ii

4.2K 644 118
                                    

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

bold for syahmim
italics for armel
➸ normal for narration

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬


Incoming call from Syahmim Potter⚡

"Hello?"

"Hye Ginny!"


"Kenapa kau call?"

"Well..aku rasa kita ada sesuatu yang belum diselesaikan"

"What?"

"Kau tutup call aku semalam"

"Aku masih belum sempat nak tanya kau apa-apa soalan lepas kau confess semalam.So..today is the day.."

"Sorry tapi aku tak ada mood nak jawab apa-apa soalan sekarang ni"

"Well,someone is a bit moody today"

"Aku nak letak"

"Kejap! Kejap!"

"Aku rasa tak adil lah. Kau call aku dan confess kat aku, lepastu tiba-tiba cakap kau nak move on? Like.. what the heck?"

"Aku cuma nak bagitahu isi hati aku je, okey?"

"Hmmm"

"Apa?

"HMMMM"

"Jangan nak 'hmm hmm' kan aku"

"Mula-mula aku percaya. Tapi sekarang aku mula ragu-ragu"

"Ragu-ragu pasal apa?"

"Betul ke kau suka aku? Atau kau sebenarnya nak prank aku? Kau ada dendam tersirat ke? Kalah main truth or dare ke? Atau aku ada hutang dengan kau sebenarnya? Kalau ada, sorry lah. Aku ada 50sen je sekarang. Kalau kau nak, ambiklah —"

"Aku seriuslah! Aku memang pernah suka kau"

"Hmmm"

"Annoyingnya kau punya 'hmm' tu"

"Tak boleh percaya sangat perkataan 'suka' tu. Kau boleh je cakap kau suka aku walaupun kau sebenarnya tak ada perasaan pun kat aku. Samalah macam, kau boleh cakap aku anjing tapi aku bukan anjing"

".......................Anjing."

"Oii"

"Eh marah pulak"

"Ah, takpelah. Crush je pun. Hal kecik je. Kalau kau nak move on, move on lah cepat. Shuhh, shuhh"

"Wahh.. tiba-tiba aku rasa macam ada api membara dalam hati"

"Makan la gaviscon —"

"FINE! AKU TAK JADI NAK MOVE ON!"

"Huhh? Apahal tiba-tiba menjerit ni. Sakit telinga aku woi —"

"AKU AKAN BUAT KAU SUKA AKU!"

"Bukan semalam kata nak move on ke?"

"Kau rasa perasaan cinta aku ni main-main ke? Huh, aku akan buktikan. Jangan menyesal pulak nanti"

"Buktikan macam mana?"

"Aku nak bagi kau dumpling bentuk arnab. Kalau aku kupas buah oren, aku nak kasi kau slice yang paling manis. Kalau kau nasi, aku nak jadi kuah kari. Sebab kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan? Lepastu..."

"Huh? Japp..."

"Aku nak masakkan bekal makanan tengahari untuk kau dan letak banyak-banyak baby octopus extra pedas. Aku tahu kau tak tahan pedas. Tapi aku sengaja je buat macam tu supaya kau akan datang mintak air kat aku. Lepastu kalau aku tak bagi air, nanti muka kau merah-merah macam —"

"Oii, dah lah tu"

"Lepastu kalau kita berjalan sama-sama kat bawah satu payung, aku akan halakan payung tu lebih kat kepala kau. Aku tak kisah berkorban untuk kau. Setakat panas matahari tu, panas lagi cinta aku pada —"

"Ehh aku campak jugak budak ni dalam neraka satgi"

"Haa lepastu en, masa jawab exam dalam kelas, aku boleh bagi isyarat mata kat kau. Bagitau je soalan apa kau tak boleh jawab. Nanti aku bagi jawapan senyap-senyap"

"Aku tak rasa kau ada iq yang bijak untuk jawab soalan exam"

"Apa lagi bukti yang kau nak? Aku boleh bagi apa je"

"Macam mana kau nak buat aku jatuh cinta tanpa dedahkan identiti kau?"

"......."

"Ha terdiam"

"....aku akan buat kau jatuh cinta dengan suara aku dulu"

"Jatuh cinta melalui telefon? Pftt..."

"Kau gelak apa"

"Jatuh cinta dengan suara? Kau nak menyanyi kat aku setiap hari ke macam mana?"

"Kau tak percayakan aku kan? Okey fine. Ehem, ehemm..."

"Heheheh. Okay. I'm looking foward to it from today"


Syahmim Potter⚡ended the call.




Cis, aku baru nak menyanyi. Dia tutup macam tu je? Huh....

Aku baling telefon di atas katil dan tutup muka dengan bantal. Kenapa lah aku cakap aku tak jadi nak move on? Mesti dia ingat hati aku ni mudah berubah-ubah.

Aku akan hancurkan hidup aku.

Tak boleh jadi ni.

Aku kena pindah rumah.Pindah sekolah.Buat rumah baru kat Antartica,dan tukar nama jadi Armil Aryani dan hidup bahagia dengan penguin di Antartica.

Wait..Antartica ada penguin ke?

♡ ♡ ♡

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 28, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Crush | ✓Where stories live. Discover now