Chapter 1

15 1 4
                                    


Yura's POV

Aku memandang tepat ke arah kumpulan idol lelaki di atas pentas. Mereka sungguh popular dan yang paling penting, mereka sayangkan peminat mereka. Aku tersenyum kecil melihat telatah comel idol lelaki itu. Walaupun mereka telah mengadakan konsep selama 3 hari, mereka tidak pernah tunjukkan wajah penat mereka kepada orang ramai. Mereka sentiasa tersenyum. Wajah mereka seperti inilah yang perlu dirakamkan sebagai kenangan sampai bila-bila.
Kamera ditanganku dibawa ke arah mukaku. Selepas dizoom untuk mendapatkan sudut yang cantik, aku menangkap beberapa keping gambar. Selepas puas menangkap gambar mereka, mataku jatuh ke arah muka seorang idol yang paling muda di dalam kumpulan itu. Oh Sehun. Nama yang berada dalam hati aku sejak sekian lama. Dialah punca mengapa aku berada bersama ribuan peminat ini. Dimana dia berada, di situ juga keberadaan ku. Seperti tadi, aku menangkap beberapa keping gambar lagi namun kali ini bukan gambar semua idol, gambar ini hanya milik lelaki yang bernama Oh Sehun.

"Eh siapa gadis tu?"
"Kenapa dia pakai serba hitam? Dengan hoody lagi."

Aku terkaku pabila terdengar bisikan gadis yang berada berhampiranku. Dengan cepat aku mengantung kamera di leher ku dan mengemas barang-barang aku yang lain. Aishh, inilah yang paling aku nak elakkan. Aku perlu ubah kedudukan aku dengan segera.

"Dia gadis Stalker! Gadis yang sentiasa berjaya mendapatkan gambar dan maklumat Sehun oppa!" jerik seorang gadis yang aku tak kenal.

Aduhhh. Bursted!

Aku berlari keluar dari konsert akibat dikejar oleh beberapa orang fans EXO. Mesti pelikkan kenapa aku dikejar? Well, selepas berjaya menjadi seorang spy atau 'Stalker' yang mereka panggil. Tiba-tiba aku menjadi popular dan disukai ramai. Malah ada juga yang membuka fans club untuk aku. Blog rahsia yang aku buat dulu hanya untuk suka-suka kini sudah mencecah jutaan follower dari setiap negara! Jadi dah fahamkan kenapa aku dikejar?
Aku berlari menuju ke bilik hujung dan masuk ke dalam bilik itu. Aku memerhati bilik seketika. Bilik itu kelihatan seperti bilik persalinan, cantik..

"Kat sini!"

Jeritan di luar pintu mengembalikan kesedaran ku dan aku terus berlari ke arah satu penjuru yang ditutup dengan penghadang kayu. Tempat itu gelap dan berhabuk. Sepertinya tiada orang tahu akan kewujudan tempat itu. Aku terdengar pintu dibuka dan bisikan suara beberapa orang gadis. Aku terus terdiam dan mentajamkan telinga aku untuk menyiasat situasi di luar.

"Maaf cik, cik semua dilarang masuk ke dalam bilik ini." Tiba-tiba suara lelaki kedengaran tegas.
"Tapi, kami nak cari...."
"Maaf, ini kawasan larangan. Cik semua diminta keluar." Ucap lelaki itu lagi tegas.
"Tapi..tapi.'
"Cik semua kena keluar sebelum saya menggunakan kekerasan." Kali ini suara dia kedengaran agak bengang. Well, someone marah~
"Ish, jom la girls. Annoying la pak cik ni." Balas salah seorang gadis dengan bebelan. Selepas beberapa minit, keadaan kembali sunyi dan pintu ditutup kuat.
Aku menarik nafas lega kerana selamat daripada tertangkap. Aku berjalan keluar daripada tempat persembunyian aku dan terus bergerak ke arah pintu. Aku perlu keluar daripada bilik ini sebelum terjadi perkara yang tidak diingini. Aku memegang tombol pintu dan membuka perlahan. Oh no. Kunci!!!

Tanganku tak berhenti mendial nombor yang sama, lebih 100 juta kali!!!! Okay aku over, lebih 10 kali je sebenarnya. Tapi apa-apa pun, aku dah bengang gila bila orang yang aku call ni tak pernah nak jawab panggilan aku. Apa dia tak ada jari nak tekan jawab panggilan ke?? Urghhh..

"Terbaiklah hyung, berani hyung naik benda tu."
"Biasa lah, hyung bukannya penakut macam kau."
"Hahahahaa.."
"Emmm, pintu ni tak boleh bukak."
"Oh ye, ni kuncinya."

Alamakk, bala apa pulak ni?? Aku terus berlari semula ke tempat persembunyian aku sebentar tadi untuk menyorok. Kenapalah malang sangat nasib aku hari ni?? Kenapa?? Aku terdiam apabila terdengar pemilik suara tadi berjalan masuk. Nafas aku ditarik dan dihembus perlahan-lahan untuk mengelakkan aku tertangkap. Selepas pintu dibuka daripada luar, kedengaran derapan kaki melangkah masuk ke dalam bilik ini. Masalah! Aku kena mendiamkan diri. Walau sesiapa pun mereka, aku tak boleh tertangkap!

"Wahhh, seronok betul konsert hari ni!" jerik seorang lelaki.
"Chanyeol ah, kau duduk atas baju hyung."
"Oh mianh hyung.."

Fuh, hanya beberapa orang lelaki... Wait! Chanyeoll??????? Jangan cakap.... EXO??

~baby don't cry, tonight!
Mata aku membulat apabila telefon aku tiba-tiba berbunyi. Aduhhhh, kenapalah berbunyi sekarang?

"Hyung, bunyi apa tu??"
"Ha?? Bunyi??"

Aku cepat-cepat menjawab panggilan tersebut agar lagu tadi berbunyi. Alahai, janganlah dia orang perasan aku ada kat sini.
"Urmm.."
"Bunyi apa? Hyung takda dengar apa-apa pun" balas seseorang yang ku rasakan dia adalah Suho.
"Tak ada lah. Salah dengar kot."

Fuhhh.. Selamat. Nasib baik aku tak tertangkap. Aku memandang ke arah phone aku dan mengetap bibir aku. Baru sekarang kau nak telefon aku?? Kureng punya budak.

"Yahh, Oh Yura. Kau kat mana?" soal gadis yang menelefon aku.
"Moon Ahrin!! Kenapa kau tak jawab call aku tadi??" bisik aku dengan keadaan marah.
"Mana aku perasan kau call. Kau call masa Chanyeol aku tengah menyanyi!" balas Ahrin pula tanpa rasa bersalah.

Aku memutarkan anak mata aku tanda menyampah. Ni lah masalah budak ni, kalau dengan Chanyeol, mesti dia abaikan semuanya. Obses betul. Ehhh? Hahaa, sedap-sedap je aku mengata dia.

"Apa-apa pun kau kena tolong aku sekarang Ahrin." Bisik aku.
"Tolong? Tolong apa? Wait, apasal kau berbisik ni? Kau kat mana?" soal Ahrin tanpa henti.
"Tak ada masa nak terang, sekarang kau datang dekat bilik hujung dari tempat kita simpan barang tadi. Aku terperangkap!" ucapku.
"Terperangkap? Aish kau ni, suka buat masalah." Balas Ahrin sambil membebel.
"Aku tak sengaja lah, manalah aku tahu bilik yang aku masuk bukan bilik kosong" ucapku sedikit geram.
"Dah kau duduk diam kat situ. Make sure kau tak buat benda bukan-bukan. Aku tak nak kau dapat masalah nanti." ucap Ahrin serius.
"Baiklah." balasku pendek.
"Okay, aku on the way." ucap Ahrin sebelum meletak panggilan

Fuhh, dah datang mood serius Ahrin. Aku tak boleh dengar dia serius macam tu, naik bulu roma aku. Nafas ku hembus perlahan dan aku mula menghitung masa untuk Ahrin lepaskan aku dari bilik ini.

"Hyung, aku nak mandi." Ucap satu suara membuat aku tersentak. Suara yang tidak pernah aku lupa walaupun sesaat pun.
"Orait Hunnie." Balas Suho.

Aku memandang ke arah pintu bilik air. Menunggu lelaki itu lalu melintasi pandanganku. Memandangkan tempat aku menyorok betul-betul di penjuri bilik itu, aku boleh nampak jelas ke arah bilik air. Sehun berjalan perlahan tanpa baju dengan tuala disangkut di bahunya. Sampainya di depan pinti bilik air, tiba-tiba dia berhenti. Dia berpaling dan terus memandang tepat-tepat ke arah aku. Aku yang terkejut terus beralih kedudukan dan bergerak sedikit ke dalam. Selepas beberapa minit, kedengaran pintu bilik air tertutup. Aku menarik nafas lega kerana Sehun tidak perasan akan kewujudan aku di dalam bilik ini.

Tok Tok Tok!

Pintu diketuk kuat daripada luar. Aku kembali fokus kepada misi sebenar aku iaitu cuba untuk melepaskan diri. Selepas pintu dibuka, kedengaran bisikan perbualan antara dua orang. Aku dapat rasakan yang orang itu Ahrin.

"Yidera, manager hyung panggil lah." Ucap Chanyeol kepada semua. Nice Ahrin!
"Manager hyung? Bukan ke manager hyung cakap akan call kita dulu?" soal ahli Exo yang aku rasakan Baekhyun gerangannya.
"Ani, Manager hyung hantar gadis cantik untuk sampaikan kat kita." Ucap Chanyeol agak happy. Well? Dah kenapa? "Dah dah, jom yidera." Ucap Chanyeol lagi dan membawa semua pergi. Selepas beberapa minit, bilik kembali sunyi. Fuhhh, I own you, Ahrin.

Aku berjalan keluar dari tempat persembunyian dan berjalan ke arah pintu keluar. Sebelum keluar, aku berhenti di hadapan pintu bilik air. Aku mencapai satu card yang terletak dalam beg aku dan aku letakkan card itu di hadapan pintu bilik air. For you, Sehun ah. Aku terus berlari keluar untuk bebas.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 18, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Miss StalkerWhere stories live. Discover now