Intro

31 0 0
                                    

Matanya dibuka perlahan . Pandangannya sedikit demi sedikit menjadi jelas . Tingkapnya dipandang sayu . Kakinya yang dipasang simen perlahan-lahan melangkah ke arah tingkap . Mindanya melayang memikirkan tentang keputusannya untuk membunuh diri . Tidak guna untuk hidup didunia ini apabila dia dibenci oleh semua orang . Termasuk orang yang disayanginya .

Akibat nila setitik rosak susu sebelanga . Akibat satu dosa yang pernah dilakukan olehnya membuatkan dia hidup didalam kemurungan yang tiada penghujungnya .

Tangannya yang bertatu itu ditilik olehnya . Satu idea terdetik dimindanya . Jikalau dia tidak dapat memiliki gadis tersebut tiada siapa boleh memilik si dia . Dia ingin bangkit dari jatuhnya dan sanggup berkorban demi gadis itu .

Gadis itu ingat senang sahaja dia ingin melepaskannya . Tunggu dan lihat sahaja apa yang akan berlaku kepada pengkhianat-pengkhianat yang sudah mengkhianati hati suciku .

Dia tersenyum sinis apabila teringat akan senyuman memikat hati yang selalu ditunjuk semasa hubungan mereka masih lagi wujud . Selepas ini , gadis durjana itu tidak akan boleh menunjukkan senyuman manis itu lagi . Dia akan pastikan gadis itu hidup dalam keseksaan yang melampau . Dia ingin gadis itu merasa apa yang dia rasa . Gadis itu fikir senang-senang sahaja dia boleh terlepas ?

Senyuman sinis itu mati apabila pintu biliknya diketuk . Dengan hati yang penuh girang dia membuka pintu itu . Terpancul seorang gadis mulut dan matanya ditutup dgn kain . Kaki dan tangannya diikat dengan tali begitu ketat . Badannya dipeluk oleh orang suruhanku .

Sudah sampai masa untuk membalas dendam .

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 19, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SuicideWhere stories live. Discover now