Lisa jejak keluar airport dan rasa sedikit terkejut dengan cuaca di seoul yang sangat sejuk .Selepas 15 minit menunggu, lisa sekeluarga mengambil keputusan untuk naik teksi pergi ke rumah sewa mereka yang terletak di Namdong. Perjalanan dari airport ke tempat tinggal mereka sangat dekat. 23 km je. ' Dekat lah sangat' 😑
RUMAH SEWA
Lisa sampai di hadapan rumah sewanya yang boleh tahan besarnya. Di sekeliling pula ada banyak kedai yang menjual barang2 yang lisa suka. Kini, dia tidak lagi berasa sedih meninggalkan kawan2 nya dia malaysia.
" lisa masuklah dulu.. pilih lah nak bilik yang mana.. papa nak angkat barang2 ni" En. Min bersuara.
" okayy!!"Lisa mengalamun berseorangan dalam bilik yang dipilihnya. Memang pandai dia memilih bilik... barangan dlm bilik tu boleh kira semua berwarna pink.
Dia berasa bosan dan mengambil keputusan untuk bersiar2 di sekeliling rumahnya.Dia tidak lupa mengambil wintercoat pinknya di belakang pintu dan terus berlari ke bilik mama dan papa nya.
Tokktokk.. pintu bilik diketuk.
" mama...papa.. nak jalan2 kat luar kejap boleh tak? "
" hmm pergi la.. tapi jangan lama sangat.. malam ni kita keluar untuk beli barang2 sekolah kamu."Lisa melihat jam di tangannya... lebih kurang 30 min lagi pukul tujuh.. " okayy!" Lisa berlari pecut kerana tidak mempunyai banyak masa lagi since lebih kurang 30 min langit dah nak gelap.
Lisa keluar dari pintunya dan menggigil... " gila sejuk kat sini.. mcm mana lah diorang boleh hidup.. ughh"
Lisa mula singgah di kedai kasut. Mata lisa rambang kerana kasut yang dia nampak terlalu ' hipsterr ' . Lisa menjerit sendirian dan sambung berjalan di kedai lain.Sebelum pulang ke rumah sewanya, dia sempat membeli secawan hot chocolate di kedai betul2 sebelah rumah sewanya .
Air tu x la terlalu panas.. suam2 gitu je..😂9.30 malam
Esok lisa akan jejak ke sekolah barunya. Lisa mengemas semua alatan tulis dan masukkan dalam bag galasnya. Keychain berbentuk hati yg dibeli ptg tadi digantung pada zip sebelah kanan.
Puan lin mengetuk pintu biliknya dan masuk. " lisa, esok hari first kamu ke sekolah... tido awal ye sayang."
" ok mama.."Selepas mamanya melangkah keluar, lisa menutup zip begnya dan berjalan menuju ke katil.
" esok start sekolah..." lisa baring sambil tersenyum mengharap hari esoknya berjalan dengan lancar.Nervous sebenarnya 😫 Mana taknya... dia sekolah kat korea wehh.... Haha
Ber'annyeonghasaeyo' la jawabnya kat sekolah esok 😂Perlahan lahan matanya tertutup dan lama kelamaan dia dibuai mimpi.
Puan lin yg lalu dihadapan bilik berhenti seketika kerana terlihat pintu dan lampu masih terbuka.
" haish anak sorang ni.. bukan nak tutup lampu " puan lin menggeleng kepala melihat ' habit' anaknya yang sering terlupa utk tutup lampu kalau nak tidoLisa membuka mata kanannya perlahan..
" hehe .. sorry mama " dia berbisik kemudian sambung tidur .
😇
