Sakit bila orang tak nampak effort aku. Aku kenal seorang wanita yang cukup cantik dalam gambar. In real life pon cantik juga. Dia memang meminati aku pada mulanya. Pada waktu itu aku sangat teruja. Yelah, orang lawa suka kita kan siapa yang tak happy. Tapi persoalannya sampai bila. Bila ada orang mengaku suka kita, crush pada kita, nasihat aku jangan happy sangat. Aku dapat simpulkan kalau jodoh tak kemana, tapi kalau bodohnya aku. Hahaha. Andaian aku begini. Bila ada orang suka kita, dia akan letak fullmarks pada diri kita. 100%. Means tiada flaw pada diri kau. Segalanya sempurna. Dan kau pon terima la dia sebab orang lawa yang suka kita, bodoh jugak la kalau tolak. Hahaha. Pabila lama kelamaan dia mengenali kau dan kau mengenali dirinya. Setiap insan akan nampak flaw masing2. Taring dah mula kelihatan la orang cakap. Jenis aku pada masa itu memang terima seadanya. Keburukan dia semua aku tolak tepi, aku pandang kebaikan dia sahaja. Masalahnya dia yang tterima keburukan aku. Sedikit demi sedikit markah yang fullmarks tu semakin berkurangan. Setiap kali ada flaw atau salah paham (gaduh) markah kau akan ditolak. Jika markah dah ditolak gred kau akan berkurang, bukan ? Yang celakanya, bila kau buat kebaikan takde penambahan pulak pada markah tu. Huh ! Sampai satu masa markah kau dah paras gred gagal, maka hati dia mula lain. Perangai dia mula lain. Kau rasa diri dia berubah. Terlalu banyak gaduh. Banyak sangat sakit hati. Sebab apa ? Dia dah tak suka kau lah bodoh. Itu cara dia supaya kau lepaskan dia pergi. So persoalan sekarang, kau nak lepaskan dia pergi atau pertahankan perhubungan ini ?
Dah la aku dah penat bebel. Moral of the story jangan jadi bodoh guys.
YOU ARE READING
Cerita aku
RandomPembebelan dari aku. Aku luahkan dekat sini mostly time aku sedih. Sebab media sosial sekarang terlalu teruk. Banyak sangat kecaman dan mengaibkan orang.