Pejuang Ahli Sunnah Wal Jamaah

14 2 2
                                    

   Pada suatu hari , di mana pada hari itu cerah dan riang ria , kedengaran bunyi si ibu yang menjerit untuk meminta pertolongan. ' Tolong , tolong !!! ' Tidak lama selepas itu , si ayah pula segera datang kepada si ibu lalu mendukung si ibu masuk ke dalam kereta , si ayah memandu kereta dengan laju manakala si ibu pula masih menahan sakit , peritnya bila nak bersalin. Tiba di hospital , jururawat segera membawa si ibu masuk ke dalam wad. Si Ayah hanya menunggu di luar sambil berzikir memohon kepada Allah supaya anak itu dilahirkan dalam keadaan sihat dan sejahtera. Selepas beberapa seketika , doktor pun keluar dan mengatakan anak si ayah itu selamat , keadaannya sangat sihat. Si ayah pula menangis sambil mengucap Alhamdulillah. Selepas itu baru dia masuk ke dalam untuk melaungkan azan untuk anaknya. Selepas anaknya dilaungkan azan , si ayah terjumpa dengan sahabatnya , Razi. Lalu Razi menegurnya ' Assalamualaikum Din , lama dah tak jumpa , tak sangka kau dah ad anak '
' Alhamdulillah , syukur. Kau tuh buat apa dekat sini ? ' si ayah tanya dengan senyuman yang manis.
' Ni haa , isteri aku bersalin tadi. Kau pon sama ke ? '
' Ya sama , tak sangka kita ad anak yang sebaya dengan anak orang lain. '
' Betul itu. Harap anak ini dapat menjadi anak yang soleh. '
' Amin ya rabbal alamin....'
.
7 tahun sudah pun berlalu....
Kini Razi dengan Din sudah menjadi jiran. Anak mereka juga sudah bersahabat antara satu sama lain sejak kecil lagi. Nama anak Razi ini ialah Faiz manakala anak Din pula Arif. Mereka ini bagaikan kembar , rapat sangat sehingga susah untuk berpisah. Mereka dididik dengan ajaran agama sejak kecil lagi. Ada satu hari itu Razi pernah berpesan ' Wahai anakku , bersahabatlah dengan sahabatmu kerana Allah SWT , lillahi Taala. Didikkan hati dengan niat ' Lillahi Taala '. Jangan pandang rendah dengan kalimah ini. ' Faiz selalu menurut kata kata ayahnya manakala Arif pula susah untuk menerima nasihat ayahnya. Arif makin lama makin nakal sehingga pernah diberi amaran. Ayahnya kecewa dengan kelakuan anaknya manakala Arif pula semakin menjauhi Faiz. Hubungan mereka semakin renggang sejak Arif mempunyai kawan negatif. Apabila mereka bertembung antara satu sama lain , Arif akan berkata kepada kawan kawannya : ' Ehh acahnya dak alim ini , dahlah pakai serban ngn jubah , macam orang kuno wei ! Hahahahahaa ! Orang sekarang ikut trend lah , hipsters sikit baru boleh jadi popular macam artis ! ' Faiz hanya mampu berdiam dan menahan kesakitan manakala Arif dan kawan kawannya ketawakan Faiz. Setibanya di rumah , Faiz hanya senyum untuk menyorokkan kesedihan , tetapi tidak berjaya apabila Razi dapat mengesan kesedihan anaknya. Razi bertanya : ' Kenapa anak ayah sedih ini ? Kena ejek dengan Arif lagi ke ? ' Ayahnya mengeluh seketika. ' Hmmmm.. Macam biasalah ayah. ' Ayahnya mengeluh dan selepas itu senyum semula dan berkata : ' Haih , Faiz..Faiz..tak payah sedih sedih..kalau Faiz sayangkan Arif , Faiz kenalah tegur dia selalu. Kalau dia tak terima juga , jangan berputus asa , ayah tahu kamu kuat. Faiz kan anak jantan , kenalah berani macam ayah , power sikit. ' Ayahnya lega terus setelah melihat senyuman anaknya dan memeluk terus anaknya yang sedang menangis itu.
.
Pada 17 November-
Kelihatan perangai Arif semakin lama semakin teruk , Arif mula menghisap rokok. Depan ibu dan ayah bukan main alim tetapi di belakang...Nauzubillah...
Sudah berapa kali Faiz menegur dia tetapi Arif tak nak mendengar nasihat Faiz dan sering kali buli Faiz , tetapi Faiz tetap bersabar atas ujianNya kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Pada hari seterusnya Faiz masih tetap dibuli oleh Arif sampailah pada suatu hari , ada satu kumpulan dari sekolah lain telah datang ke sekolah Arif dan Faiz. Tiba tiba salah seorang lelaki gangster datang dan terserempak dengan Faiz , lalu dia bertanya ' Mana sahabat kau , Arif tuh ? ' Faiz jawab dengan selamba : ' Aku tidak tahu di manakah dia berada.' Gangster itu bengang dan menarik baju Faiz sambil berkata : ' Baik kau jawab betul-betul , bukankah kau sahabat dia ? Macam mana boleh tidak tahu ? ' Pada masa yang sama , kebetulan Arif lalu di jalan itu dan dia menyorok di tepi tembok selepas melihat keadaan sahabat lamanya , Faiz. Faiz menjawab soalan Gangster itu : ' Memang aku sahabat dia , tetapi sejak beberapa tahun dia asyik pengaruh dengan rakan negatif. Hampir setiap kali aku buntu nak nasihatkan dia. Tapi aku tahu dia baik , aku teringin sangat dapat kembali macam dulu. Aku sayang dia kerana Allah. ' Gangster itu marah lagi dan berkata : ' Acah eh kau , meh sini aku tumbuk kau biar kau rasa apa itu keseronokan.' Gangster itu memukul Faiz sehingga muka Faiz berdarah. Arif tidak dapat menahan melihatkan keadaan sahabat lamanya begitu , maka dia pon bertindak untuk melindungi rakannya. Faiz terkejut lalu berkata :' Arif ? '
Tiba-tiba Razi datang , gangster itu cepat cepat melarikan diri. Arif terus memeluk Faiz dan berkata : ' Maafkan aku wei sebab aku dah buat perkara buruk kat kau ! Maafkan aku...' Arif menangis teresak esak. Faiz membalas balik : ' Takpelah , Arif. Aku dah redha dengan ketentuanNya , baik buruk Allah yang ciptakan. Terimalah takdirNya. '
Arif berkata : ' Jom jadi sahabat balik macam dulu.'
Faiz membalas : ' Jom , tetapi kau kene ikut aku pergi majlis ilmu , tak kisahlah dekat mana mana. Janji ? '
' JANJI ! ' Arif membalas dengan senyuman.
Razi hanya senyum tengok anak anak itu.
.
Kini , Faiz dan Arif telah pun menjadi remaja yang berumur 18 tahun. Hampir setiap hari mereka munarajaah kitab bersama , setiap hari akan dipenuhi dengan ketaatan mereka terhadap Allah SWT. Pada suatu hari , mereka telah menawarkan mereka sendiri untuk berhijrah ke suatu tempat yang amat jauh sambil berjalan kaki untuk menyebarkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Sedang mereka mendaki gunung yang tinggi itu mencari orang untuk menyebarkan ilmu agama , tiba-tiba kedua-duanya jatuh kerana Arif tergelincir dan jatuh bersama-sama dengan Faiz apabila Faiz juga cuba untuk menyelamatkan Arif. Dan begitulah kisah 2 orang sahabat yang teguh dengan akidah ahli sunnah Wal Jamaah. Pada hari itu , mereka telah meninggal dunia dalam keadaan mereka hendak menyebarkan akidah yang benar. Semoga dengan cerita ini dapat memberi pengajaran kepada kita iaitu , sentiasa lah menuntut ilmu agama , mengenal Allah dahulu baru beriman ( sekurang kurangnya Allah wujud tanpa bertempat dan Allah tidak sama dengan makhlukNya ) dan lain lain lagi. Semoga kita mati dalam husnul khotimah , Ameen ya rabbal Alamin. Setakat ini sahaja coretan saya. Barakallahufeekum. Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 19, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dua orang pejuang Ahli Sunnah Wal JamaahWhere stories live. Discover now