Jika menyakiti aku bisa membuatmu bahagia Maka lakukanlah itu tanpamu ku yakin bisa Ikhlas ku mencintaimu ikhlas ku kehilanganmu semoga kau bahagia dengan pilihanmu itu Kau bersama dia aku bersama doa" souqy band.Hanis umairah menatap wajah anaknya yang lena dibuai mimpi. dia sendriri tidak pasti sama ada bermimpi indah atau sebaliknya. berkerut sahaja wajah si kecil .
'huh' terlepas satu keluhan dibibirnya. seakan berat keluhan tersebut. Bukan tidak bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan padanya. kehadiran anaknya memberikan sejuta kesyukuran dalam dirinya . tetapi seakan tidak adil pada suaminya. Amir Amirul.
dia gadis yang tidak mempunyai apa-apa. jangankan harta, benda yang seharusnya seorang isteri berikan kepada suami juga dia tidak mampu berikan. rungsing fikirannya.
suaminya takkan mencari yang lain kan?
perkahwinan mereka setakat ini bahagia sahaja tiada masalah bahkan lebih bahagia dari sebelumnya. setiap hari diisi dengan gelak ketawa mereka. tapi masa hadapan bagaimana? kekal kah senyuman mereka? seakan ingin menjerit Hanis umairah dibuatnya.Disapu pelahan rambut lebat anaknya sebelum meletakkan wajahnya diantara bahu dan leher anaknya. hmm wangi sangat tenang ibu dibuatnya. Bagaimana jika satu hari nanti dia terpaksa berpisah dengan anaknya. Boleh bahagia kah dia? Tidak. Hilang anaknya ibaratkan hilang separuh jiwanya. Dia tidak akan sanggup.
Leka melayan perasaannya sehingga tidak sedar Amirul memerhati dari tadi.
"sayang. " lembut saja suaranya memanggil isterinya. Supaya tak terkejut. Naya nanti kalau tiba-tiba hanis umairah mengamuk. Kau tak nampak lagi dia mengamuk macam mana.
"eh abang. Maaf maira tak sedar abang dah balik" jawab hanis umairah seraya bangun dari katil anaknya.
"dah sayang tu. Abang bagi salam kat bawah tadi. Tak ada yang jawab. Pikir sayang abang ni hilang. Sikit lagi cari bini baru. "
"abang jangan mengada-gada tau. Kalau nak sangat. Cakap kat maira sapa perempuan tu. Maira siap tolong pinangkan. " jeling hanis umairah.
"amboi jelingan. Tajam betul. " gurau amirul sambil menarik tangan isterinya
"sayang jom. Abang lapar"
"eh kata dinner dengan umi kat rumah sana" and yah. Suaminya ada ke rumah keluarganya. Dia tidak ikut pun sebab segan nak bersua muka dengan family Amirul. Nasib baik Amirul tidak memaksa.
"alah. Abang rindu sayang lah. Nak sayang suapkan. Pastu malam sikit karang abang nak makan benda lain pula " laju saja jari Hanis Umairah mencubit lengan suaminya apabila mendengar gurau suaminya. Main kasar!
"abang ni kan. Tak malu! " marah hanis umairah.
"eleh marah konon"
Hanya jelingan yang mampu menjawab gurauan Amirul 😂Selesai mengisi perut. Amirul santai duduk diruang ramu menanti hanis umairah mengemas dapur .
Pikirannya serabut dengan permintaan uminya."kenapa along. Pilih maira jadi isteri?. " soal puan sarah
"kita tak tahu asal usul isteri kamu tu. Dia sendiri sampai sekarang tak bukak mulut. Cakap apa-apa pasal family dia, pasal amir?" sambung puan sarah lagi. amirul hanya menundukkan wajah. Tidak tahu nak balas macam mana. Dia sendiri tak tahu
" Along. Kau perasan tak. Nama isteri kau tu. Ada tengku. Mustahil dia bukan datang dari keluarga yang ada nama . Yang dari kerabat beraja. " provok adik bungsu Amirul. Marissa
"umi nak kamu bincang dengan maira pasal ni. Paksa dia ceritakan dan umi nak tau pasal amir"
"klau along tak nak. Umi sendiri yang jumpa isteri kamu"
"dengar tak ni! " marah puan sarah bila anaknya seakan tidak ambik peduli dengan amarannya.
"ya umi. Nty along buat. "selama ini dia hanya diamkan keinginannya terhadap kehidupan hanis umairah sebelum ini. Di sebabkan anaknya terlalu menyayangi menantunya itu. tapi dia hanya ingin tahu tentang hanis umairah tidak pula menyimpan hasrat hendak memisahkan mereka. kamu pikir ni filem melayu tv 3 yang jam 7 malam tu ke. ak mak mentua yang baik kot. ceh
" Abang. Orang panggil dari tadi tau.. " marah hanis umairah. Pelik dengan perangai suaminya. Ni mesti pikir perempuan lain ni.
"ehh sorry sayang. Abang letih sikit. "
"yelah tu. Ni mesti pikir awek ni kan. Baik abang cakap . Abang ada scandal ke. Dari tadi abang macam ni" tuduh hanis umairah.
Amirul hanya tersengih mendengar tuduhan isterinya. Dah biasa dah. Tau dah cemburu isterinya macam mana.
"dari pada abang serabutkan otak pikir awek lain. Baik abang pikir pasal sayang. Lagi bagus." hanis umairah hanya muka mendengar Jawapan suaminya. Dia membaringkan kepala kedada Amirul. Port wajib bila dah bersantai macam ni. Bermanja dengan suami. Takkan dengan bangla kot.
"sayang.. " kalau dia tanya hanis umairah pasal keluarga isterinya korang rasa dia marah tak??.
"ye bang.. " sahut hanis. Bermain dengan tangan suaminya. Asal besar sangat tangan awak ni hubby hoi.
"abang nak tanya." tarik nafas dalam-dalam amirul.
"pasal apa tu? "
"tapi janji tak mara abang. Sayang janji kena jujur dengan abang. Boleh tak yang?. "
"in sha allah. Depends dri soalan abang juga" ha kau.
"abang nak tau pasal usal usul sayang. Abang nak tau pasal amir ." terangkat terus kepala hanis umairah dari dadanya.
"pasal maira" .....
YOU ARE READING
RINDU
RandomHANIS UMAIRAH. seorang yang malang yang dibuang oleh keluarga sendiri. terpaksa menerima banyak dugaan cacian sedangkan semua yang terjadi bukan disebabkan dirinya. terlalu percayakan orang diri sendiri binasa. mencari jejaka yang sanggup memberikan...