APINK Park Chorong
¤¤¤
Kakaotalk
Yoon bbom
Hey, kau kenapa ni?
Aku nak lari. Aku penat bbom.
Aku penat... 😿Cho! Kau tenang dulu. Cerita
dulu kenapa? Jantan tu buat
buat hal lagi ke? Cho, sabar ek?Aku nak sabar macam mana?!
Dia layan aku macam taik!
Dia anggap aku ni tak ada
Dia buat aku macam aku ni halimunan.Kau settle dulu masalah ni
dengan dia. Jangan buat
keputusan terburu-buru. Kau
sabar dulu ek?Okay..
Yoon Bbom offline
Chorong menutup kembali laptopnya. Dia termenung sendirian memikirkan kehidupannya.
Kenapa aku kahwin dengan dia?
Kenapa dia mesti jadi suami aku?
Aku benci kau, Kim Han.
Serta merta air matanya jatuh. Chorong menyimpan laptopnya didalam beg dan berjalan keluar daripada cafe, tempat dimana dia akan meluahkan sesuatu pada rakannya, Bomi.
¤¤¤
Setelah mematikan enjin kereta, Chorong mengeluh. Baginya, menghadap muka Kim Han sangat menyeksakan. Bukan kerana dia seorang yang dayus. Memukul perempuan. Bukan sama sekali.
Kim Han seorang yang pemalas bekerja.
Kaki minum.
Kaki perempuan.
Dia bukan Kim Han yang Chorong kenal dahulu.
Chorong hanya mampu mengeluh. Mahu tidak mahu, dia mesti meneruskan kehidupannya. Dia yakin, suatu hari nanti. Nasib nya akan berubah. Samada Kim Han akan berubah kepada yang lebih baik, ataupun dia yang pergi menjauhkan diri.
Chorong menapak kedalam apartmen miliknya. Dia melihat sekeliling ruang tamu.
Muak.
Setiap hari, suasana itu yang dilihatnya.
Botol-botol arak penuh berselerak diatas meja.
Plastik-plastik snek bertaburan diatas lantai.
Terdapat juga sisa minuman tertumpah.
Chorong memandang Kim Han yang sedang seronok melihat perlawanan bola di skrin televisyen. Tanpa menegur, Chorong terus kwbiliknya dan menukar pakaian.
Dia mengambil penyapu dan menyapu lantai. Disambung pula dengan mengutip plastik-plastik snek yang bertaburan.
"GOLLL!!!!"
YOU ARE READING
Oneshot Stories Compilation <HIATUS>
Fanfiction= update bila bosan = various kpop groups = no request