleh sangat)

(Tolong comment~🙏)

((aiman fariz: aku tak manjalah😠))

minah brutal kena stalkWhere stories live. Discover now