3.Permulaan Pengembaraan

19 1 1
                                    

Setelah pertandingan tamat,Pemenang bagi lima daerah tersebut dihadapkan kepada Raja."Syabas diucapkan ke atas kejayaan kamu.Kalian merupakan Pahlawan Berlima yang baru.Dan tiba saat nya untuk lima senjata lagenda memilih tuannya".Kesatria diraja membawa keluar lima jenis senjata yang mempunyai kuasa yang amat hebat.Tiba-tiba,Randy mengangkat tangan dia."Izinkan patik bercakap tuanku,"minta Randy.Raja membenarkan Randy untuk mengucapkan apa yang mahu dikatakan nya.Randy membuka jubahn
ya"Saya adalah Randy Cat,Saya merupakan antara Demi Human yang terselamat daripada serangan demon itu".Dengan tiba-tiba Permaisuri berteriak "Sejak bila Istana menerima Pahlawan daripada kelas bawahan.Wahai pahlawan beta,tangkap dan bawa kemari si jijik itu".Dengan serta merta,para pahlawan diraja mengepung Randy Cat.Randy hanya menundukkan kepalanya."Kelas bawahan?.Sejak bila pula Demi Human dan Human ini berbeza dari segi darjat"teriak Randy kepada Permaisuri."Jangan ingat aku akan tunduk dngan begitu mudah"katanya lagi sambil menghunuskan pedang nya."Berhenti wahai pahlawan-pahlawan diraja.Beta tidak mahu bakal Pahlawan Berlima beta membazirkan tenaganya untuk menentang kamu semua.Dengan ini Beta menerima Pahlawan Berlima yang baru ini"titah Raja.Semua orang yang berada di dalam Istana terkejut dengan titah Raja termasuk Randy sendiri."Betul ke baginda mahu menerima si Demi
Human itu?"tanya Permaisuri kepada Raja.Raja itu tersenyum lalu berkata"Beta lihat dia sama sahaja dengan kita Humans.Malah beta merasakan bahawa dia itu lebih baik daripada Humans yang berada di dalam Istana pada hari ini.Wahai Pahlawan Berlima,Silakan berada di hadapan senjata lagenda itu"titah Raja.Randy dan empat lagi pemenang pertandingan itu mengikut arahan Raja.Raja turun daripada singahsana nya dan membaca kan mantera dan memberikan tenaga kepada kelima-lima senjata lagenda tersebut.Senjata itu terangkat dan bergerak ke arah bakal pemiliknya.Kesemua pemenang pertandingan itu mendapat senjata lagenda.Randy mendapat sebuah pelindung yang bersambung demgan sebilah pedang."Dengan kehadiran senjata lagenda ini Beta harap kamu semua dapat melindungi kerajaan Fifth Spark dan membawa keamanan"titah Raja."Silakan wahai kesatria diraja beta,Pilih laa seorang ketua daripada mereka berlima"katanya lagi.Sebilangan tentera yang menuju kepada Pahlawan Berlima itu.Randy menyedari bahawa dirinya tidak dipilih oleh sebilangan kesatria tersebut."Kenapa tiada seorang pun memilih Demi Human ini?"titah Raja.Keadaan sunyi buat seketika.Randy cuba mengangkat tangan dia dan memberitahu Raja bahawa dia tidak kisah dengan bilangan pengikutnya."Saya..Saya akan ikut Demi Human itu"teriak seorang wanita sambil menuju ke arah Randy.Randy cuba mentafsir muka wanita tersebut dan mengingati peristiwa sebelum ini.Wanita yang memilih dia ialah wanita yang cuba menyerang dia dengan busur tadi.Raja bertitah "Mulakan pengembaraan kamu semua wahai Pahlawan Berlima.Pergi dan kumpulkan kekuatan kamu".Pintu gerbang Istana dibuka dan kesemua Pahlawan Berlima dan pengikutnya menuju ke destinasi masing-masing.Ini merupakan hari yang paling bermakna buat Randy kerana dia telah menjadi salah seorang daripada Pahlawan Berlima yang baharu.

Pahlawan Demi HumansWhere stories live. Discover now