" Najzmie ! ". Sapa Zaem .
" Bro , kenapa kau datang jumpa aku pagi-pagi ni ? ". Tanya Najzmie .
" Saja je datang sini lepak jap . Lagi pun lambat lagi boss datang ". Kata Zaem dengan tenang dan ceria .
" Kau bila nak kawin Zaem ? Umur kau tu makin lama makin tua bukan makin muda . Kalau sampai tua nanti kau tak kawin lagi , susah tau ". Kata Najzmie menasihati kawannya itu .
" Jodoh aku belum sampai lagi nak buat macam mana . Nanti kalau dah tiba masanya aku kawin juga ". Kata Zaem .
" Yelah , aku doakan kau dapat jodoh yang baik-baik , amin ". Kata Najzmie sambil menadah tangan untuk berdoa .
" Amin ". Zaem mengaminkannya ." Kau dengan Elliya macam mana ? ". Tanya Zaem .
" Pasal hal rumah tangga aku malas nak cerita ". Kata Najzmie tidak mahu memburuk-burukkan isterinya dihadapan Zaem .
" okey ". Zaem mengerti bahawa hal rumah tangga kebenarannya tidak patut di kongsi dengan mana-mana pihak ." Zaem , kau tahu semua tentang perempuan kan ? ". Tanya Najzmie inginkan ke pastian .
" Yes , aku pakar tentang bab perempuan ni ". Zaem tersenyum .
" Perempuan suka lelaki bagi hadiah apa kat diorang ? ". Tanya Najzmie .
" Kau bagi benda yang dia paling suka ". Jawab Zaem .
" Apa benda yang Elliya paling suka agaknya ? ". Najzmie berteka-teki pula .
" kau kan suami dia takkan kau tak tahu apa yang dia suka ". Kata Zaem sambil menepuk dahi .
" Yang aku tahu , Elliya paling suka ... akulah ". Jawab Najzmie .
Mereka berdua ketawa kecil .Hahaha ..
Hope korang tak berhenti baca cerita ni lagi !
YOU ARE READING
Najzmie & Elliya
Lãng mạnNajzmie dan Elliya sudah berkawin tetapi sikap Elliya melayan Najzmie tidak seperti suami . Elliya juga seorang yang lebih mementingkan persahabatan . Najzmie dan Elliya sering bergaduh hanya kerana hal kecil dan sedikit salah faham . Elliya juga se...