REQUESTING

9 0 0
                                    

Inilah buku kayangan yang akan mencorakkan imaginasi anda menjadi realiti.Berkongsi dengan orang mempunyai minat dan kefahaman yang sama.Bukan semua orang boleh terima,jadi anda hanya memainkan layar mimpi anda berulang kali.Segala karenah akan dilayan penuh kasih.Sepelik mana permintaannya,tidak akan disoal.Tarik kerusi,hirup koko panas bersama mashmelow yang terapung gebu diatasnya dan terangkan permintaan anda secara jelas.Tangan dan akal kakitangan kami sedia menyambut.Tetapi,bayarannya harus disertakan sekali selepas anda sebagai pelanggan kami berpuas hati dengan servis  kami.Bukan wang,bukan nyawa.Hanya cebisan buah akal anda yang kami perlukan.Lain pelanggannya,lain pengerasnya.Beranikah anda meminta?Hanya untuk merealisasikan mimpi lena anda yang akan tidak wujud.

Tatacara Untuk Menjadikan Imaginasi Anda Berlaku

1.Fikirkan kehendak anda yang paling utama.Peluang hanya sekali,jangan baziri dengan yang sia-sia.

2.Pergi ke ke bawah slide ini.Terdapat satu kotak.Tinggalkan jejak anda disitu dengan menaip kata-kata ajaib.

3.Tunggu sehingga pekerja kami menjawab sahutan anda

4.Sebaik saja pekerja kami menyedari kewujudan anda.Anda akan dibawa ke ruang meluah.Disana anda boleh bertenang dan menikmati panorama indah.Sila nyatakan hasrat terpendam anda dengan seeloknya.Jika pekerja kami mendapati permintaan anda tidak lengkap,kami akan menanya anda sehingga jawapan yang sepatutnya diberi.

5.Setelah proses meluah tamat,anda akan menandatangani seutus surat perjanjian untuk memastikan bayaran akan dijelaskan setelah permintaan terealisasi dan pelanggan berpuas hati.Jika bayaran tidak ditunaikan,denda akan dikenakan,anda mungkin akan merasakan kehilangan.

6.Jika bayaran telah dilaksanakan,kami tak akan menganggu anda kecuali anda mempunyai keinginan lagi.


Semoga berjaya.Semoga harapan anda tercapai.



































I----------------------------------I
Want your dream come true?

Leave magic spell here
->. .<-

Good Luck
I———————————————-I

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 15, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Let's  DAYDREAMWhere stories live. Discover now