PROLOG

216 5 3
                                    

Lama Amirul memerhati seseorang dihadapannya. Merenung lautan yang terbentang luas dihadapannya. Apa agaknya yang sedang difikiran wanita itu?.

Amirul tahu tindakannya merenung sebegitu rupa adalah salah. Lagi-lagi wanita tersebut sedang sarat mengandung. Sahlah isteri orangkan.

Isteri orang? Tapi mana suaminya.

Sudah seminggu Amirul melihat wanita itu sering datang ke pantai seorang diri, berjalan-jalan dipantai tanpa peneman. Tidak risaukah suaminya. Isterinya seorang diri dalam keadaan sarat begitu?. Itu yang sering berlegar-legar dikepalanya.

Hatinya seakan meronta-ronta ingin bertanya langsung kepada wanita tersebut.

Mengapa merayau pada senja-senja begini?. Bukankah tidak baik bagi sorang perempuan mengandung berjalan waktu sebegini?. Tapi dipendam sahaja semua soalan itu. Terlalu banyak persoalan.

Dia amat tertarik dengan raut wajah wanita tersebut. Sangat cantik. Apatah lagi apabila wanita tersebut  tersenyum tampak begitu manis. Mungkin Allah menurunkan sang bidadari untuknya. 'Astagfirullah isteri orang mirul' Keluh Amirul didalam hati. Matanya kembali melihat wanita tersebut. Berkerut dahinya. Dimana wanita itu?

"cepatnya hilang. Aku baru je nak tegur aihhh" bisiknya. Tersenyum mengenangkan fikirannya tadi. Takkanlah bidadari hatinya itu isteri orang. Tergeleng kepala Amirul memikirkan. Deringan handphone mengejutkan Amirul yang ralit dengan dunianya sendiri. Melihat nama si pemanggil membuatnya tersenyuman lebar. Langsung saja dijawab.

" Assalamualaikum". Jawabnya.

"In sha allah. Malam ini saya sendiri yang akan bertemu dengannya. Terima kasih atas bantunya." Amirul terangguk-angguk mendengar jawapan si pemanggil.

"hahahah after this just waiting my wedding card, waalaikumsalam" tersengih Amirul melihat handphone. Tidak sabar menunggu malam tiba.

Akhirnya penantinya tidak sia-sia. Pasti umienya gembira.

Sudah dua tahun Amirul damsah mengikuti AGENSI MENCARI JODOH tanpa pengetahuan umienya. Demi memenuhi pemintaan ibunya yang menginginkan seorang menantu dia sanggup memalukan diri berdaftar di Agensi itu.

Apapun dia harus bersiap untuk malam ini. Baru kali ini dia berpeluang bertemu dengan "bakal isterinya" itu. Tapi hatinya seakan ingin menolak kerana penangan wanita tadi. Serabut!.

"please amirul . lupakan. jangan jadi gila.!" jeritnya. beberapa pasang mata memandang hairan dengannya. silap tempatlah nak jerit mirul oiii..

RINDUWhere stories live. Discover now