Kejadian aneh yang aku alami,aku rahsia kan dari pengetahuan hasrul kerana aku sendiri tidak pasti adakah aku bermimpi atau ini semua reality,aku lalui hari ini seperti biasa tetapi apabila malam mula menjelma tiba-tiba jantung aku berdegup kencang,nafas aku seperti kosong.penyakit kelmarin itu datang semula. malah kali ini lebih teruk
"Adakah aku diserang sakit jantung"?
"atau aku kena asma"tetapi aku sendiri tidak ada penyakit asma,aku lihat jam didinding menunjukkan pukul 07:15pm petang.
"Rul nanti tolong bawa aku ke hospital"kata aku pada hasrul yang sibuk bermain game.
"ok,"balasnya ringkas tanpa menoleh
Aku baring diruang tamu rumah sambil melihat hasrul,dalam masa yang sama aku rasa nafas aku semakin pulih,mungkin aku keletihan.tetapi aku mesti pergi keklinik untuk chek jantung aku,risau jika aku mempunyai sakit jantung.
"dah siap ke" tegur hasrul
"aku pergi macam ni jela"jawabku lemah
"ok" balas hasrul ringkas sambil mengambil kunci kereta aku yang terletak diatas meja.
Aku membiarkan hasrul memandu kereta kerana aku bimbang jika tiba-tiba aku pengsan dan membahayakan orang lain,setelah berjalan hampir 40minit aku dan hasrul sampai ke hospital waktu itu sudah pukul 08:05malam.Aku lihat hospital sudah seperti supermarket yang sedang ada buat jualan "SALE" penuh dengan orang,haruk piruk,bunyi ambulans sudah seperti muzik.
"woi dah jom la"tegur hasrul yang melihat aku masih berdiri disisi kereta.Aku terus megorak langkah menuju kearah Kaunter daftar.Hampir 30minit menunggu baru lah nombor aku dipanggil,aku melangkah masuk kebilik doctor dan menerangkan segala apa yang aku alami,doctor terus menulis disehelai kad namun aku tidak faham langsung tulisannya yang aku faham hanya xray dan Ecg.aku dibawa kebilik Xray kemudian ke bilik ECG,selesai semuanya. aku dibawa jumpa kedoctor semula.
"encik Zainol,dari apa yang kami lihat pada ujian ini anda tiada alami apa-apa sakit berkaitan jantung dan paru-paru.jadi saya rasa encik mungkin terlalu letih atau stress"kata doctor sambil menerangkan panjang lebar symptom yang aku alami.
"ok,terima kasih doctor"kata ku sambil keluar dari bilik dan kelihatan hasrul sedang menunggu sambil bermain game di handfonenya,
"dah jom la"jawab aku mengejut kan hasrul yang sedang leka dengan handfonenya.
"ehh..dah ea"balas hasrul sambil berdiri dan menuju ke kereta,Aku pulang dengan perasaan hampa,sampai sahaja dirumah aku terus baring diruang tamu,manakala hasrul terus menuju kedalam biliknya.sambil terbaring aku mula teringat peristiwa dimana aku melihat lembaga putih didalam kereta dan hasrul yang mengajak aku kehospital tetapi sebenarnya itu bukan hasrul.Serta kejadian pertama sekali sewaktu ingin menulis cerita amukan pocong,semua tu bermain dikepala aku.
Sedang aku melayan fikiran aku,tiba-tiba "tukk..tuk....tukkk...tukkk" terdengar tingkap diruang tamu yang berada jarak 1meter dari tempt aku diketuk.pantas aku terduduk,jantung mula berdegup kencang.Tidak dinafikan aku dalam ketakutan,"Tukkkk.Tukkk...Tukkk" bunyi ditempat yang sama,perlahan-lahan aku menyelak langsir untuk melihat apakah yang sedang mengetuk tingkap rumah aku,
Setelah diselak hanya kelihatan seekor cicak melarikan diri,"huhhh..cicak rupanya"bisik hatiku,aku tahu cicak akan mengetuk ekornya jika ingin mengawan!. dengan pantas aku melepaskan langsir yang aku selak tadi,tapi belum sempat tertutup aku terlihat satu lembaga putih bergerak pantas melalui tingkap aku,dan bila dilihat dari bentuk nya aku tahu itu lembaga yang sama menganggu aku sebelum ni.
YOU ARE READING
SIHIR.!!
ParanormalMengisahkan nasib seorang lelaki yang Disihir,..! cerita ini antara yang telah saya hantar ke Fiksyen Shasha, dan arkib Angker Negara.