BAB 1;Dia Datang.

41 1 0
                                    

"Tuliskan apa-apa sahaja idea yang terlintas dalam kepala.Nanti kita pilih yang terbaik dan buat penerangan tentang kerjaya itu," Cikgu Aini,guru kaunselor Sekolah Sri Bangsar merangkap guru pembimbing Kelab Kerjaya sudah memberitahu kehendaknya.
   
     "Cikgu,boleh buat penerangan kerjaya tentang Ultraman?" Tiba-tiba ada suara nakal memberi pendapat.

     "Boleh sahaja.Itu kerjaya sebagai penyelamat dan hero.Mungkin kita boleh panggil Ultraman dari Jepun,tetapi kita boleh minta Gadis Bintang dan Super 3G supaya menceritakan pengalaman memiliki kerjaya yang perlu menyelamatkan orang setiap masa." Tersenyum sahaja,Cikgu Aini tahu idea-idea nakal itu pasti diutarakan.Dan guru itu sentiasa bijak menangkis setiap usikan.

         Alif Askandara teemenung di luar jendela.Hingar-bingar suara rakan-rakan lain yang berbisik sesama sendiri ,langsung tidak diendahkannya.Dirinya tidak mahu turut menyertai kebisingan teman-temanya yang melontar idea gila-gila dan tidak masuk akal.Maklum sahaja,Cikgu Aini hanya memberikan pandua secara garis kasar.
  
     "Masa hanya tinggal lima minit sahaja lagi.Cadangan yang terpilih akan menerima hadiah misteri daripada pihak sekolah", nyaring suara Cikgu Aini memintas suara-suara dalam kelas yang sedia membising.

     "Hadiah misteri?"

     "yeay! Saya  sudah siap!"

     "Saya mahu tulis apa?Tiru kawan sebelah,boleh?"


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 23, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

AKU MAHU JADI NOVELISTARWhere stories live. Discover now