2

5 0 0
                                    


......

" Ya? Hello? "

" Assalamualaikum? Aira Ryhana ke ni? "

Tegak terus tubuh gadis itu. Terkejut suara lelaki yang membalas. Salah nombor tu dimaafkanlah kot?

Ni lepas salam, nama penuh pula disebutnya. Meremang bulu roma..

" Waalaikumsalam.  Ya, saya Aira Ryhana. " kalut sedikit gadis itu menjawab mengundang tawa dihujung talian. Seakan tahu reaksi Aira.

" Aira, saya Adam. Orang yang pinang awak hari tu. " dengan sisa tawa, lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Adam itu bersuara.

Aira menggaru kepala yang tidak gatal. Tak pernah tahu pun sebenarnya.

" Oh.. Adam... Ada apa ya? " Tuhan saja tahu taufan yang berada dalam hatinya.

" Saya nak kenal awak. "

Terasa berhenti degupan jantungnya. Bila masa aku terima cincin dia? Eh, mamat ni...

" Tapi Adam.. Saya.. "

" Bila awak sudah ambil cincin tu, saya anggap awak setuju dengan pilihan awak. " dengan nada sedikit serius itulah mampu membuatkan Aira tersentak.

" Boleh awak bagi masa sikit tak? " bentak Aira, sedikit geram.

" Tak nak. " bentakkan Aira langsung tidak menjejaskan Adam untuk bersuara.

" Send gambar awak. Benarkan saya pertimbangkan. " pinta Aira.

" Gambar awak? Tak adillah gambar saya je. "

" Hey, send ajelah. " mahu mendidih kepala melayan Adam.

" Oo.. Awak hanya pandang orang dari rupa jelah? Muka handsome tapi tak bertamadun pun awak nak pilih ke? "

"Aira... Kita kena pandang orang dari hati. Macam tu juga saya. Saya dah sedia terima siapa je gadis yang parents saya bagi. Awak bila lagi, Aira? " soal Adam. Aira terdiam seketika.

Iye ke aku pilih dari rupa? Aku cuma nak tau muka macam mana je.

" Kalau macam tu, tunjukkan jelah awak betul-betul nak saya. " ayat tu macam dah pernah jumpa satu sama lain. Ha ha...

" Okay. "

" Bila? "

" Bila akad sudah saya lafazkan nanti, cinta. Okay, bye.. Nak tidur. Esok kerja." talian diputuskan. Aira tercengang memandang telefonnya.

What? Like seriously aku kena hadap lelaki macam ni? Astagfirullah...

Aira meraup wajahnya perlahan.

Tiba-tiba ada Whatsapp masuk. Berkerut dahinya. Adam?

+ Assalam.. Aira, Adam minta maaf kalau tersakitkan hati. 😄 Sorry erk

Eleh... tau pula nak minta maaf.

- Wassalam... kata nak tidur tadi 😑

+ Adam rasa ada orang tak maafkan Adam. Risau pula esok tak dapat minta maaf

- haish... Awak buat saya risau

+ Sebab sayang saya ke?

- Eh, tolong sikit. Awak, encik mulut tajam lebih baik tidur.

+ Tak nak temankan?

Apa kena dengan mamat ni? Tadi bukan main marah. Menggatal pula dia. Eii...

- 😒😒 tak nak

+ esok lunch, free tak? Nak belanja

- eh... Awak tak tau saya masih study lagi? Esok saya nak lunch dengan kawan.

Mr ReeWhere stories live. Discover now