"Yey, yey, yey, yey! Harini Ain pergi sekolah", Kedengaran satu suara kanak - kanak dari rumah teres yang agak usang telah memecah kesunyian di subuh hari itu. Itulah aku, seorang kanak-kanak yang sentiasa ceria walaupun sering dimarahi kedua orang tuaku.
"Ape mende kau nih Ain, pagi-pagi lagi dah memekak, "
"Ala.. Ain cuma nak kejut mak je,"
Ibuku bingkas bangun lalu ke dapur untuk menjerang air. Sementara air yang dijerang ibu masak, aku membelek-belek baju baru ku yg berwarna kuning keemasan dan biru tua yang tergantung di dalam almari di bilik ibuku. Maklum lah, hari ini adalah hari pertama aku sebagai seorang murid prasekolah di SK Teluk Cendana.
"Wah, tak sabarnya,"
Tiba-tiba kedengaran suara ibuku berteriak dari dalam bilik air.
"Ain! Mak dah bancuh air suam untuk kau mandi. Meh sini cepat, mak mandikan kau, "
Aku bergegas ke bilik air. Bukan apa, takut diomel oleh ibuku pula pada subuh-subuh hari.
Selesai mandi, aku memakai baju sekolah baru kepunyaanku.
"Mari nak, mak ikatkan rambut kau, "
Aku hanya menurut sahaja.
"Mak, nanti Ain balik pukul berapa? Mak ambik kan? " soalku.
Belum sempat ibuku menjawab, satu suara yang paling aku benci mencelah.
"Kau balik malam, balik jalan kaki. "
"Mak, tengok abang tu, "
Ibuku hanya ketawa kecil tanpa mengendahkan rengusanku. Aku hanya mencebik. Begitulah sikap abangku, selalu sahaja menyakat adik-adiknya.Boleh dikatakan sebagai rutin hariannya apabila kebosanan. Berbeza pula dengan kakak ku yang jauh lebih matang.
"Ok, cantik anak mak, hari ni mak hantar Ain, Ain balik pukul 12 tghari tau. Balik pon mak ambik. Ain jangan nakal² dengar cakap cikgu, " pesan ibuku.
Aku hanya mengangguk tanda mengerti.
Sampai sahaja di pagar sekolah, kedengaran suara teriakan kanak-kanak dari blok prasekolah. Ibuku hanya mengukir sekelumit senyuman. Aku hanya melangkah perlahan sambil menelan air liur. Terbayang aku akan apa yang guru di situ telah lakukan sehingga mereka menangis. Hampir pecah gegendang telinga ku dibuatnya.
"Ok, dah sampai. Ain duduk kat sini tau. Dengar cakap cikgu. Nanti mak ambik. "
"Ok bos, " jawab ku sambil tabik tanda hormat akan ibuku.
Aku berlari menuju ke arah kelas. Aku terkejut melihat ramai pelajar menangis. Ada yang memeluk ibu masing-masing tidak mahu ditinggalkan berseorangan. Sayu aku melihatnya. Tiba-tiba, tanpa aku sedari air mataku mengalir.
"Huargh!!! Mak! Jangan tinggal ain," teriak ku. Aku berlari ingin keluar daripada pintu kelas, tapi apakan daya, guru di situ memegang tanganku dan mendukung aku. Lalu aku diletakkan di atas ribanya.
"Ain nak ni?" soal guru tersebut sambil menghulurkan sepeket biskut chipsmore dan sekotak air milo.
Aku berhenti menangis. Biskut dan air yang dihulurkan tadi telah aku ambil. Aku berhenti menangis. Aku menikmati biskut dan air yang diberi guru tersebut.
"Nama cikgu Norhana. Ain boleh panggil cikgu, cikgu Ana, " terangnya sambil mengukir senyuman yang manis.
"Macam mana cikgu tau nama saya? " soalku.
"Alah, cikgukan hebat. Cikgu ada magik." tipunya sambil mengangkat kedua-dua keningnya.
Aku hanya tersenyum. Sejak hari itu, aku merasakan kehidupan ku akan berubah.
YOU ARE READING
Kisah Hidup Aku
Adventure"Ingin sekali aku meluahkan segala yang terpendam di dalam hatiku,, Tapi pada siapa? Adakah kau orangnya? "