Confessing

30 4 2
                                    

"Da Ryung, awak boleh buat apa awak nak. Tapi janganlah sampai tak endahkan saya" rayu Mingyu. Aku hanya mengunyah roti di dalam mulut. "Awak kenapa ikut saya? Yeojachin awak tu mana? Pergilah merayu kat dia" aku meneguk minuman jus orenku.

Mingyu menarik tanganku dan menggenggamnya dengan kuat. Terbuntang biji mataku. Aku terkebil-kebil. "Awak kenapa,Mingyu?"

"Biar saya luahkan cinta saya kat awak" katanya dan meletakkan tanganku di dadanya.

"Awak dengar.. jantung saya akan berdegup kencang setiap kali pandang awak. Hari saya sepi tanpa awak. Hari-hari saya rasa nak peluk dan cium awak. Saya bahagia bila tengok senyuman awak. Saya cintakan awak sepenuh hati!" Semua pelajar di lobi kampus melihat aksi kami berdua dan pipiku terasa membahang. Aku malu!

"Ish,baiklah. Awak lepaskan saya boleh? Saya terima cinta awak,okey?" Acahku menghentikan Mingyu daripada membuat malu di situ. Aku menarik lengan bajunya dan membawanya ke belakang kampus. Mingyu asyik tersengih sepanjang perjalanan ke sini.

"Hah. Okey,em saya tahu awak suka saya. Saya terima awak tapi kalau awak buat malu lagi macam tadi kita putus? Deal?" Mingyu tersenyum sampai ke telinga. Dia mengangguk laju.

"Jadi kita kekasih sekarang?" Err..aku mengangguk perlahan. Bukannya jadi apa pun kalau aku jadi kekasih dia sementara.

"Baiklah. Awak kena pakai jam ni" Mingyu menghulurkan seutas jam padaku. Aku mengambilnya dan pakai. Aku lihat di tangannya ada jam yang sepadan denganku. What, jam pasangan?! Awalnya dia buat perancangan!?

"Jam pasangan?" Mingyu tersenyum. "Mulai harini kita kekasih. Bagi saya peluk awak"

"What?!" Aku pedulikan saja. Aku membenarkan diriku dipeluk Mingyu walau terpaksa.

+++

"Jungkook, omma nak tanya sikit" Puan Jeon duduk di sofa rumah Jungkook. Jungkook meletakkan teh hijau di atas meja.

"Apa dia,omma?" Jungkook mengambil tempat duduk di depan ommanya.

"Bila kamu nak kahwin ni? Kamu asyik berfoya je habiskan duit dengan pelacur. Bila masa nak habiskan duit dengan isteri pulak?" Jungkook tersedak ketika menghirup teh hijau. Kening Jungkook bertaut.

"Omma! Jungkook tak ready lagilah nak dapat anak." Jungkook mengelap mulutnya dengan lengan baju.

"Omma bukan apa. Kamu tu dah besar. Omma risau kamu tak dapat nak uruskan diri kamu. Dengan kerja lagi. Omma naklah timang menantu." Aish,omma ni dah kemaruk sangat tengok kawan dia asyik dapat menantu.

"Omma Kook bukan budak kecil. Kook boleh urus sendirilah. Omma tak payah nak fikir sangat pasal menantu. Bila Kook dah sedia nanti Kook kahwin lah.." jelasku panjang lebar. Omma menghirup teh hijaunya.

"Baiklah. Omma nak tengok. Omma bagi masa tiga bulan lagi. Kalau Kook masih tak jumpa calon,omma bagi Kook kahwin dengan MinAh saja" err,MinAh? Tak mahu aku. Dia tu lagi banyak kena tebuk dengan laki lain. Eiyuww..

"Err,okey. Kook janji" aku menunjukkan tapak tanganku kepada omma.

+++

"

Mana puppy aku ni? Bukan ke dia selalu beli barang kat kedai ni?" Aku menunngu di dalam kereta sambil menjenguk-jenguk kelibat Da Ryung.

"Honey nak apa? Meh Bae nak beli.." Mingyu tergedik-gedik ingin membelanjaku.

"Ish, saya ada duitlah. Takpe, awak simpan duit tu nanti beli rantai yang mahal kat saya" aku masuk ke dalam kedai dan mengambil benda yang aku mahu. "Hmm,bijak jugak gf aku ni berjimat. Bagus!" Mingyu teruja dengan kata-kata Da Ryung.

You Are The One | Jeon JungkookWhere stories live. Discover now