" Winne Marcella Grace!!!"
Langkah larianku terhenti mengejut. Mak datuk...! Hampir aku tergelincir di atas permukaan tar jalan itu disebabkan tapak kasut sukan nike yang kugunakan dah kekurangan daya cengkamannya. Almaklumlah,kasut lama ...tapi yang lebih membuatku terasa seperti roh dah terkeluar sekejap dari badan adalah kerana laungan teriakan itu...what the hell??? Nama penuh aku lagi tu.
"Apa?" Tanyaku tanpa perasaan apabila orang yang cukup 'adab' dan 'tatasusila' ini selamat dengan gaya tercungap-cungapnya konon nak tunjuk sangat bertapa bersungguh-sungguhnya dia mengejar aku dari belakang. Ala...orang jogging bukan lari laju sangat pun sampai perlu kejar macam kejar pelari pecut 100 meter. Eh...apa aku merepek ni...aiya...
"Win...winnie...," dengan susah payah hanya ayat itu je yang keluar dari mulutnya yang masih tercungap-cungap itu. Aduh...apahal minah ni?
"Apa? Cakaplah betul-betul...ni dari tadi nama aku jer di sebut..." runggutku tak puas hati.
Minah ini pun satu. Saja nak buat suspen. Dia tak terus jawab soalanku. Dia ambil nafas panjang-panjang dulu sebelum....
"Tahniahhhhh!!! Dah dapat panggilan posting kau...!!!" jeritnya sekuat hati sambil melompat memeluk leherku. Ya ampun...hampir aku terduduk menyambut keberatan badannya yang jauh lebih berat dan besar dari aku.Tapi...bukan masalah itu yang menjadi halnya...
Ummm...? Posting?
" Akak tahu dari mana?" bolehny a aku tanya soalan itu selamba begitu sedangkan kakak gemuk aku ni dah excited giler nak bagitahu adiknya nan seorang ni. Hish..hish...nasiblah kak dapat adik sengal tapi bijak ni begini. Hihihi...akibatnya,free-free dapat tonjolan jari telunjuknya kat dahi ini. Ah,padan muka...
"Dari telefonlah!Diorang call kat rumah tadi. Kena pergi kat pejabat kesihatan untuk ambil surat penempatan posting kau tu. Harap-haraplah dapat kerja dekat-dekat sini...eiii...akak pula yang seronok!"
Oh ya...baru aku teringat...dua bulan lalu aku baru saja menamatkan krusus sijil jururawat masyarakat dan sedang menanti panggilan kerja...nampaknya tak lama lagi aku akan menamatkan gelaran penganggur terhormat aku ni...masa untuk melukis dan main game pun dah terikat dah lepas ni. Aieee...takpelah..yang pentingnya sekarang...horayyy!horayy! Dapat kerja dah! Horayy!
Dan hari itu,tak jadilah aku nak teruskan joging aku...nak balik rumah. Banyak nak di uruskan selepas ni.
YOU ARE READING
Sentuhan Cinta
Romance"Ummm...? Peliknya rasa...selesa dan hangat...sioknya...",detik hati kecilnya sambil mengeratkan pelukannya. Winnie,20 tahun,gadis desa yang pertama kali menaiki bas seorang diri dalam perjalanan panjang yang memakan masa hampir 8 jam perjalanan men...